Friday 9 October 2015

Suatu kisah di kem program kepimpinan gabungan pengawas-pengawas sekolah Part 5 [Very End]

Assalamualaikum..sebenarnya tak ada idea apa lagi yang nak diupdate pasal novel S19T. Hanya ni je yang termampu setakat ni. Saya sambung teaser yang dah di 'end' kan tempoh hari...hihi . Tapi ini yang very end la kononnya ( sy tahu la...ada yang dah boring T_T Sorry!). Tak nak sambung-sambung lagi...kalau nak buat selingan pun lepas ni. Nak buat benda lain pula...mudah-mudahan ada idealah ye?

Teaser 5
Satu demi satu anak hujan jatuh ke wajah aku. Aku dah agak dah dari tadi tadi, malam ni pasti hujan. Ceh! Entah kenapa dari tadi aku tak dapat tidur… sedangkan dia? Sambil memikirkan tentangnya, aku menoleh ke belakang merenung dia yang lena dibuai mimpi. Aku kembali ke tent bila hujan makin lebat. Fuh~ baju hampir basah! Aku kembali keluarkan kepala ke luar. Suasana riuh sekejap apabila pengunjung-pengunjung yang turut sama berkhemah di situ berpindah ke Chalet yang disediakan khas apabila berlaku situasi sebegini.

            “Shah…hujan.” Aku kejutkan dia. 

“Shah…hujan ni. Jom pindah ke Chalet.” Tubuhnya aku gerak-gerakan. Bukan apa, dia ni dah macam tidur mati pula. Macam mana dia boleh tidur nyenyak ek? Macam dah ke bulan gamaknya…

“Shah…” 

“Em?” Matanya perlahan-lahan dicelikkan dan cuba mengamat-amati aku.

“Hujan. Jom pindah ke Chalet…” ajak aku terus bangun lalu mencapai lampu suluh dan barang-barang penting. Dia pula dalam masih layan mengantuknya, sempat juga dia sangkutkan beg ke bahu. Geli hati pula menengoknya. Shah~ Shah~ macam budak kecik. Dalam hujan lebat, aku dan dia berlari anak menuju ke Chalet yang berada tidak jauh dari tempat kami berkhemah. Kunci dia keluarkan dari anak beg lalu dimasukkan ke lubang kunci. Tombol pintu dipulas. Setelah dia, giliran aku pula masuk ke dalam. Dia terus hempaskan tubuh ke atas katil. Aku pula masuk terus ke bilik mandi. Apa tak, baju aku basah ni ha~

Garu kepala. Aku ada lagi tak baju spare ek? Macam takde… ni dia punya pasal lah ni. Manalah aku bawa baju ganti? Camping tak dirancang ni bukan plan aku! kalau aku yang plan ke atau sama-sama plan ke…ada juga aku prepare untuk camping ni.

“Shah… awak ada baju spare tak?” Tanya aku sambil mengeluarkan kepala ke luar melihatnya. Kepalanya diangkat berat dan menoleh ke arah aku. 

“Baju saya basah…” jelas aku sambil bibir bawah aku ketap. Malu! Formal sangat pula aku pada dia malam ni. Aku tengok dia, nampaknya bukan saja aku, dia pun cool je hari ni. Biasanya normal personality dia, banyak kacau aku. Oh aku tahu..sebab dia mengantuk!

Dia bangun. Langkah beratnya di pandu ke arah beg. Sementara menunggu, aku mencuci muka di dalam.

“Nah…” hulurnya dengan wajah yang masih mengantuk. Baju itu aku ambil.

“Hemmm…tidur baliklah~” tuturnya tanpa menunggu tindak balas dari aku. Kononnya mengantuk sangat lah tu! Apa-apa jelah Shah oi~ kita ni nak pakai baju. Nak tidur, tidur jelah. Yang penting jangan kacau aku sudah~

Dah siap mandi, tangan belek baju. Aik? Terambil baju orang ke apa dia ni? Biar betul….tak kan pula aku nak pakai baju ni. Turun gred aku dibuatnya. Tch! Ni mesti sengaja nak kenakan aku ni. Bertuah punya Shah. Dia ingat aku akan termakan perangkap dia? Cih! Terima kasih jelah~

            Dalam ucap terima kasih yang tak ikhlas aku tu, terpaksa jugak aku pakai baju ni. Yelah, tak kan aku nak keluar berkemban pula? Tengah pakai baju, kepala sibuk mengomel. Huhu~…kenapalah aku tak perasan tadi masa dia hulur baju dekat aku?

            Selesai pakai baju, aku keluar. 

            “Hahahaha!” mahunya aku tak terkejut, dia yang tidur baik punya tadi gelakkan aku!? aku hanya mampu ketap bibir bawah geram dengan tindakan dia. Dia berdiri sambil jari telunjuknya menggaru-garu dagu tanda menilai baju yang aku pakai. 

            “Heh! Tak sangka pula baju sekolah tu masih padan untuk Ika…” tuturnya senyum diselang selikan dengan tawa kecil. Fuh! Ya Allah…geram tak geram dia cakap macam tu. Takpe, coooool down!!

            “Sesuai ke?” tanya aku tenang. Padahal hati aku ni…bengkak je rasanya. Pedih je.. Dia ni tak faham perasaan aku ke…? Dahlah ‘cuti’ aku jadi huru-hara oleh dia…

            Perfectly…!” sebutnya mengangguk-angguk tersenyum lebar. Macamlah aku suka betul dengan jawapan tu. Aku capai tuala mandi yang terjemur di kerusi justeru melabuhkan punggung di hujung katil membelakangi dia. Tangan lemah menggosok-gosok rambut yang basah. Mungkin sedar aku tiba-tiba diam, dia mendekati aku lalu duduk di sebelah aku.

            “Ika marah Shah eh?” soalnya lembut sambil jemarinya mengambil alih tugas tangan aku mengeringkan rambut. 

            “Tak…kecik hati je..” tangan dia tiba-tiba berhenti sementara aku pula baru sedar. Haish! Apasal aku luahkan rasa hati aku pada diaaa?? Kepala aku perlahan-lahan ditoleh kepada dia. Dia senyum?? Lupa sekejap pada kecuaian tadi dek tenggelam dengan rasa pelik aku pada orang yang bernama Shah Imadi.

            Kecik hati sebab apa ye?” soalnya masih senyum sambil tangannya meneruskan kembali kerja tadi.

            “Takde pape…” Cis! Patutnya dia terkesan ke…sedar ke bila aku dah terlepas perasaan aku pada dia. Ni tak, dia buat macam takde pape je…orang kata, tiada perasaan!

            “Shah minta maaf seandainya Ika kecik hati sebab baju ni… Akibat kelam-kabut kejar masa nak sampai lebih awal dari Ika pagi tempoh hari, Shah lupa bawa baju Ika. Baju sekolah tu pun Shah dapat bersama-sama barang-barang yang Ika pesan dari Kak Fiza. Shah belum sempat bawa masuk ke rumah…” Alamak…barang lama aku tuuu~  tepuk dahi lagi. Kak Fiza ni pun…kenapa beri barang aku pada Shah pula? Shah dah buka pula tu. Habislah aku kalau Shah tanya macam-macam pasal barang aku tu. Ingat nak bakar beberapa benda dalam tu…

            “Ika masih marah Shah sebab baju tu?” tanya dia tenang.

            “Tak marah.” Balas aku senyum paksa. Spoil betul! Patutnya aku tengah kecik hati sekarang ni. Tapi memandangkan Kak Fiza bagi barang aku pada dia, aku tak jadi kecik hati. Yelah sekarang ni, aku lebih takut ditanya pasal apa-apa je yang berkaitan barang tu!!

            Melihat reaksi aku, dia tersenyum lebar. Tuala yang dipegangnya tadi dijemurkan. Tidak kembali ke kedudukannya tadi, kini berdiri pula di hadapan aku sambil menyandarkan tubuh ke meja solekan. 

            “Hemm…bila Shah tengok Ika berpakaian macam ni, nampaknya Ika terpaksa akui kita memang pasangan yang sepadan. Bagai pinang dibelah dua gitu…hihihi!” Haih sudah~ Yakin pula tu~

            “Tch! Mengada-ngada betul.” Dari atas dan kebawah mata aku tengok dia.

            “Yelah…Ika macam budak sekolah je kalau pakai macam ni…hehe..” Bahagianya senyuman dia. Sampai hilang macho dia sebab gelakkan aku. Adakah patut dia cakap macam tu?

            “Ika ingat tak masa first time masuk kelas Shah dulu? Dia orang ingatkan Ika budak sekolah entah dari masa sesat masuk kelas kami. Kebetulan masa tu pun ada pertandingan melibatkan sekolah-sekolah lain…” tuturnya dengan riak serius kerana mungkin ingin menyakinkan aku bahawa kata-katanya tadi itu benar.

            “Yeke…?” balas aku dalam diam mengakui kata-katanya. Ini turut mengingatkan aku kembali tentang perkhemahan pengakap peringkat daerah suatu ketika dahulu. Haih! Memang seram. Menggeleng tidak sengaja kepala aku dibuatnya.

            “Kenapa…tak percaya? Tak setuju? Tak sependapat dengan Shah?” Soal dia banyak kali kerana sudah salah tafsir pada gelengan kepala aku. Rasa macam movie yang kena ‘pause’, aku angkat muka tengok dia. Banyak cakap pula dia malam ni ye? 

            “Shah Imadi…!” Aku sebut nama penuh itu dengan jelas dan serius.

            Yes?” Balasnya pantas.

            “Saya nak tidur! Okay? Selamat malam!” Kata aku cepat menyelimutkan seluruh tubuh dengan conforter tebal yang dibekalkan. Ikut hati tadi nak suruh dia berhenti bercakap… Tapi oleh kerana tahu memang dia tak kenal apa itu ‘berhenti’, baik aku je yang berhenti dan tidur. Heheh!

