Sunday, 6 May 2018

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 39 ]

Posted by Syau Qah at 11:30 3 comments

Pejam celik, sedar-sedar dah kembali ke rumah. Huhu..macam mana aku ada kekuatan meluahkan perasaan aku padanya masa itu..macam bermimpi!
Pintu utama diketuk. Aku yang mengelamun di ruang tamu terkejut dengan bunyi ketukan cemas itu. Langkah kaki aku percepatkan ke arah pintu.

“Suprise! Jom shopping~” Wajah itu ceria mengajak sambil tangan dihulur.

“Ah? Shopping…err…belum mandi lagi..” balas aku putus-putus mengetap bibir. Bukan tak nak, perasaan aku bercampur aduk…masih segan dengannya.

“It’s okay…Shah tunggu.” katanya sambil menghadiahkan senyuman.
“Er..okay..okay…err..naik dulu.” balas aku tersekat-sekat dengan tangan dituju ke arah tangga. 

“Hey…kenapa ni? Masih segan lagi pada Shah? Malu?” tanyanya justeru menggengam tangan aku yang masih kaku menunjuk arah tangga yang kala ini perlahan-lahan diturunkannya. Ya Allah…renungan matanya tu….. Isk ~ rasa nak tutup mata. Huhu~

“Emm…” aku mengangguk.

“Walaupun dengan apa yang telah berlaku kelmarin?” tambahnya dengan senyuman menggoda sambil tangannya melingkar ke pinggang aku. Sedar dengan perlakuannya merapatkan wajahnya ke wajah aku, aku cepat-cepat melepaskan pelukannya.

“Err…Ika tukar baju…” dia terpinga namun tetap menghadiahkan senyuman. Gigit bibir! Isk..kenapa dengan aku ni? Patutnya aku biarkan je dia tadi…tapi malu dan segan aku tetap tebal! Walaupun dengan apa yang telah berlaku?? Itu kelmarin punya hal, kelmarin punya hal lah..huhu! Aku cepat naik ke atas..dan beberapa kali juga aku palingkan kepala ke arahnya yg setia menunggu. Tersenyum-senyum sendiri…

Jauh benar kami membeli barang dapur. Yelah, atas permintaan aku? Manalah tahu, pelajar aku ke rakan sekerja ke..nampak aku? Haa..tau takpe! Bukan nak rahsiakan, cuma aku belum bersedia lagi untuk mereka tahu yang suami aku sebenarnya ialah Shah Imadi! Bukan senang masyarakat nak terima yang aku bernikah dengan pelajar sendiri. Betul tak?

“Shah, okay tak cermin mata ni? Mampu sembunyikan identiti Ika tak??” soal aku sambil memakai cermin mata gelap. Aku turunkan sedikit cermin mata itu agar mata aku separuh, Shah boleh nampak. Dia cebik bibir dengan pandangan mata meneliti. Buat aku ragu je..tak kan orang masih mampu kenal aku? Isk..

“Ermm..cukuplah tu Cikgu Syafikah..” selamba badak dia kata aku cikgu Syafikah? Aku sepet mata pandang dia atas bawah tapi selepas tu aku tertawa.

Shah menolak troli pasar raya. Aku pula membuntuti dia dari belakang sambil pandang kiri dan kanan. Kemudian depan dan kebelakang. Dah macam pencuri pula dah! Isk..

Sekejap-sekejap Shah jeling aku pelik. Sabar jelah..

“Shah nak beli apa? Kita masak apa hari ini? Kita masak soto nak? Tak pun kita masak asam pedas ikan?” kelip-kelip mata aku hujani dia dengan pertanyaan dengan menurunkan sedikit cermin mata hitam. Dia kecilkan mata lalu tangannya pantas membuka cermin mata aku. Kelam-kabut aku mengambil semula dari tangan dia kemudiannya memakainya balik. Hish! Dia ni..nasib baik dah jadi suami aku..kalau tak..huhu!