            What?? Ika…pleaselah, temankanlah Shah kejap. Tak dapat tidur ni…” kedengaran resah bercampur bengang suaranya. Awak sedap tidur tadi, bila bangun memanglah mata tak nak tutup dah…akhirnya jadilah mata burung hantu malam ni~ hehe!

            “Lusa kerja…” degil aku enggan membuka conforter. Aku tunggu jugak apa dia nak cakap lepas ni…tapi tak pula dia bersuara. Hanya aliran air paip yang kedengaran. Mandi ke? Lepas tu senyap balik. Suasana bertukar gelap tiba-tiba. Ye, dia matikan lampu. Haih? Tadi kata tak dapat tidur? Rupanya alasan je supaya aku layan mulut tiada insuran dia. Niat nak sakat dia, aku tunggu dia naik ke katil sebelah tapi tak dengar satu tapak kaki pun dekat situ. Rasa ingin tahu apa dia sedang buat, perlahan-lahan aku buka conforter separuh kepala. Cukup sehingga mata aku boleh lihat dia. Dalam samar, hati rasa disentap…dicuit rasa malu…rasa segan…

            Dia yang aku lemparkan tuduhan tidak berasas tadi rupanya sedang bersedia untuk menyembah dan memperhambakan diri kepada Maha Pencipta yang Agung. Sedang aku pula? Huhu~ … Diluar sedarnya aku bangun mendekati dia justeru menyebabkannya terkejut besar. Macam nampak hantu aku je. Huhu…

            “Solat sunat eh? Kalau nak solat, kenapa off lampu?” tanya aku sambil kaki dipandu menuju ke suis lampu lalu menghidupkannya kembali.

            “Er…takut menganggu Ika…” jawabnya terpinga-pinga dan terkulat-kulat cuba mencapai maksud situasi sekarang.

            “Takpe…tak menganggu pun…” 

            “Ohh…” hanya itu yang terbit dari bibirnya. Rasa segan meneruskan niatnya tadi, seperti aku dia juga kaku berdiri.. buat seketika, mulut kami seperti digam..tidak tahu apa yang nak cakap apa lagi. Dia, agaknya terlalu terkejut dengan aku tadi kut? Aku pula? Dua hati meluahkan hasrat..

            “Erm….saya join awak boleh?” Segan tak payah cakap. Sampai mengigit bibir..huhu

            “Ohh…okay..” tuturnya dengan mata yang dipejam, sementara tangannya pula disentuh ke kening sambil mengukir senyuman bermakna. Tingkahnya itu buat mata aku mengamatinya..

            “Saya ambil air wudhu sekejap…?” Kata aku sambil menghalakan kedua-dua jari telunjuk ke arah bilik air namun mata masih tetap tidak mahu lari dari wajah itu. Apabila dia menghentikan tingkah itu, barulah pandangan aku putus darinya. Fuh~ Malu sekejap..huhu.

            “Emm..” balasnya tunduk senyum mengigit bibir bawahnya. Tidak melambat-lambat masa, kaki aku melangkah menuju ke bilik mandi sambil kepala melayang…senyuman itu tadi...buat aku teringat-ingat tentangnya...

ps: kepala mcm jem sekejap buat teaser ni. kenapa eh? sebab jerebu ke apa? hemmm....takde kaitan kut....

Share:

Thursday 3 September 2015

Status novel S19T

Assalamualaikum semua...semoga rakan blogger dan pembaca semua sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya. Sy sudah menerima feedback dr pihak publisher mengenai status novel s19t, dukacitanya tak diterima. huhu...xpelah, sy anggap ini bukan rezeki sy. tahu2 jelah BM  bkn major sy hehe. Ntah macam mana sy terfikir utk buat novel. kihkih...


 so dgn ini sy putuskan untuk publish novel tu dekat blog je ;)..berikan sy masa 2 hari utk memperbaiki mana2 kesalahan dlm novel ini. Utk pengetahuan semua, sy akan publish novel ini dari awal cerita..dgn itu sy akan padam entry lama. dan buat entry baru. maaf diatas kekurangan sy dlm penulisan. terima kasih kepada pembaca yg sentiasa menunggu entry mengenai novel ini selama ni. tq..huhu

 ikhlas dr sy,
WSKA


Share:

Monday 31 August 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 5

“Supriseeee!” Aku tersentak seketika apabila Aaron Daniel tiba-tiba muncul di sebalik pintu bilik pejabatnya sebelum aku sempat masuk ke dalam.

“Opps! Did I startle you?” tanya dia tersenyum ceria di hadapan aku. Hanya mampu tersengih seterusnya melangkah ke hadapan mejanya lalu meletakkan dokumen yang dimintanya sebentar tadi. Dia pula cepat-cepat melabuhkan punggung ke kerusi. Dengan pantas, tanggannya mengambil dokumen itu kemudian membacanya sepintas lalu.

“Kalau Encik Aaron tidak perlu apa-apa lagi, saya keluar dulu..” tutur aku mulai berganjak dari situ.

“Hey! Selepas hampir seminggu tinggalkan abang di sini...hanya tu je yang Warda cakap?” cepat sangat dia bergerak di hadapan aku. Er...

“Abang call tak berjawab, contact you through whatsapp tak berbalas...dan lagi, abang tak tahu pun Warda ada ambil cuti selama 2 hari selepas itu...” Terpinga-pinga dan terkebil-kebil sekejap. Berpeluk tubuhnya menanti sebuah penjelasan.

“Encik Aaron....” Alamak. Apa aku nak cakap eh?

“Stop call me Encik, Sir and so on...!” potongnya pantas. Aku telan liur satu kali.

“Err...tapi di sini kawasan office...” aku beralasan. Aku ketap bibir bawah.

“Hanya kita berdua je Warda...” intonasinya berubah kecewa. Aku cepat-cepat alihkan pandangan mata apabila matanya cuba merenung ke mata aku dalam-dalam. Bukan apa, aku tak nak direnung sebegitu. Seolah-olahnya aku berhutang sesuatu dari dia!

“Jangan alihkan pandangan itu dari abang please...look at me right now.” Huh~ penatnya aku dengan situasi ni. Rasa nak lesapkan diri cepat-cepat dari tempat ni.

“Ermm..baiklah Aaron, apa dia?” aku berpura-pura tenang bertanya sambil memandangnya. Sebenarnya kami agak rapat sebelum ni. Rapat sebagai teman lunch, cerita itu dan ini. Namun semenjak dia meluahkan rasa hatinya aku rasa agak janggal...rasa nak lari jauh-jauh dari dia. Aku jadi takut. Bukan takut sebab dia akan berbuat yang tidak baik pada aku, cuma aku takut mengecewakannya. Balqis kata, aku terlalu menjaga hati Aaron. Mungkin betul.  Yelah, Aaron kan kawan aku? Ye tak?

“Warda sihat?” tanya dia kembali senyum apabila melihat respon aku. Tangannya masih setia dipeluk ke tubuh.

“Alhamdulillah...saya sihat..” jawab aku dengan kedua belah tangan digenggam antara satu sama lain. Sebenarnya masih takut untuk bersuara. Takut silap perkataan yang dilepaskan..

“Aaron?” Aaron, nama panggilan biasa aku pada dia sebelum ni. Hanya di kawasan pejabat, aku bahasakan dia sebagai Encik. Wajahnya bersinar, bibir bawahnya diketap apabila aku bertanya tentang dirinya.

“Good. I’m good.” Jawabnya senyum merenung aku penuh makna. Renungan lama yang buat aku rasa tidak selesa.

“Ahh....lunch nanti kita makan tempat biasa nak? Saya bawa Balqis sekali!” ajak aku sedaya upaya menidakkan perasaan kurang senang dihadapannya.

“I see.....” balasnya senyum sudah menggaru-garu dagu kerana berfikir-fikir. Dalam pada aku menunggu jawapan darinya, aku baru teringat akan sesuatu. Cis! Lunch? Kan aku ada hal hari ini? Alamak! Terlepas cakap lagi...

“Alright! Perfect timing...abang pun tiada halangan buat masa ni. Kalau ada pun abang akan maklumkan...but, abang pastikan yang abang akan lunch dengan kamu berdua.” Sambungnya bersemangat.

“Baiklah...so, saya keluar sekarang. Ada apa-apa hal nanti, call je.” kata aku membuat simbol di jari.

“Okay, you may go now.” Tuturnya dengan kepala diangguk-angguk seperti berpuas hati akan sesuatu. Akhirnya dapat juga aku melepaskan diri. Aku diam mula mengorak langkah semula.

“Warda...” 

“Eh?” Aku terhenti berpaling semula ke belakang apabila nama aku dipanggil. Err!

“Abang akan tetap tunggu Warda...” tuturnya senyum penuh meyakinkan. Aku tiada jawapan untuk itu. Hanya melangkah kembali membawa perasaan yang bercampur baur.

“FUH!” aku lepaskan tubuh ke kerusi yang berhadapan dengan Balqis. Sebenarnya, selepas keluar dari bilik pejabat Aaron Daniel tadi, aku terus masuk ke bilik pejabat Balqis cuba untuk mencari titik tenang.

“Haaa! Yang datang ke sini dengan muka lesu, penat dan tidak bermaya ni mesti sebab Encik Aaron Daniel tu kan? Haha!” tanya Balqis tertawa serta-merta. Aku cebik bibir memandangnya sebelum menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan.

“Aku rasa nak cari kerja lain lah....kau rasa macam mana?” tanya aku inginkan pendapat setelah mengubah posisi ke duduk tegak dihadapannya.

“Eleh~ tak kan pasal Aaron pun kau nak lari dari sini? Kau baru setahun berkhidmat di sini kau tahu tak? Nak cari pengalaman sementara ke position sebenar konon? Ni apa cerita sekarang??” panjang omelan Balqis pada aku. Aku tahulah nak macam tu sebelum ni. Tapi situasi dah berubah sekarang...

“Isk...kau tidak faham Qis. Memanglah begitu yang aku nak dulu...tapi...”

“Sebab keadaan sudah berubah??” cepat betul dia dapat baca fikiran aku.

“Oi! Agak susah nak cari kerja sekarang tahu tak? Haa~ yang interview hari tu dah dapat jawapan? Belum kan?” aku menggeleng kepala sebagai jawapan.

“Haaa~ tahu takpe...” melihat reaksi aku, dia senyum perli rasa menang. Dia berdiri dari kerusinya lalu berjalan ke arah aku dan menyandarkan tubuhnya ke meja betul-betul, di sebelah kanan aku.

“Aku ada cadangan...apa kata kau terima je dia tu...tak rugi pun. Orang kata, cinta boleh dibina. Hehe pintar tak aku?” Membulat mata aku saat ini mengenai cadangan tidak bernas Balqis. Adakah patut dia cakap macam tu?

“Isk isk isk....bijak dan pintar yang amat sangat. Dari kau cadangan aku agar aku terima dia, baik kau ambil dia! Betul tak?” kata aku mendongak kepala dan menjeling mata ke arah Balqis.

“Heheh! Gurau jelah Warda oi! Kau nak aku nak ambil dia sebagai teman hidup aku? Terima kasih jelah Warda. Kau bukan tak tahu dia tu sepupu aku. Dari kecik membesar sama-sama, ke kindergarten sama-sama. Kemudian ke standard and primary school. Fuh~ Kami macam adik beradik je...” tahu takpe. Begitu juga aku Balqis...macam mana aku nak terima dia kalau hati aku hanya anggap dia sebagai kawan aku je?

“ Tapi aku hairanlah apasal kau susah sangat nak terima si Aaron kawan kita tu? Dahlah hensem, bakal peneraju syarikat ni lagi...haish aku tak fahamlah!” tuturnya menjeling pelik sambil memeluk tubuhnya.

“Adakah sebab.....kau masih tidak dapat lupakan ex kau tu? Patutpun selama ni aku takde jawapannya.....” Aik? kesitu pula dia..? Kepala aku automatik menggeleng dengan tingkah Balqis dan andaian-andaiannya pada aku.

“Adakah patut kau tuduh aku sebab itu? Ish kau ni...” jari-jemari aku sudah bertemu sesama sendiri. Kembali malu apabila perkara itu dibangkitkan. Bukan malu kerana mengakui kata-kata Balqis itu benar, sebaliknya malu kerana teringat kembali aku tidak pernah membuka cerita tentang masa lalu pada Balqis sehinggalah out station tempoh hari.

“Ish ish ish...mula lah tu. Aku gurau je pun. Tak kan kau tak kenal aku? Kau ni Warda...lately kau terlebih sensitif tau?” kata-kata itu membuatkan aku tersenyum lebar. Tahu pun dia berhenti bercakap.

“Hehe yelah...kenal sangat. Dah-dah...kita tinggalkan topik tu. Ni, tengah hari ni aku jemput Encik Aaron lunch sekali. Tapi aku tak dapat nak join korang...” aku terus cakap macam tu sebab dah jadi kebiasaan kami, masing-masing tahu jadual teng hari je mesti lunch sama-sama walau tak bertanyakan antara satu sama lain, sama ada nak pergi lunch bersama ke tidak.

“Kenapa pula?” mengerut dahinya saat ini bertanya.

“Kan aku ada hal.....?”

“A'ah~ Haih Warda, kau yang ajak...kau pula yang tak datang ye? Kenapa ajak dia lunch kalau kau tak datang??” bibirnya sudah dicebik geram. Sementara anak matanya dijeling seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

“Jangan nak cuba fikir yang bukan-bukan pula...betul lah lepas ajak dia tadi, aku baru teringat aku ada hal tengah hari ni. Sorry tau!” Kata aku jujur.

“Yelah tu....tapi akui jelah, kau memang happy dapat lari dari lunch tu kan?” perli dia tengok aku atas dan bawah.

“Hehe! Lebih kurang lah kut...” aku senyum tersengih-sengih.

“Dah agak dah~” Balas Balqis malas-malas. Kepala yang tidak gatal digarunya.

“Takpelah, aku keluar dulu tapi sebelum tu, fail yang nak dihantar by hand kepada orang tu mana?” Tanya aku yang hanya sempat bangun dari kerusi tadi kerana teringatkan sesuatu pesanan.

“Oh? Ye pula...jap.” Balqis kembali semula ke tempatnya lalu membuka salah satu dari laci mejanya. Satu envelope besar di keluarkan.

“Nah~ hantar by hand pada pemilik envelope ni. By hand tau...jangan nak hire orang lain pula nak hantar. Kalau tak habis...” Tutur Balqis tegas. Fuh~ Macamlah aku nak buat macam tu ye...huhu. Tak kenal aku? Aku kan pekerja paling amanah? Ni yang buat aku marah ni. Huhu~ Paling amanah konon. Berangan lebih!

“Baik bos!” sengaja aku mengusiknya. Tatkala ayat itu keluar, dia ketap bibir geram.

“Apa-apa jelah Warda oi~ selepas ni jangan terkejut pula sebab ada sesuatu yang menanti dihadapan kau~ haha!” serentak itu aku jadi bingung sekejap namun sempat bertanya kembali dengan bahasa badan. Malangnya Balqis gigih tutup mulut! Fuh~ bertuah punya kawan. Jangan je dia aturkan sesuatu diantara aku dan Aaron sudah~
Share:

Friday 7 August 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 4

“Fuh~” aku mengeluh lemah sendirian di bilik rehat yang berdekatan. Pening! Memang pening! Sadis! Memang sah nyawa aku melayang dihujung jari Balqis tidak lama lagi. Dah lah aku serabutkan dia dengan memetik nama dia sebagai agenda penyamaran aku...ni satu lagi yang aku tak pernah beritahu dia selama ini. Status aku! dia tak pernah tahu aku pernah berkahwin dan bercerai selama ni. Dan yang ‘hebatnya’, si Katak Siam yang dia minat sangat tu adalah ex-husband aku!

Sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas, fikiran aku melayang jauh. Cis! Dia punya pasal, tak habis-habis kepala aku memikirkan hal-hal lepas. Dia punya pasal lah ni! Dia punya pasaaaallll!!! Geram punya pasal, kertas tadi aku kepal-kepal dan di baling sepenuh hati ke arah pintu.

“Pop!” Alamak! Kena pula ke muka seseorang. Nak tahu dia siapa? Muhammad Faradhi tu lahh~ Aku pantas berdiri terkejut dengan kehadirannya di sini.

“Sorry! Sorry! Saya tak sengaja..” Merah padam dan nampak  bengang je dia. Bengang tak bengang, siapa suruh dia tiba-tiba buka pintu tu tadi? Ceh~ main tuduh-tuduh orang pula kan? Yelah...aku akui, aku yang salah sebenarnya.

Dia kerut dahi sementara kepala digeleng melihat tingkah aku tadi. Fuh! Buat malu aku je. Dia meluru ke sebuah kerusi lalu melabuhkan punggung. Hanya ketapan bibir dari aku. Huhu..malu betul aku! Perlahan-lahan aku duduk kembali ke kerusi. Sepi menyelubungi suasana. Sesekali mata aku dilirihkan padanya yang ada disebelah kanan aku yang sedang meneliti sesuatu di sebuah fail. Kosong fikiran...

“Nampak marah je tadi? Ada sesiapa sakitkan hati cik Balqis?” Tanyanya tersenyum sambil angkat muka memandang tepat ke mata aku. Tersentak ditanya tiba-tiba, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Dahlah tadi aku asyik tengok dia je...

“Er...takde..takde pape...” jawab aku putus-putus. Malu berterusan.

“Ohh....” Balasnya mengangguk-angguk kemudian tunduk merenung kembali ke arah fail. Kami kembali senyap...

“Er...Encik Faradhi..” kerana terasa inilah peluangnya, aku bersuara.

“Ye?” dia angkat wajah bersahaja sementara kakinya pantas disilangkan.

“Em....” Haish! Kenapa susah sangat aku nak bersuara ye?

“Rasanya tugas saya dah selesai, jadi esok saya dah boleh keluar!” Bomb!!!! Ya Allah!~ Ya Allah! Aku dah silap cakap! Habislah aku..

“Oh? This is what we called straight to the point. Hemm...but...it’s okay..” berkerut juga dahinya tadi namun akhirnya senyum akur dengan kehendak aku.

“Terima kasih encik...” balas aku segan-segan ketap bibir memandangnya. Urgh! Warda-Warda. Kenapa kau terlebih ‘pintar’ ye?

“Okay...” Balasnya bersahaja kemudian menundukkan wajah ke fail itu kembali. Inilah masanya! Baiklah, jom ‘cabut’ sekarang ini jugak! Saat ini aku angkat kaki perlahan-lahan meninggalkannya disitu. Sebaik menutup pintu bilik rehat, kaki yang terasa berat untuk melangkah dari tadi beri mesej untuk berhenti. Arggggh! Kenapa aku cakap macam tu tadi hah??? Kau dah hilang akal ke Warda?? Beraninya cakap macam tu..dia tu leader tahu tak??? Jemari, sudah aku kepal-kepal lalu diketuk-ketuk lemah ke kepala.

“SEBENARNYA aku dah pernah berkahwin...” aku menyusun kata.

“Haaa? Bila? Aku tak tahu pun kau dah kahwin..” Balqis aku lihat bingung.