“Soto? Kurang minat lah sayang…” balas dia.

“Asam pedas? Pedas sangat…” kata dia lagi. Aku sudah kerut dahi. Soto kurang minat?? Memang sah bukan lidah melayu!

“Sedapnya asam pedas.. awak kata tak sedap??” aku mencebik pandang dia.

“Ayam masak herba boleh?” tanya dia beri senyuman. Aku ketap bibir berfikir sejenak. Eh? Bukan hari tu dia tak suka cium bau herba ke

“Hehe....” senyuman nakalnya muncul. Huhu rasa nak tepuk dahi pun ada….sebab aku rasa macam ada sesutau yang dia fikirkan!

“Sebab Shah dalam proses nak baby cepat-cepat! Haha!” seloroh dia besarkan volume seperti menjawab apa yang ada dalam fikiran aku sekarang.

“Shah!” cepat-cepat aku tekup mulut dia.

“Awak janganlah besarkan suara sangat….” geram pula aku. Bukannya dia ambil pusing dengan pesanan aku, malah makin galak ketawa ada lah….sabar banyak-banyak Ika…huhu!

Kami ke bahagian perkakasan dapur pula. Mata Aku melilau semua tempat. Shah pula perhati aku dari jauh. Agaknya terpaksa layan karenah cara perempuan mencari barang kot? Hehe..

“Cikgu Syafikah! Dah lah tu..kita bayar dulu, barulah cari barang lain. Nak?” aku sepetkan mata. Aduh! Dia ni memang sengaja nak pecahkan identiti aku!

“Lapar ni…jom makan?” ajak dia. Dia hampiri aku lalu merangkul terus pinggang aku agar kami cepat sampai ke kaunter.

“Aduhh..Awak…Shah, janganlah buat macam ni! Malulah!” aku pandang orang sekeliling. Aku angkat kepala pada dia.

“Aish, buat apa nak malu? Ika tu Isteri Shah…dah jadi isterilah harus dipeluk-peluk dan disayang-sayang. Bukan baru couple sebulan sudah berpegang-pegang! Ni haa…dah nama pun wife, hehe!” Amboi, ceramah nampak? Aku rata mata pandang dia. Wife pun wifelah juga, tapi janganlah show off sangat. Isk..

Dia perkemaskan lagi rangkulan. Aku tepis, dia peluk balik. Huhu!

*******

Alangkah indahnya suasana ditempat ni. Restoran ditepi pantai, pilihan dia untuk menikmati hidangan tengah hari. Sebenarnya hari sudah pun menginjak ke jam 3 petang. Baru sekarang dapat makan tengah hari. Perut dari tadi berkeroncong. Shah tu lebih lagi dari tadi merungut. Aku duduk dikerusi yang bertentangannya. Sesekali kepala aku tertunduk-tunduk dek mengelak orang yang dikenali ternampak aku! Tidak cukup dengan buku menu makanan sebagai pelindung, meja. Yaa..meja sebagai cover kedua. Sampai Shah sendiri menggeleng dengan gelagat aku. Tidak lama menunggu, makanan kami sampai. Aku makan soto, dia makan steam bot. Memang aku keliru…makanan dia ala tradisi cina. Muka pula bukan wajah melayu ayahnya, bukan pula wajah cina neneknya. Haa~ dia lebih kepada ibunya tu. Mata ala-ala bahagian middle east nun jauh ke sana. Hehe… dalam IC glemer melayu. Fuh! Inilah yang dikata kahwin campur ye?

“Lama mata tu tenung Shah….mesti dalam hati Ika tu ‘wah hensemnya husband Ika ni…’ hehe!” usikkannya menghentikan lamunan panjang aku.

“Alaa…perasan hensem lah tu~” perli aku justeru tertawa.

“ Aik? Tak cukup hensem lagi ke dengan wajah Shah ni?” tanyanya sambil menggayakan beberapa gaya seorang model. 

“Ika dah sayang Shah….kurang hensem mana pun, bagi Ika, Shah tetap hensem berbanding lelaki-lelaki di luar sana….” tutur kecil aku serta merta menghentikan gaya model dia.

“Apa dia sayang?”

“Takde pape….” kata aku sengaja mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan tawa.

“I wanna hear it from you once again….please?” pujuknya. Tangannya dirapatkan antara satu sama lain sambil matanya sedang mengharapkan sesuatu yang istimewa.

“Please Ika…” pujuknya kembali. Aku geleng. Dia pujuk lagi…aku geleng kepala. Dah dia dengar tadi kut..malulah nak ulang lagi..hihi. Topik bualan kami melupakan aku tentang identiti yang harus aku sembunyikan kepada umum.

Ermm…Bestnya tempat ni..sejuk je..” saja je nak alihkan topik sementara tu mata aku sudah memandang jauh ke arah laut. Sesudu demi sesudu aku sudah suap ke mulut dengan sup soto. Tertipu dengan helah aku, perhatian dia juga ditumpu ke arah laut. Dia senyum.

“Kalau macam tu, kita tidur sini nak? Kita cari hotel yang dekat-dekat sini..chalet ke…homestay ke..” dia bertanya serius. Serta-merta aku terhenti menyuapkan makanan ke mulut.

“Pasal apa pula nak tidur dekat sini? Ikan, ayam dan sayur dalam kereta. Buruk nanti makanan tu. Sayang!” aku mencelah tidak setuju dengan cadangan dia.

Takpelah..sekali-sekala…hehe! senyumnya disertai tawa nakal. Ish..dia ni..

“Mengada-ngada!” aku cebik bibir. Aku abaikan je sebab, adakah patut nak menginap sedangkan esok kerja? Kan? Huhu~ nakal sungguh.

Tengah sedap makan soto…

“Cikgu Syafikah!” aduh siapa pula ni? Aku terus berpaling ke belakang aku dengan senyuman pahit. Nak ternanga aku. Aduh, mana aku nak sorok muka ni??

“Ohh..ahhh..” tersekat-sekat kata-kata aku.

“Waaah tak sangka jumpa cikgu dekat sini!” tiga orang pelajar perempuan tingkatan 3 tersenyum ceria. Wani, Intan dan Irma..tiga sekawan ni aku kenal sangat! Sebenarnya kelas mereka ni aku masuk sekali-sekala sebagai guru ganti. Ajar sejarah! Guru dia orang tengah cuti bersalin. Huhu bertuahnya aku hari ini..

“A’ahh..kamu buat apa dekat sini?” tanya aku menyebabkan mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.

“Aish cikgu nii~ makanlah! Apa lagi?”

“Ya tak ya pula kan?” kecil saja suara aku. Bingung sendiri! Shah tersenyum simpul pandang aku. Soto hilang sedap ditekak dek budak-budak ni.

“Aikkkk?? Abang Shah pun ada dekat sini?” Wani yang berbaju putih tu baru perasan Shah ada didepan aku. Shah sudah bulat mata terkebil-kebil.

“Aaahh…” kata dia tersenyum paksa.

“Ishh bestnya jumpa abang Shah dekat sini..” ujar Intan yang tidak lagi pedulikan aku di depan dia. Berebut-rebut tiga orang tu mencari kerusi lalu ditolak duduk bersebelahan dengan Shah. Naik pelik aku dengan budak-budak ni.

“Abang Shah..ooh abang Shah, kenapa eh berhenti sekolah? Rindu tau kita orang dekat abang!” tanpa aku duga, tersembur sup soto dari mulut aku. Nasib baik orang tak perasan. Shah pula sudah terbatuk-batuk. Dia pandang aku dengan garuan di kepala. Kerutan di dahi semakin banyak. Aku pula pandang langit..tepi laut..saja buat tak tahu..