“Sorry....aku tak pernah cerita pasal ni. Aku tahu kau kecewa sebab semua tentang kau aku tahu, tapi sebelah aku, kau tak pernah tahu...” aku hampiri dia lalu mengenggam erat jemarinya. Aku tahu dia terkilan, aku tahu dia kecewa sebab tu di kesempatan ini, aku nak dia tahu tentang aku yang dia tak pernah tahu selama ini.

“Takpe...teruskan.” Dia melepaskan nafas panjang di masa yang sama cuba memahami aku. Dia mulai senyum. Aku lepaskan tangannya kemudian kembali bersandar ke tiang beranda hotel.

“Tapi dah bercerai...” aku ketap bibir terhenti, susah untuk meneruskan kata-kata. Aku berpaling sekilas padanya. Saat ini wajahnya berubah riak.

“Aku tak pernah bercerita pasal ni...sebab aku rasa semua tu benda lama. Aku dah buka ‘buku baru’ dah pun. Bukan aku tak ikhlas kawan dengan kau..kau tahu tak?” Aku senyum lagi.

“Jangan risau. Rasanya aku faham situasi kau...kita kan kawan?” Balqis peluk melingkari pinggang aku.

“Thanks sebab jadi kawan terbaik aku..” Aku senyum terharu. Aku beruntung memiliki teman sepertinya. Aku tahu, Balqis tetap akan memaafkan dan memahami aku walaupun aku pernah tanpa sengaja menipu dia. Itu yang buat aku rasa bersalah terhadapnya. Huhu...

“Ohh.....tapi apa kaitannya dengan hal kelmarin?” dia meleraikan pelukan tangannya dan mula bertanya hal kelmarin.

“Heh! Susah nak cakap tau....” Aku pejam mata sekejap.

“Haaaaaa~ jangan pula ada lagi rahsia yang kau sembunyikan dari aku. Baik kau cakap cepat sebelum aku merajuk.” Dia tertawa sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah wajah aku. Buat aku takut je.

“Yeee...aku memang nak beritahu kau lah ni...” aku turut tertawa dengan tingkahnya.

“Tapi...kau jangan sedih dan kecewa pula...” sambung aku.

“Kenapa pula?” tanyanya pelik. Seribu tanda tanya mulai muncul dari riak wajah Balqis.

“Sebab.......leader kau orang tu adalah......” aku tidak meneruskan tutur kata kerana ingin melihat riaknya. Hehe!

“Whatttttt??????” Balqis ternganga. Aku dah agak dah. Dia memang akan terkejut!

“Iyeee! Encik Faradhi, leader projek kau orang tu merangkap ex-husband aku!” Sigh! Elergik betul aku sebut nama dia tu. Fuh!

“Biar betul??!” Balqis malar kurang percaya.

“Betul lah. Tak kan aku nak tipu kau kan?” balas aku.

“Ish ish ish......tak sangka pula aku...dah lah aku terminat dia...” Balqis sandarkan tubuh kecewanya ke tiang beranda. Kesian betul.

“Tapi tak kisah pun...kau jangan salah faham pula. Aku minat macam tu je..minat tengok dia. Aku tak terniat pun nak kahwin dengan dia sebab aku tahu. Dia pun dah ada anak kan? Bererti dia dah kahwin semula dah pun...” aku pandang dia pelik.

“Cih! Boleh pula kau minat...?” aku paparkan riak pelik padanya.

“Yelah...dia kan smart..hensem lagi. Boleh dikatakan cukup pakej lah bagi aku. Haha!” amboi Balqis? Aku sudah menggeleng.

“Rugi tau kau bercerai dengan Encik Faradhi tu...”

“Hah??? Biar betul apa yang aku dengar dari mulut kau ni...patutnya kau kasihankan aku. Ni tak, sebaliknya pula.” aku cubit lemah lengannya.

“Ish! Aku gurau jelahhh~ haha!” Gelak sakan pula dia. Huhu~ tak baik betul.

“Yelah~yelah! Aku tahu...” aku ketap bibir memandang ke arah lain dan mula bermain melaga-lagakan jari-jemari antara satu sama lain. Segan dan rasa malu pula aku...

Hening merajai suasana.

“Jadi selama beberapa hari ni, dia tak pernah cam kau siapa ek?” dia bertanya lucu dan disertai riak hairan.

“A’ah~ dia tak tahu dan tak cam aku....mula-mula tu jelah dia cakap macam kenal aku tapi aku nafikan. Hehe! sebab tu aku pinjam nama kau kejap...sorry tau!”

“Ohhh~” dia sudah mengangguk-angguk faham.

“Tapi jangan pula selepas ni kau terlepas cakap tau! Melainkan aku dah keluar dari tempat ni, dia tahu aku siapa, aku dah tak kisah dah sebab aku dah tak perlu hadap dia.”

“Okay-okay! Aku janji aku tak akan buka identiti kau. Puas hati?” dia tertawa menoleh.

“Yeee! Yeee! Heh.” Aku turut tertawa dengan tingkahnya.

“Tapi boleh aku tanya satu?” soalnya mengerut dahi inginkan sesuatu persoalan terjawab. “Em?”

“Bila kau orang kahwin eh?”

“Dah lama dah~ atleast 4 tahun lepas...” jawab aku berseloroh.

“Ohhh.....yeke. Maksudnya kau kahwin masa umur 18 tahun atau ikut tahun, 19 tahun lah ye?” aku angguk kepala.

“Boleh tanya lagi?”

“Tanya je....”

“Macam mana kau orang kahwin?”

“Hemmm.....mama yang satukan kami. Maksud aku, mama angkat aku...mama kepada Encik Faradhi!”

“Ohhhhh......” panjang benar sebutan o daripada Balqis. Tengah menghadam cerita lah tu. Fuh!

“Kenapa kau orang berpisah eh? Ni haa~ satu lagi dia ada tak pernah cari kau ke selama ni...?”

“Amboi Balqis....tadi nak tanya satu atau dua je soalan. Ni dah lebih dah ni. Dah-dah cukup untuk hari ini, lain kali kita cerita lagi. Jom masuk tidur lagi baik Balqis oii~~” aku mulai atur langkah ke ruang bilik hotel.

“Ala Warda! Ceritalah lagi...best tau nak dengar. Lebih-lebih lagi pasal Encik Hensem tu!” rengeknya. Dia turut melangkah masuk membuntuti aku sambil tangannya menutup sliding door. Aiseh! Melebih-lebih betul lah Balqis ni. Ada ke patut dia cakap macam tu?

“Daahhhh~ esok kau orang ada kerja lagi kan...” aku naik ke atas katil lalu menyelimutkan diri dengan conforter tebal yang berwarna biru, merah jambu itu. Aku cuba tutup mata melelapkan diri.

“Janji tau kita story mory lagi...?” bunyi suara ingin tahu Balqis masih kedengaran.

“Iyeee....” Jawab aku membuka kembali mata yang ditutup. Hemmm ada-ada saja Balqis ni. Macam wartawan...

Aku....nampak tenang berbicara tentang masa lalu..namun hakikatnya aku sedang berjuang dengan perasaan pedih yang kembali hadir. Cih~ ini semua sebab dia..
Share:

Thursday 2 July 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 3

Alhamdulillah! Akhirnya meeting ini berakhir! I am free! Yessss!! Gembira tak tergambar kau ye? Projek belum siap, ini baru je permulaan bak kata leader tadi. Tapi, aku kan wakil sekejap je? Demikian hati aku menjawab cepat.

Wakil-wakil dari syarikat lain mula meninggalkan ruang meeting itu. Begitu juga aku. sebaik fail berkaitan dikemas, aku angkat punggung secepatnya kemudian mengatur langkah ke arah luar bilik meeting.

“Balqis Farhana.” Eh? Automatik kepala aku dipusing ke arah belakang sebaik nama aku dipanggil. Dia?

“Can you stay for awhile? Ada hal kejap.” Pintanya.

“Oh..okay.” Tanpa waspada aku bersetuju kerana bagi aku, itu pasti hal kerja yang tidak melibatkan apa-apa hal peribadi. Lagipun jauh disudut hati aku, aku yakin dia langsung tidak mengenali aku. Dia menghampiri aku dengan sebuah fail.

“Is this yours?” tanyanya sambil menghulurkan kertas itu dihadapan aku. Sempat tergamam namun cepat bertindak menyembunyikan tingkah itu. Fail itu bertukar tangan. Cepat je mata aku meneliti fail projek itu dan seterusnya, alamak lalainya aku!

“Tercicir?” Soalnya serius.

“Er..ye…” Jawab aku tergagap-gagap.

“Tag WF terlekat atas fail ni. Do you mean WF is for WHAT FOR? Maksudnya tak ambil berat soal projek ni?” duganya terus membuatkan aku sedikit tersentak.

“Er..saya tidak bermaksud macam tu..memang betul saya tercicir fail ni..”

“Awak tahu betapa pentingnya fail projek ni kan?” tambahnya lagi langsung mengendahkan jawapan aku tadi.

“Saya minta maaf..dan saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.” jelas aku hampa dengan situasi sekarang. Ye, aku betul-betul tidak sengaja tercicir fail projek ni. Fuh! Tapi macam mana dan bila masa aku tercicir fail ni ye? Seriously, aku tak sedar dan tak tahu langsung! Purggh! Kalaulah jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab, mahunya aku dipecat oleh syarikat aku! Itu baik lagi kut, yang sadisnya kalau disabotaj macam mana? Kan? Kalaulah Balqis dapat tahu aku tercicir fail ni, mahunya aku kena pancung oleh dia! Huhu…

“Baiklah, saya terima alasan itu untuk kali ini. Tapi ingat, jangan ulangi perkara seperti ini lagi.” tegasnya. Aku angguk lemah sebagai jawapan. Dia terus ke kerusinya kembali tanpa mengendahkan aku yang masih berdiri kaku. Aku ketap bibir melayan rasa kecewa akibat sikap cuai yang julung-julung kali aku buat. Tak pernah-pernah kut aku cuai pada perkara penting begini. Monolog tidak putus walau kaki sudah mula menuruni anak tangga bangunan itu.