Kawan-kawan pengawas semua tertanya tau, kenapa abang Shah tiba-tiba berhenti sekolah..” si Irma bersuara. Aku kelip mata..ohh jadi mereka ni semua pengawas sekolah lah ye? Baru aku ingat, Shah tu ketua pengawas dulu. Bila ditanya, Shah cuma mengangguk-angguk dari menjawab soalan tiga orang pelajar tu.

“Abang Shah, dengar kata..abang Shah ada girlfriend. Siapa dia tu Wani?”  Intan bertanya sambil kepalanya dikalih ke arah Wani. Aku buntang mata pandang Shah. Berasap jugak telinga aku ni. Budak-budak ni pun open minded sangat. Semua mereka cerita walaupun cikgu didepan mereka ni ha!

“Ohh kakak Firhah tu!” Firhah? Firhana tu ke? Aku berteka-teki di dalam hati. Telinga dipasang pada tempat-tempat yang aku mampu capai. Haha..

“Eh..eh tak, mana ada. Saya tak kenal siapa Firhah tu.” Nafi Shah. Dia pandang aku dengan gelengan puluhan kali. Aku saja buat-buat tidak dengar. Mata aku dilirik ke kiri dan kanan, atas dan bawah.

“Habis tu, apasal kak Firhah kata abang Shah soulmate dia??” puuurrhhg! Tersembur makanan dari anak tekak aku. Huhu! Apa pulak ni? Rasa nak nangis dengar…
Aku lihat Shah pula sudah tepuk dahi. 

Lama jugak pelajar-pelajar tu berbual dengan Shah. Naik hantu aku dibuatnya. Lagi lama aku duduk semeja, lagi banyak benda yang aku dengar. Aduhh! 

Ting tong, ting tong~ dah macam sejam aku duduk seorang-seorang. Boringnya..sudah tahap ultraman dah ni! 

“Cikgu tunggu orang eh?” soal Intan tiba-tiba berpaling pada aku. Rasa nak pengsan dibuatnya. Boleh di orang ni tanya aku? Huhuh…

 “A..ahh…tak..tak..sebenarnya cikgu dah siap makan dah…takpe, cikgu balik dulu eh?” kata aku. Selepas ketiga-tiga mereka siap menyalam aku, aku ke kereta. 

Dari jauh aku perhatikan mereka berempat berbual panjang. Ya Allah…sabar je lah.  Shah ni pun…atleast berilah isyarat mata ke..tangan ke, masa aku nak beredar tadi. Ni tak, macam merestui aku pergi je…haih!

Tuesday, 7 March 2017

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 38 ]

Posted by Syau Qah at 02:41 20 comments
Ku adalah manusia..yang paling beruntung…memiliki kamu, kau tiada habisnya menyayangi aku sepenuh hatimu….cinta yang luar biasa, ku serahkan pada diri mu…
Terjaga apabila bait-bait lagu itu sayup-sayup kedengaran dari smartphone Shah yang masih elok terselit dalam blausenya semalam. Itu adalah ringtone aplikasi Whatsapp Shah. Jam di dinding ditoleh perlahan-lahan kemudian kepala pegun pada keadaan asal tadi. Baru jam 2 pagi….
Ringtone yang berulang membuatkan aku terbuai… mata dipejam celik dalam samar menghayati lagu itu. Aku curi-curi tengok dia yang erat memeluk aku dari belakang. Mata itu masih tertutup rapat. Lena betul dia…sedangkan aku?
 
Bahagia tiba-tiba hadir…rasa sebak…rasa nak nangis seorang-seorang pun ada…Bercampur-baur…aku raih sebelah tangan Shah lalu jemarinya aku dakapkan ke dada.
 
“Shah…Ika minta maaf…..” kata aku separuh berbisik dengan harapan dia tidak terjaga kerana aku lafazkan kata-kata itu sekadar untuk melepaskan beban hati. Namun punah, pergerakan kecil tubuh itu meyakinkan aku yang dia sebenarnya sudah terjaga!
 
“Ika…are you okey?” soalnya dengan tiba-tiba memusingkan tubuh aku ke arahnya. Jantung berdegup kencang dan terkebil-kebil mata ditanya sebegitu serius. Besar sangat ke suara aku tadi? Aku telan liur…malu…huhu
 
“Ika…are you okey?” tanya dia gagahkan diri walau berkali wajahnya di gosok dengan tangan cuba menafikan rasa mengantuk yang masih tebal.
 
“Sebenarnya…saya tak okay….boleh tak Ika tumpang tidur sekali dengan Shah sekejap?” malu mengaku namun aku memberanikan diri meluahkan rasa yang terbuku. Membulat matanya bila aku jawab begitu. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya…hanya anggukan kepala yang ada.
 
***************************
 
Yang aku sedar, dari siap solat subuh tadi, dia asyik perhatikan aku je. Kalau aku tengah kemas-kemaskan tilam, dia duduk diatas sofa tekan-tekan phone sambil curi-curi jeling aku. Kalau aku kemas-kemas beg, dia pura-pura sibuk membuka laci meja televisyen sebab aku duduk situ-situ je. Aku tahulah…mesti dia pelik dengan aku pasal semalam. Kalau rasa pelik, kenapa tak tanya aku? Dah kemana pula rasa exited dia tunggu aku tu dulu? Tak kan aku dah bertepuk sebelah tangan kut? Huhu… aku tengah tunggu dia memulakan dulu sebenarnya…Tapi, duh~ fikir-fikir balik soal semalam, rasa nak benamkan muka je ke dinding. Malu yang amat sangat..
 
Erm….Shah ada kerja sekejap…mungkin sampai malam….so…kalau Ika tak keberatan…boleh tolong Shah kemas-kemaskan beg pakaian Shah sekali?” katanya seraya angkat punggung setelah lama duduk di situ. Tidak banyak cakap pun dari tadi. Aku angguk kepala je. Tidak ditolehnya aku, dia berlalu gitu je. Dah separuh hati pula aku sekarang ni nak beritahu dia soal hati aku pada dia...
 
Masa berlalu begitu sahaja. Sebaik dia keluar tengah hari tadi, call takde, whatsapps takde, mesej lagi lah takde….fuh~ seolah-olahnya keadaan kami dah tak macam sebelum aku terima dia! Huhu….rasa bosan yang amat sangat! Rasa marah pun iya juga…nak je aku call dia lepas geram dan mempersoalkan macam-macam dekat dia. Huh! 
 
Tapi…dari fikir benda yang sia-sia, baik kemas je baju Shah tu….lagipun esok dah nak balik. Dah nak balik esok?? Ish…aku nak sesuatu dari holiday ni…aku tak nak balik dengan tangan kosong je. Aku nak hubungan kami okay…aku nak clarify dekat dia…yang aku dah terima dia! Aku sayang dia………….tapi…tingkah laku dia buat aku dua hati…
 
Selepas angkat kain baju Shah, aku heret beg pakaian Shah ke tepi katil. Pakaian Shah aku dah lipat kemas. Zip beg pakaian aku tolak ke arah kanan agar terbuka. Belum pun sampai separuh zip itu dibuka, jari aku tersentuh sesuatu dari dalam beg. Mata aku tertarik pada kotak berwarna hijau muda setelah beg pakaian Shah terbuka luas lebih-lebih lagi diatasnya tertulis, ‘Buat isteriku Syafikah’.
 
Aku angkat keluar kotak itu dalam debaran. Kotak itu aku buka pelan-pelan…didalamnya terdapat puluhan surat-surat dan nota-nota lama yang kemas terikat. Hanya sepucuk surat berwarna merah jambu yang tidak diikat. Aku buka surat tu.
 
“Meet me here.”
 