“Kejap..” aku bersuara dan langkah kaki terhenti apabila teringatkan sesuatu. WF is what for? Hahaha! Tergelak sendiri jadinya. Jauhnya imaginasi dia ye? WF tu kan Warda Fitriya! Nama aku. Sigh!

Hemm...tapi, tidakkah pelik, dia terus tahu ini fail aku?

Aku renung fail yang aku genggam. Ah! Mungkin sebab ada nama syarikat kami yang tertulis pada fail ini..

TIGA hari terasa seperti tiga minggu berada di sini. Si Balqis ni pun..dari tadi aku tunggu panggilan dari dia. Tak kan belum sampai lagi kut? Alamak! Baru aku ingat. Kalau balqis dah sampai sini, sudah tentu si katak siam tu tahu siapa aku nanti! Tapi aku dah tak kisah dah sebab aku dah angkat kaki pun dari sini sebaik Balqis sampai! Hehe..wargghh! Hati menjerit. Tubuh dihempaskan ke sofa cuba untuk memadam rasa sengal di badan. Seakan dipenjara pun ada! Tapi … tapi … tapi … tak jugak kut? Sebab aku banyak kerja di luar sana! Ni pun sekejap je ke hotel sebab nak ambil dokumen yang diperlukan untuk site! Kerja yang aku tak minat, memang rasa terpenjara, terkurung! Orang lain enjoy je…

Eh? Site?? Apasal aku boleh terlibat sampai ke site ni?? Ini bukan kerja aku! Pleaselahh! Aku bukan taraf engineer macam Balqis. Huhuhu…Balqis ooh Balqis! Kau tunggu eh, kau cakap meeting je. Ni ha~ aku kena suruh join ke site oleh leader kau orang! Fuh!

Aku kembali ke lokasi kerja yang berada tidak jauh dari hotel tempat aku menginap. Setibanya ke lokasi, teman sekerja sedang sibuk berbincang antara satu sama lain. Leader belum sampai, sampai je anaknya ada sama. Eh? Bahanyanya..dia tak terfikir ke tempat ni bahaya untuk anak-anak kecil? Kenapa tak tinggalkan bersama ibu budak tu je? SOP dia entah kemana. Aiseh, marah kau Warda? Yelah,kesian budak tu. Bersoal jawab didalam hati.

“Sorry, lambat sikit.” Keluh dia sambil Adha Kaliq di dukungannya. Reaksi teman sekerja hanya tersenyum. Mereka lebih tertarik kepada Adha Kaliq yang sememangnya tidak diragui tentang kecomelannya! Terkelip-kelip mata budak tu apabila teman-teman sekerja mengusiknya.

“Mommy!” sedang menghayal jauh, tiba-tiba hujung telinga aku ni menangkap perkataan tu dari mulut Adha Kaliq! Tercari-cari juga siapakah gerangan ibu kepada Adha Kaliq. Mata tercari-cari adakah wanita itu dulu?

“Mommy!” laungnya lagi tapi kali ini hati aku rasa tidak tenteram. Kenapa setiap mata memandang ke arah aku pula?  Mata aku terus di alihkan kepada Adha Kaliq apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aiseh! Tak kan budak kecik ni maksudkan aku?? Dalam pada ramainya orang di sini, kenapa tunjuk aku wahai budak kecik?

“Ngehh~” ketap gigi! Hanya itu yang termampu untuk membalas setiap reaksi mereka. Isk! Si katak siam ni pun aku lihat seperti membiarkan je. Apa dia ingat aku tak malu ke kena pandang sepelik begini? Yelah, nanti orang ingat aku tak layan ‘anak’ aku pula!

“Mommy!” aku sudah menggeleng nafi dengan panggilan itu. Teman sekerja di samping aku kali ini nampak marah dengan tindakan aku.

“Ta..ta..tak…saya bukan Mommy kepada budak ni!” aku yakini mereka. Bukan cuba nak percaya, malah mereka mula mengerumuni aku!

“Kau tak nak akui dia adalah anak kau?? Mak seperti apa kau ni??” selepas berkata-kata, mereka mula menerkam aku! Aku tutup kepala dengan tangan dan menjerit dalam hati. Arggghh! Tolong! Tolong!

“Warda!” dalam riuh-rendah itu sayup-sayup aku dengari suara seseorang memanggil nama aku.

“Oi Warda! Apasal kau ni?” eh? Tangan aku dialihkan dari kepala, wajah aku diangkat. Balqis!

“Kau ni..apasal kau macam pelik je dari tadi? Tutup muka lah..tutup kepala lah..”

“Erhh…hehe…” aku hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal, malu dengan kelakuan sendiri. Apa tak? Rupa-rupanya kejadian tadi cuma bayangan jauh aku je! Sebenarnya apa yang berlaku adalah, si Adha Kaliq tu sibuk je melayan kawan baru dia. Bukannya memanggil-manggil aku pun! Fuh~ buat malu aku je. Fikiran pelik aku ni semuanya sebab kelmarin punya pasal lah ni!

“Hah! Kau dah sampai kan? So…” aku naikkan kening sambil hulurkan fail yang aku pegang tadi terus ke tangan Balqis.

“Tugas aku pun dah selesai, aku pergi dulu!” sambung aku dengan tangan dihalakan ke luar site. Rata mata Balqis sekarang ni tengok aku.

“Amboi! Happynya dia..” hanya itu yang terbit dari bibirnya. Tidak mampu untuk menghalang, tahu jelah itu adalah perjanjian kami sebelum ni. Sempat mata aku menoleh ke arah dua beranak yang masih sibuk itu.

“Tapi kau masih tak boleh lari buat masa ni! haha!” Balqis ketawa gembira disebelah aku. Buat aku musykil je dia ni. Aku tengok dia atas dan bawah.

“Yelah, tak kan kau nak lari macam tu je…apa pula leader cakap nanti? At least kau kena juga maklumkan pada dia ke…rules apa lah yang kau pakai ni Warda?” alamak..ini yang aku tak nak. Habislah identiti aku nanti!

“Oi! Aku tengah bercakap dengan kau ni. kau dengar tak?” Suara Balqis seperti geram.

“Eh? Ohhh okay! Okay! Aku dengar. Aku dengar.” Bingung dibuatnya sekejap. Aish! Fikir cepat apa perlu aku buat…

Teng! Satu idea agak baik keluar dari kotak fikiran aku. Cuma ini je caranya…aku dah takde pilihan. Tanpa membuang masa aku heret tangan Balqis jauh dari mereka. Terpinga-pinga dia. Aku hentikan langkah di satu tempat yang agak jauh untuk bercakap dengannya.

“Balqis! Kau kawan aku kan?” aku menarik perhatiannya dengan pandangan serius. Tekebil-kebil Balqis dengan apa yang berlaku sekarang namun kepalanya masih mampu mengangguk sebagai tanda jawapan kepada soalan aku.

“Aku nak minta tolong, hari ini kita exchange nama eh?”

“Maksud kau?” soal Balqis inginkan kepastian.

“Maksud aku, aku pinjam nama kau sekejap. Kau pula petik je mana-mana nama yang kau suka, asal jangan nama aku sudah.” Jelas aku serius menelan liur.

“Aik? Pelik…kau okay ke tidak ni?” tanya dia sambil cuba memegang dahi aku tapi aku cepat-cepat tepis tangannya.

“Ish..aku okay lah. Tapi kau tolong aku eh. Hari ini je…esok aku dah nak keluar dah. Please?”

“Tapi kenapa pula tiba-tiba macam ni? Ada sesiapa yang kau kenal sini?” soal dia lagi dengan reaksi yang masih bingung. Segera kedua belah tangannya dipeluk ke tubuh sambil lehernya dipanjangkan kepada teman sekerja jauh didepan kami.

“Aish kau ni banyak soal pula. Malam nanti aku beritahu aku okay?! Deal?” balas aku ceria.

“Yeelahhh…” Balqis tengok aku atas dan bawah. Geramlah tu. Hehe!

***

“Balqis!”

“Ye!”

“Ye!” Aku dan Balqis serentak menyahut. Aduh! Balqis ni~ aku gigit bibir pandang dia atas dan bawah.

“Ngehh~” Hanya itu balasan darinya. Lupa lah tu!

“Balqis! Dokumen tadi mana?” Faradhi dari jauh bertanya. Nasib baik dia tak perasan sangat Balqis turut menyahut sama tadi. Huhu..

Aku menyiku Balqis yang melopong mulut bak digigit monyet kerana  si katak siam itu bersuara. Bukan aku tak tahu, sebelum ni dia beriya-iya sangat nak face to face dengan katak siam tu. Sambil mengambil kembali dokumen yang aku berikan kepadanya tadi, kepala aku digeleng-geleng. Faradhi menghampiri aku. Dia mencapai dokumen itu selepas melirikan matanya ke arah Balqis kemudian ke arah aku pula. Cih! Katak siam. Sebab tu aku panggil dia katak siam dari dulu lagi. Sempat pula buang pandangan menawan. Fuh~ Menawan lah sangat!

“Eh? Kamu mesti staff tetap yang terlibat dalam projek ni kan? Dan saya difahamkan Balqis sebagai wakil sementara kamu?” tanya dia kepada Balqis sambil menghalakan pandangan pada aku pula. Balqis pula ceria menjawab dengan anggukan. Balqis~ Balqis. Jangan kau jatuh hati pada katak siam ni pula. Dia dah kahwin, dan dah ada anak pun Balqis oii~

“Encik Faradhi! Saya Farhana!” ya Allah Balqis… nampak sangat kau dah terminat lelaki depan kita ni. Faradhi hanya tersenyum memandang Balqis seterusnya mata itu dialihkan pandangan ke arah lain.

“Alright! Boleh teruskan discussion…sementara tu saya hantar anak saya ke hotel kejap.” Faradhi meminta diri sebelum bergerak pantas ke arah hotel berhampiran. Aku ekori langkahnya dengan mata sehingga hilang dari pandangan. Haih! Risau pula aku. Lagi lama aku disini, lagi cepat rahsia aku bocor. Tak boleh jadi ni.
Share:

Saturday 6 June 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 2

“Tiada alasan untuk hubungan ini diteruskan … abang ada orang lain ..” tuturnya serius tidak  menoleh aku dibelakangnya. Tersentak dan terkejut dengan pengakuan itu saat ini. Terasa dunia tiba-tiba gelap mengiringi hati yang kelam. Hancur berkecai harapan dan impian yang cuba aku bina walau pada mulanya tiada rasa rela hati ini untuk bersatu. Kenapa dia tidak menolak dari awal? Kenapa baru sekarang berterus-terang setelah semuanya selesai?

“Fly as high as you can. Catch what you dream of…you still young Warda, this is your chance...” sambungnya seraya memusingkan tubuh memandang aku. Tiada riak di wajahnya seolah-olah sudah senekad untuk mengakhiri hubungan ini. Sesingkat ini …

Kata-kata berbisa itu muncul kembali. Fuh~ asyik teringat-ingat … masih segar walau sudah 4 tahun berlalu. Adakah aku yang masih belum ‘move on?’ Sedangkan dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya. Tak! Bukan pasal aku belum move on, Pasal aku terjumpa lelaki tu balik, sebab itu aku jadi teringat-ingat. Aku pejamkan mata cuba untuk mengusir ingatan itu dari terus menghantui minda. Fuh! Main jauh-jauh boleh? Aku nak rasa tenang tahu tak? Pergghh! Hebat! Nampak mudah macam usir semut dari gula je kan? Hehe…

Langkah kaki diatur ke luar beranda hotel. Tangan dipeluk ke tubuh. Sejuk terasa sehingga ke tulang apabila betul-betul menginjak ke luar. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan. Mata direnung ke langit gelap. Ya Allah, cantiknya! Seperti ada seseorang yang menabur telah bintang-bintang itu sehingga berbentuk satu bulatan besar. Sungguh aku jatuh cinta pada keindahan ini!

Bunyi riuh-rendah di sebelah kiri jiran hotel menyebabkan aku menoleh ke arahnya. Gurau senda dan tawa seorang lelaki dewasa dan seorang anak kecil kedengaran. Aku syak lelaki itu adalah ayah kepada anak kecil itu. Suasana yang menghiburkan, menyenangkan dan mendamaikan hati. Akhirnya bibir aku mulai mengukirkan senyuman menenggelamkan rasa hati yang bercampur-baur sejak dari tadi. Berfikir dan memikir macam-macam benda mengalahkan perdana menteri tu! Hehe...

KERJA dilaksanakan terus tanpa ada namanya curi tulang. Kadang-kadang aku ditugaskan sebagai wakil syarikat untuk ke mesyuarat kecil untuk membincangkan hal-hal remeh. Baru aku tahu, makin banyak berjumpa dengan orang luar, makin banyak ilmu yang kita dapat. Ceh! Baru sikit je pun, lagak dah macam berbelas tahun pengalaman punya bahasa. Padahal, masih newbie dalam company ni. Haha! Tiba-tiba handphone aku membunyikan ringtonenya menandakan ada satu mesej dari aplikasi Whatsapp. Private message dari Balqis rupanya.

“Hoi! Amacam? Best kan handle fail-fail projek? Hehe!” amboi! Beri salam pun lupa ke?

“Best kau kata? Pening tau, balik-balik fikir soal solution. Plan A lah. Plan B lah…adoi~ cepatlah kau datang eh?” rayu aku. Ditimbang balik dengan pertemuan aku dengan Muhammad Faradhi, phew! Rasa nak putar balik bumi ni supaya aku boleh elakkan diri dari outstation ni!

“Bahahaha! Sebab tu aku tulis nama kau sebagai pengganti aku! Kau kan baby hulk? Haha!” baby hulk merujuk kepada aku bahawa aku ni kuat kononnya! Tak cepat melenting bila diberi sesuatu kerja. Itu yang Balqis beritahu aku tentang aku tempoh hari. Tersenyum-senyum aku membalas ‘PM’  Balqis. Takpe kot sebab aku seorang je dalam bilik mesyuarat yang belum bermula ni. Hehe…

“Bijak kau eh? Tapi tak jugak kut sebab aku boleh melancong lepas ni ;P! Esok kau datang kan? Hehehe! Bye-bye Balqis!” sengaja aku buat dia iri hati. Hehe..

“Ye! Esok aku datang. Happy?” Balasnya geram.

“Ala! Biar betul kau ni Warda!?” cepat je dia bercakap ke arah benda lain.

“Betul, aku dah apply cuti siap-siap seminggu sebelum datang ke sini. Kau tahu kan aku belum ada ambil cuti tahun ni?”

“Asal aku tak dapat pun cuti walau aku dah apply????” ayat Balqis dilihat bengang.

“I.D.K..hehehe.” maksud aku, AKU TAK TAHU kalau di alih bahasa ke bahasa melayu.

“Alah jealous!!!”

“Baiklah, aku nak siapkan kerja aku kejap. Anyway Balqis, sad to say this.. I’m on my way trip.. :P.” sengaja aku menambah bahang cemburunya. Hehe..

“Oh! NOOOOOOOOOOOO!!!” Balasnya. Aku yakin, Balqis sudah lekapkan wajah kecewanya ke meja kerjanya sekarang. Hehe…

“Ala…janganlah macam tu. Cepat-cepat kau datang sini tau….aku takde kawan..” pujuk aku.

“NOOOOOOOO!!” sah dia masih tak puas hati. Kesian Balqis. Phew! Balqis oi! Aku sengaja nak sedapkan hati je tu. Aku sendiri takde selera pun nak ber-holiday bagai. Cuma nak ambil kesempatan nak makan angin je sementara berada di sini.

“Morning!” kedengaran seorang demi seorang wakil-wakil dari setiap syarikat yang terlibat dalam projek ini masuk memenuhi ruang bilik mesyuarat. Terkejut sekejap, ditambah satu suara yang sangat familiar memberi salam masuk terus ke telinga kanan aku! Tanpa terkawal oleh aku, kepala automatik menoleh ke arah pintu masuk utama bilik mesyuarat.

Alamak! Dia?! Nak je aku ketuk-ketukan kepala ke meja mesyuarat sekarang ini. Kenapa dia ada di sini? Buat apa? Pelbagai soalan yang datang yang tidak mampu aku jawab. Tapi yang pasti, dia terlibat dalam projek ni! Tu ha~ Dia duduk di kerusi sebagai leader pulak tu! Mak ai!

Aku tutup wajah apabila matanya mula melilau, memerhati orang sekeliling. Fuh!

“So, nampaknya ini adalah pertemuan pertama kita semua. Ada beberapa orang saja yang saya kenal disini. Apa kata, sebelum memulakan mesyuarat projek ini, kita ambil beberapa minit untuk kita perkenalkan diri?” Erk?! Aku tak nak!! Aku tak nak!! Demikian hati aku menjerit di sebalik buku yang sengaja dibuka di depan meja sebagai pelindung wajah. Si Faradhi ni pun sempat lagi berkenal-kenalan ye? Masih tak cukup dengan nama-nama yang sedia ada yang terpamer didepan meja ni? Nasib baik tau nama ‘Balqis Farhana’ yang ditulis di meja aku. Nama pun pengganti sekejap kan? Sebenarnya mesyuarat ini dihadiri oleh 3 buah syarikat, dan setiap syarikat diwakili sekurang-kurangnya 3 atau 2 orang wakil syarikat. Syarikat kami Of course lah telah menghantar 2 orang sebagai wakil! Dari syarikat aku sepatutnya ada dua orang..tapi entah kenapa kawan aku seorang tu tiba-tiba ada hal lain tadi. Dato Hamdan panggil katanya. Tapi bagus jugak kot sebab kalau dia ada, tak pasal-pasal nanti dia reveal nama aku yang sebenar. Huhu…

“Saya Norsham Azizul Mohammad Halim!” sayup-sayup telinga aku mendengar sesi memperkenalkan diri yang sudah dimulakan dari tadi. Hemm...

“Saya Fatonah Alyna Binti Abu Bakar dari Syarikat Jaya Bumi.”  Selepas nama itu disebut, semua diam. Tak kan dah siap semuanya kut? Aku ke yang dia orang tunggu? Perlahan-lahan aku buka buku.

“Balqis Farhana?” satu suara dari arah belakang menyebut nama aku. Aku pusingkan kepala. Ergh??

“Boleh perkenalkan diri?” Faradhi tanya aku! Alamakkk! Dia kembali ke mejanya menunggu aku bersuara.

“Saya…..” Nak jujur ke tak ni??

“Saya Balqis Farhana binti Malik!” Balas aku ringkas. Dalam masa yang sama, aku tidak habis-habis meminta keampunan dari Balqis dengan melaung-laung namanya dalam hati. Serentak itu riak dia berubah pelik. Dia meraih sekeping kertas dan membacanya cepat. Alamak..tak kan ada nama aku sebagai pengganti dekat situ?! Tolonglah jangan ada nama aku!

“Hemm…” suaranya sedikit keluar sambil memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum separuh. Aduh! Habislah aku. Dahlah bulat-bulat aku tipu dia kelmarin.