Aik? Ni je? Aku kehairanan sehingga belek-belek ke depan dan ke belakang surat yang mengandungi peta itu. Kenapalah tak beritahu depan-depan tadi? Hemm..takpelah, mesti dia dah prepare sesuatu. Hehe! Dia kan selalu macam tu?
 
Aku segera bersiap lalu ke tempat yang dimaksudkan dan sampai. Dekat area sini je…sebab tu cepat sangat sampai. Aku nampak kereta Shah didepan sana. Tapi….kecewa…sebab perkara yang aku harapkan tidak dalam sebahagian scene aku dan Shah sekarang. Isk…aku ingatkan tadi tempat yang romantik sikit ke…aduh~! ke aku yang terlalu fikir banyak nih!? Ya Allah…
 
Aku buka daun pintu kereta dan duduk. 
 
“Aik? Kenapa monyok je ni? ” usik Shah sebaik aku memasangkan tali pinggang keledar ke tubuh.
 
“Pagi tadi cakap lewat balik…? So kita nak pergi mana?” tanya aku sengaja tidak menjawab usikan dia tadi sambil toleh dia.
 
“Ermm…” Itu je dia balas. Aku pun tak lah paksa dia jawab sebab aku dah malas nak tanya banyak-banyak.
 
Laju kereta itu dipandu oleh Shah. Tiba di satu tempat, dia berhentikan kereta. Tidak tahu tempat sebenar kami berhenti, tapi yang aku pasti…tempat ini  menyenangkan. Kawasan perkampungan…ada sebatang anak sungai yang mengalir. Putih dan jernih airnya…
 
“Cantik kan anak sungai tu….” katanya sambil kepalanya ditoleh pada anak sungai. Bersahaja sangat wajah itu.
 
“Emmm….”
 
“Jom!” ajaknya turun. Aku segera membuka daun pintu kereta seraya menyandarkan tubuh ke kereta setelah menutupinya kembali. Shah sandarkan tubuhnya disebelah aku.
 
“Argghh~ lenguh pula badan ni tunggu Ika dalam kereta dari pagi tadi hehe….” katanya sambil meregangkan tangan ke depan.
 
“Lain kali awak cakap je lah… ‘Ika, Shah tunggu dalam kereta ye?’….manalah tahu awak tunggu dalam kereta. Lebih-lebih lagi awak cakap, ‘ermm..malam ni Shah balik lewat..’ ” aku lakonkan ayat tu semula di depan dia menyebabkan dia tergelak besar. Aku jeling maut, dia masih gelakkan aku. Aduh! Geramnya aku…
 
“Ish….malaslah nak bercakap dengan awak ni….” kesal aku terus ke arah sungai.
 
“Ika..I’m sorry! Shah gurau je…” dia cuba capai tangan aku namun tidak berjaya. Hilang tawa dan gelak dia apabila aku serius. Takde sorry-sorry, naik lorry je!
 
Langkah kaki aku percepatkan ke arah batu yang ada di tepi sungai. Aku labuhkan punggung di situ manakala kaki aku pula dijatuhkan ke aliran sungai. Skirt aku diangkat sedikit supaya tak kena air. Cetek je air sungai tu..
 
“Turunkanlah sikit skirt tu Ika…”
 
“Takpe…ada stokin Ika pakai…” aku ingkar.
 
“Tapi still tak manis macam tu.” sebaik berkata-kata dia turun ke sungai lalu menarik lembut skirt aku ke bawah kaki. Cuak juga…ingatkan dia dah marah tadi. Huhu…
 
“Ika marah Shah sebab tadi? Shah minta maaf…bukan sengaja nak sakitkan hati Ika…usik sikit je…Ika nak ais krim tak? Gula-gula?” tutur kata memujuk darinya membuatkan aku tersenyum....pandai betul pujuk aku. Huhu…
 
“Awak keluarlah dari sungai tu…basah awak nanti…” arah aku bersahaja.
 