“Ohhh..ok!” katanya seperti biasa justeru mematikan rasa takut aku. Oh? Cis! Buat aku risau je. Bukan nama senarai pun kut? Aku je yang melebih-lebih. Perbincangan mengenai projek sederhana mega yang bakal dilaksanakan itu berjalan dengan lancar. Tiada masalah buat masa ini. Pecah tanah tak perlu buat sebab tanah projek itu hak milik Dato Hamdan sendiri. Sangat memudahkan kerja. Anggaran kos juga sudah dikira. Boleh dikatakan tinggal nak buat je.. aku tengok, tidaklah sesukar mana jika ada persepakatan dan satu suara dalam hal ini. Aiseh, nampak sangat aku baru je terdedah dengan kerja-kerja sebegini. Sesekali aku toleh pada dia. Nampak bersahaja. Malu pada diri sendiri … serasa dibaling lumpur pekat ke muka penuh-penuh saat ini berkenaan dengan keadaan diri aku tadi! Apasal aku terlebih kuah dari sudu ye?
Share:

Saturday 16 May 2015

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 4

Part 4

“Akak..jom lah pergi sama....ada juga kawan saya nanti..”

“Ala...akak ni bukannya apa. Kak dah tua untuk aktviti tu. Haaa~ yang muda macam kamu ni yang wajib pergi. Lagipun akak dah dua tiga kali pergi. Ika belum pernah join kan? Seronok tau!” huhu...boringnya kalau takde kawan. Ada..memang banyak tapi tak sekepala sama macam Kak Anisa. Tapi takpe, jungle trekking ni mesti aku harung sampai ke akhir garisan! Aiseh...konon je. Hehe! Sebenarnya pelajar-pelajar yang kena lalui ujian kecergasan dan kerjasama ini. Aku? Aku hanya pengiring je...tapi tu lah. Pengiring pun kena jalan jugak kan? Betul tak? Haa pandai pun~

“Agak-agak berapa jam perjalanan untuk sampai ke sini balik kak?” aku menyoal Kak Anisa dengan kerutan dahi. Rasa ingin tahu yang kuat buat aku jadi begitu. Yelah, dalam otak sudah bersedia dengan kalkulator masa bila akan sampai ke sini semula.

“Kejap je tu...paling laju sejam setengah sampailah....paling lambat sekalipun dua jam lebih...gitulah lebih kurang.” Jawab Kak Anisa terhenti-henti kerana berfikir. Langkah kakinya kemudian dipandu menghampiri aku yang sedang duduk di kerusi.

Alamak...sejam setengah? Dua jam lebih? Larat ke aku berjalan dengan jauh perjalanan sebegitu? Larat??

Ada kau buat training sebelum ni Ika? Takde!

Ada kau pernah lalui halangan sebegini Ika? Takde!

Ada makan makanan tambahan, vitamin ke...spirulina ke...smart koko ke.. Takde!

Semua takde??? Biar betul aku ni. Huhu...

“Ika!” panggilan dari Kak Anisa mematikan lamunan aku.

“Em?” kepala aku ditoleh.

“Pinjam powerbank sementara Ika jaga budak-budak tu trek eh.  Dari semalam lagi akak nak pinjam...tapi Ika takde dekat kem.” Aiseh. Bulu roma aku confirm naik. Fuh~

“Ohhh yeke....takpe, akak ambil je dalam poket beg Ika.” Huhu nasib baik Kak Anisa tak tanya lebih.

Sejak jam 9 pagi lagi para peserta sudah berkumpul di kawasan lapang untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Jungle trekking ni dibuat bukit yang bersebelahan dengan tapak khemah je. Jangan risaulah....kecik je bukitnya. Tidak akan sesat punya. Melainkan kau memang segaja nak  menghilangkan diri! Aiseh~ macamlah aku pernah pergi? Sambil kepala dibuang ke lokasi permulaan. Nak ambil feel tu~ haha.

Satu lagi fakta yang perlu diketahui, hanya pelajar yang tahan lasak dan yang mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa je yang terlibat. Bermakna, bukan semua yang pergi. Dah kalau semua pergi, siapa yang nak kemas tapak khemah ye tak? Nak masak untuk para peserta yang sampai awal ke titik akhir lagi? Kan? Kan? Kan? Jadi daripada 40 peserta kem, hanya 20 orang yang layak dan terpilih! Para guru pula ada dibahagikan sama rata dimana separuh untuk jaga pelajar masa jungle trekking, separuh lagi dibawah bukit menjaga pelajar-pelajar yang tidak terlibat. Pheww~

1, 2, 3, 4, 5! Aku kira satu-satu pergerakan badan untuk meregangkan otot-otot terlibat. At least aku taklah seksa sangat nak berjalan nanti. Hehe...

“Wah! Cikgu join sama jungle trekking tu cikgu?” seseorang menegur aku dari belakang.

“Hehe! Dah tentulah.” Aku jawab ceria sambil pusingkan badan.

“Ops!” tersentak sekejap kerana suara tadi milik Shah. Apa lagi dia nak ni? Tak cukup lagi dia kenakan aku semalam? Aku jeling dia penuh musykil.

“Biar betul cikgu ni? Boleh ke? Dapat ke?” bagai pukulan-pukulan samseng soalan-soalan itu ditanya. Pandang rendah betul. Riak aku membuatkannya tertawa bahagia.

“Aiseh. Seronok betul ye? Kita tengok jelah nanti. Kut-kut stamina saya lebih baik dari awak nanti. Hehe!” aku sengaja ketawa.

“Yelah tu cikgu oi...tapi, kalau rasa susah nanti jangan lupa minta tolong Shah tau?” ujarnya.

“Tch! Rasa susah apa pula?” aku jeling senyap dia sekejap. Lawak pula rasanya.

“Shah!” Komunikasi kami putus serta-merta kerana dia dipanggil oleh guru disiplin ke arah beberapa kumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti itu. Kakinya cepat berlari menghampiri mereka.

***

Kami dipisahkan kepada dua kumpulan. Group pertama, terdiri daripada pengawas dari tingkatan 1 hingga 3. Group kedua, terdiri daripada pengawas-pengawas tingkatan 4 hingga 6. Aku lah tu antara yang jaga group 4, 5 dan 6 ni. Alasannya kerana senang dijaga. Dah besar panjang kononnya. Senang jaga ye? Macam aku patut curiga dengan kenyataan ni.

Group pertama sudah 15 belas minit dilepaskan dari pintu masuk utama. Amboi~ dilepaskan ye? Sekarang ni kami pula.

“Cikgu. Boleh bawa sekejap tak beg Hani ni? Penat lah cikgu...” keluh Farhani sambil buat muka penat. Langkah aku terhenti. Pelajar-pelajar yang lain teruskan perjalanan. Si Shah, menjeling je tadi lepas tu jalan tak toleh-toleh. Oh? Mana kononnya kalau time aku susah, dia nak tolong aku? Cih!

“Aih? Baru sikit ni pun dah penat?” menggaru kepala dibuatnya.

“Amboi~ beraninya suruh cikgu Syafikah bawa beg tu?” Cikgu Roslan menyampuk dari belakang. Farhani sekadar tersengih. Mengerut dahi Cikgu Roslan dengan perangai Farhani.

“Ala...takpe kan cikgu...? Cikgu kan baik?” adoyai~ ada-ada je budak ni nak pujuk aku. mentang-mentanglah aku antara cikgu popular! Popular??  Adeh~ aku ambil kira statistic dari hari guru tempoh hari je. Kononnya  pertandingan siapa guru popular dikalangan pelajar. Nama aku yang naik! Tapi aku taklah perasan sangat aku ni popular ye...! Aku cuma beritahu je...! huhu.. tapi...apasal aku pula yang menang ye hari tu? Adakah betul aku memang benar popular atau, kebetulan je? Tapi satu yang aku pasti sangat. Aku selalu masuk kelas sebagai guru ganti di mana-mana tingkatan. Mungkin sebab tu aku, pelajar-pelajar kenal. Hehe~

“Sukalah tu....” Balas aku senyum menggeleng-geleng kepala dengan gelagat Farhani yang sedikit manja.

“Tentulah suka cikgu...”

“Hemmm...inilah sebabnya budak-budak suka Cikgu Syafikah tu.” Sampuk Cikgu Roslan.

“Pandai benar ambil hati pelajar-pelajar.” Sambungnya lagi. Menjongket keningnya seolah-olah benar dan tepat aku adalah orangnya yang begitu. Heh! Pandai ambil hati budak-budak konon. Padahal, aku dan Farish anak, Kak Fiza tu tak baik-baik pun sampai sekarang. Salah fakta tu cikgu~

Aku senyum kambing dengan pujian Cikgu Roslan. Yelah, aku tahu kebenarannya takat mana, jadi segan pula aku mengiya atau mengakui kata-katanya. Huhu...

Tiga puluh minit perjalanan sangat lama bagi aku. Mulanya yakin dapat terus berjuang sehingga ke garisan penamat. Teeet! Macam pertandingan larian pula dah. Sehingga terpaksa akur dengan kekuatan dan ketahanan tubuh sendiri dari meneruskan perjalanan, aku kena berhenti! Nasib baik juga si Farhani dah ambil begnya tadi.

Aku mendongak ke atas langit. Mata dihadiahkan dengan pemandangan awan biru yang berselang seli dengan dahan-dahan pokok yang dirimbuni daun-daun hijau. Jarang sekali daun-daun itu dilihat menguning. Semuanya segar-segar hijau belaka. Suasana itu menimbulkan rasa tenang dan damai menusuk ke kalbu. Terapi minda yang jarang-jarang berlaku!

“Cikgu Roslan, awak teruskan perjalanan bersama pelajar-pelajar eh? Saya kena berhenti sekejap...kejap je. Jangan risau, saya akan menyusul cepat.” Ujar aku sudah melabuhkan punggung ke atas baru sebesar satu pelukan. Langkahnya dihentikan seketika. Diwajahnya tergambar riak yang kurang bersetuju dengan kehendak aku.