It’s okay…basah seluar je…nak join?” balas dia tersenyum mengenyit mata mempelawa seterusnya menyambung kembali gerakan kakinya bermain dengan air. Huhu…buat aku jatuh hati lebih je.
 
“Jom lah balik…” ajak aku. Teringat pula dengan pakaian yang masih belum dikemas tadi…hemmm…lagipun…mungkin aku yang terlebih fikir pasal hubungan kami. Walhal dia biasa-biasa je…okay je..
 
“Kejap lagi lah….Shah suka tempat ni…” dia enggan keluar dari situ. Belum pernah jumpa sungai agaknya dia ni…geli hati dibuatnya. Hihi…
 
“Nak kemaskan pakaian yang berbaki…tunggu dalam kereta je lah…” seraya aku bangkit berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Belum sempat untuk melangkah tubuh tiba-tiba aku rasakan sudah berada di udara. Hampir menjerit dirangkul begitu. Hampir-hampir pula jatuh bila Shah hilang imbangan badan ketika mendukung aku!
 
“Shah!” aku meronta-ronta minta dilepaskan.
“Ika….pssttt….look here and listen to me…” tutur lembut dan pandangan matanya buatkan aku terhenti serta-merta. Tak seperti tadi…meronta separuh nyawa itu sudah pasti.
“Nak tanya sesuatu…my last question actually...dan Shah nak Ika beri jawapan sejujur-jujurnya…” aku ketap bibir menanti soalan dia seterusnya..
“Ika benci Shah…?” pelahan-lahan soalan itu terpacul dari mulutnya. Dia aku lihat telan liur satu kali sementara itu matanya tidak putus merenung ke anak mata aku.
“Tak….” jawab aku mengigit bibir..sengaja aku alihkan mata dari dia sebab pandangan matanya tu buat aku jatuh cinta lebih. Huhu..
“Do you….”
“Woi!” kalau iya pun bercinta, tak perlulah angkat girlfriend tu~ cepat-cepat kahwin supaya tak segatal itu! Dosa bro~ dosa~” belum habis kata-kata Shah, tidak semena-mena tiga pemuda kampung yang masing-masing dengan motor kapcai menyindir melintas kami menuju ke arah jalan besar.
Seriously…?” tajam betul pandangan mata Shah kepada tiga pemuda tu. Buatnya tak marah disindir begitu…hehe! Cepat-cepat Shah turunkan aku ke tebing sungai.
“Bukan takat girlfriendlah…bini aku kut!?” marah dia masih bersisa walau sudah  naik ke tebing sungai. Mengekek  aku tertawakan dia..hehe! Tu lah, dah terlampau romantik di kata gatal. Adoi~
“Ketawakan Shah ye….?” rata matanya mempersoalkan tindakan aku sambil datang dekat selangkah demi selangkah. Dikala ini aku pula sudah selangkah demi selangkah mengundur ke belakang takut di hampiri sedemikan rupa. Dahlah renungan mata dia buat aku cair…
 
“Ermm…dahlah jom balik….matahari dah nak terik dah ni.” ajak aku cepat tanpa sengaja menarik tangannya. Ajakan aku dipatuhi tiada bantahan…namun aku sedari, sepanjang perjalanan kami ke tempat penginapan, di hanya diam membisu. Ish…buat aku rasa bersalah je…
 
Sementara aku melipat-lipat pakaian Shah, dia diam membisu duduk di hujung katil. Seolah- olah banyak masalah…
 
“Shah…nak pakai baju mana satu nak balik esok? Ini atau yang ni? Nak gosok…” tanya aku mengangkat baju itu di hadapan dia. Sengaja nak tegur supaya dia tak menghayal jauh. Aku risau sebenarnya…
 
“Kanan tu lah…”
 
“Seluar nak yang official? Ke atau yang biasa je?” sambil aku ke almari pakaian mencapai dua jenis seluar yang tersangkut. Dia bangkit menuju ke arah aku..
 