“Takpe, jangan risau. Saya okay je. lagipun tempat ni riuh juga dengan pengunjung-pengunjung setempat. Tidak mungkin sesat!” jelas aku meyakinkan keadaan aku pada Cikgu Roslan.

“Hemm...yelah, kejar cepat nanti ye Cikgu Syafikah.” Putusnya akur dengan kehendak aku. Fuh~ nasib baik dia bersetuju. Kalau tak, kesian pula dengan anak-anak murid tu. Kelaparan pula nanti menunggu aku yang sangat cergas ni. Cih! Buat malu aku je. Apa hal aku boleh kalah dengan cikgu-cikgu veteran? Sedang aku pula masih muda belia? Amboi~ pengakuan tu buat orang nak hantukkan kepala ke dinding. Haha!

Langkah kaki Cikgu Roslan bersama pelajar-pelajar aku iringi dengan anak mata hingga hilang dari pandangan. Kemudian mata aku dijatuhkan pula ke jam tangan.

“Tepat jam 10 pagi...” perlahan-lahan ayat itu keluar dari mulut aku.

“Kalau bergerak dari sekarang, sejam kemudian sampailah...baiklah, kena gerak sekarang ni juga! Lagipun rasa lenguh kaki ni dah rasa okay sekarang...” aku berdiri cepat dari tempat tadi seterusnya membuka kaki maju ke depan. Hanya beberapa langkah dari tempat tadi, kaki aku serta-merta terhenti apabila mata aku tertancap sosok tubuh seseorang, sedang menyandarkan tubuh machonya ke sebatang pokok. Sungguh, itu stailnya. Badan bersandar sementara tangan kanan dimasukkan ke poket seluar. Mata, jika dipakaikan cermin mata hitam, kau tidak akan tahu pun dia sebenarnya hanya belasan tahun! Tapi er...kenapa dia ada disini pula? Bukan ke tadi dah jalan jauh kedepan?? Cepat tubuh aku dipusing kembali. Hesy! Potong mood lah dia ni. Kerana perkara semalam, aku malas nak bercakap dengan dia buat masa ni! Phew~ Memang dia sengaja nak tunggu aku tu! Sambil mengomel, kaki aku sesenyap yang boleh bergerak kedepan sedikit demi sedikit.

“Cikgu! Laluannya disini.” adoii! Kerana rasa geram, aku garu kepala yang tidak gatal. Cepat betul dia sedar aku ada di sini ye?

“Ohh..yee? Heee~” tersengih aku pusingkan badan kembali.

“Cikgu nak pergi mana?” soalnya sambil menghampiri tapak aku berdiri.

“Takde!” mulut aku laju menjawab.

“Macam nak lari je...” yee! Memang aku nak lari punn~

“Ada pula nak lari..?” bohong aku.

“Yeke? Takpelah, jom ikut Shah...” ada rasa curiga di riak wajahnya namun diabaikan cepat dengan mempelawa aku mengikutinya.

“Eh takpe-takpe. Saya boleh jalan sendiri. Awak jalan dulu, saya menyusul kemudian.” Tolak aku sedikit gagap. Tingkah aku membuatkannya tertawa lucu sementara wajahnya dikerut rasa tidak percaya dengan kedegilan aku. Siap menggeleng-geleng pula tu!

“Haih! Ika-Ika....ikut je tak boleh?” ujarnya tersenyum geram terus mencapai jemari aku.

“Shah!” bulat mata aku dengan tindakkan nekadnya.

“Close your mouth!”

“Er...” saat itu juga mulut aku rasa terkunci. Sebab dial ah tu. Tegas tak bertempat.
Tangan aku dilepaskannya. Camping bag yang tersandar di pokok tempat dia menunggu tadi di raih lalu disarungkan ke bahu. Pelik? Dari mana datangnya beg sebesar alam tu ye? Tadi masa dia jalan, tiada pun. Haih! Shah..Shah. aku perhati dia penuh musykil.

Pelbagai pandangan dan andaian dilontarkan kepada kami berdua saat aku dan dia jalan beriringan. Ada yang mengerut dahi, menggeleng kepala, dan ada pula yang hampir nak terkeluar biji mata! Aku tahulah apa maksudnya tu. Buat salah?? Apa dia orang ingatkan aku dan si Shah ni pasangan kekasih ke apa? Dahlah si Shah ni sikit-sikit nak pegang tangan aku. Si Shah ni tersenyum-senyum je dijeling. Sedang aku pula rasa nak tutup muka je.

“Ika...Shah tengok, Ika ni macam lain je. Dingin semacam...kenapa? Sebab semalam?” dia matikan langkah. Mata kami berlaga buat seketika. Tidak mengendahkan soalannya, aku berjalan memintas dia beberapa langkah kedepan.

“Ika kecewa sebab semalam?” tanyanya lagi cepat mengejar langkah aku.

“Kecewa sebab apa?” rasa pelik aku pada soalan itu. Aku tolehnya sekali.

“Argh~  Like you, I am also disappointed. I should done it properly...” Done it properly?? Walau tidak cukup faham, aku patut rasa risau dengan kata-kata dia ni. Aku berhenti mengenggam dada yang sudah mulai berdetak kencang.

“I’m so sorry..” ucapnya sungguh-sungguh sudah dihadapan aku. Memang aku dah agak dah dari tadi. Dia ingat aku segila itu nak berkecewa bagai pasal semalam? Lebih-lebih lagi pasal so called ‘kiss’ rasa ‘yakin’ dia tu???  Ohhh~~ otak aku rasa nak terkeluar dari kepala!! Huhu!

“Baik awak diam Shah....” Aku berhenti kerana geram. Mata sudah dipejam erat.

“Why?” tanyanya sudah bertukar sinis.

“Awak ingat saya suka dengan apa yang awak buat semalam?? Sigh! Please??” aku ketap gigi menjeling tajam ke arahnya.

“Fuh~! Tak suka? Shah ingatkan Ika suka memandangkan benda tu adalah yang paling romantik yang pernah Shah buat untuk ika selama ni..” keluhnya. Thumbbb! Rasa nak luruh telinga aku di buatnya. Paling romantik? Bahahahhaha! Mengilai tawa dalam hati aku.Aku tak sangka si Shah ni sangat lawak pula.

“Cih~ benda simple begitu pun ditakrifkan sebagai perkara romantik...? Alahai Shah...kesiannya..” terkumat-kamit mulut aku memperkecilkan segala tindakannya. Sengaja aku berkata-kata kecil. Yelah kalau dia dengar nanti, apa aku rasa bila dia buat perkara yang lebih dahsyat lagi dengan hanya kali ini untuk membuktikan dia betul-betul romantik kononya????? Oren ke biji limau? Oh please! Jangan cari nahas ye!

“Tapi takpe, barangkali cara ni lagi romantik kut?” ujar nya tiba-tiba mencapai lengan aku dan terus mengheret aku agar mengekorinya. Beberapa langkah dari tempat tadi, kami berhenti di satu tapak yang berada di tepi sungai. Aku dilepaskannya kemudian dia meletakkan camping begnya ke bawah, di tepi kakinya. Mata aku meliar ke setiap sudut. Cantik pula tempat ni...rasa segar..aku ke persisir anak sungai. Menyentuh aliran air sungai, jiwa tiba-tiba diusik rasa terharu. Tidak diketahui sebab apa. Tidak mahu melayan lebih perasaan itu, kepala aku diangkat ke atas melihat keindahan pemandangan hutan. Hutan kecil je sebenarnya. Tapi hutan kecil pun sudah cukup untuk aku rasa setenang ini. Dia aku sedari dari tadi asyik tersenyum memeluk tubuhnya melihat kelakuan aku.

“Cikgu! Cantik tak tempat ni?” soalnya sudah disebelah aku.

“Hemm...boleh tahan.” Jawab aku ceria tersenyum.

“So, bolehlah kita bermalam di sini satu malam kan?” spontanya serius bertanya. Terkejut! Kepala aku cepat dipaling ke arah dia.

“Awak jangan nak mengada-ngada pula..” balas aku musykil. Bibir bawah sudah diketap. Jangan-jangan betul?? Perasaan aku penuh rasa curiga.

“Betul lah cikgu..meh sini handphone cikgu tu..” dia hulurkan tangan agar diberikan barang yang dipinta. Dalam bingung, aku serahkan je sebab dalam fikiran aku asyik serabut mengenai apa yang dikatanya tadi. handphone itu bertukar ke tangannya. Aku mengintai apa yang dia buat tapi dia berusaha elak aku. Fuh~ apa yang ditaip sangat tu? Dia tangkap gambar beg miliknya tadi.

“Alright. Ika, ready! Shah nak ambil gambar.” Aku automatik buat gaya simbol ‘peace’ di depannya. Cis! Tahu betul aku suka bergambar. Hehe!

“Okay send!” ujarnya sebaik gambar aku dimuatkan ke dalamnya. Macam aplikasi Whatsapp je aku tengok.

“Awak buat apa tadi?” tanya aku mengambil semula handphone aku. Tidak menunggunya menjawab, aku cek ke aplikasi Whatsapp yang di bukanya tadi kemudian mula membacanya cepat.

“Apa awak dah buat Shah????” aku tengok dia sambil ternganga kecil. Geram, terkejut dan marah! Apa tak? Dia tulis aku nak ber-camping di sini dan send pada Cikgu Roslan??? Dengan gambar aku dan beg sebesar alam dia tu???

“Shah dah cakap kita akan bermalam di sini. Dokumentasi dah Shah urus 3 hari lepas, dah bayar tapak dan dah hantar permission pada Cikgu Roslan sebagai guru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal peserta kem. Hal kereta, Shah dah settle awal-