“Seluar ni lah…mana tahu seluar ni membantu Shah dari dituduh boyfriend kepada Ika nanti…” bila ayat tu je keluar, automatik aku tertawa. 
 
“Hemm…” Dia ambil seluar itu dari tangan aku sebelum dia jeling aku. Dia letak ke tepi seluar itu.
 
“Okay…dah stop ketawa…” putus aku menekup mulut sendiri agar tidak tergelak lagi. Tidak semena-mena dia meraih kedua belah tangan aku ke genggamannya lalu mengucup jemari aku seikhlas hati. Tiada senyuman yang terbit dari bibir itu malah seakan-akan sedang melepaskan sesuatu beban. Aku jadi tidak menentu dan terkebil-kebil diperlakukan begitu..tapi tak kan aku nak tarik tangan….huhu!
 
“Mungkin Shah tamak jika Shah inginkan Ika mengucap kata-kata cinta untuk Shah saat ini….dan tidak keterlalun jika Shah katakan mungkin itu satu-satunya hak yang Shah ingin tuntut saat ini…” ya Allah…kenapa aku terlupa sekejap tentang ini? Masa dia diamkan diri dari tadi, aku patutnya dah tahu apa yang bermain di fikiran dia..
 
 Aku tak patut biarkan suami aku tenggelam dalam lautan tanda tanya itu…bukan sahaja itu hak dia untuk tahu…malah itu tanggungjawab aku untuk mencintai dia.
 
“Awak….” aku tarik perhatiannya dengan genggam jemari itu. Wajahnya diangkat menjauhi jemari, bersedia mendengar kata-kata aku seterusnya.
 
“Shah…” aku lepaskan genggaman lalu memegang wajahnya dengan kedua belah tangan aku. Wajah itu masih dengan reaksi yang sama seperti tadi…seolah-olah hilang semangat sepenuhnya!
 
“Shah…” aku senyum menatap wajah itu. Satu-satu aku perhatikan mata itu dalam-dalam.
 
“Bagaimana untuk ika tolak tuntutan itu disaat hati Ika juga mengharapkan perkara yang sama berlaku”?
 
“Ha?” terlepas kecil perkataan itu dek terkejut. Terkebil-kebil mata itu menanti penjelasan. Aku tersenyum melihat tingkahnya yang serta-merta berubah.
 
“Is ‘it’ Ika?” tanyanya dan aku mengangguk memahami pertanyaan itu. Lebar sungguh senyumannya dan tampak rasa terharu yang amat sangat. Tidak semena-mena dia merangkul tubuh aku kemudian dilabuhkan cermat ke meja solek. Posisi ini memudahkan tubuhnya dijatuhkan ke atas meja di tahan oleh kedua belah tangannya dengan tubuh aku ditengah-tengah. 
 
“Please say it Ika…I really wanna hear it from you.” tuturnya lembut sambil matanya merenung ke mataku dalam-dalam. Sungguh bagaimana aku tak jatuh cinta dengannya? Hanya dengan renungan mata itu sudah cukup untuk aku jatuh hati.. 
 
“I love you Shah….” saat aku melafazkan kalimah itu, matanya nampak semakin berkaca-kaca... rasa berterus terang dan keceluparan mulutnya lesap begitu sahaja apabila teruji dengan ayat itu. Tidak mahu saat itu bahagia itu kosong, tangannya mula melingkari tubuhku lalu memberikan aku pelukan kasih sayang yang selama ini tertangguh.
 
“I love you too Ika… and I don’t know what else to say…just…I’m kind of flying right now…thanks love…” bisiknya. Bukan sahaja dia, malah aku sendiri hilang kata-kata saat ini. Rela dan membiarkan rasa bahagia meresap ke hubungan suci ini kerana aku yakin...ini yang terbaik buat kami...
 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea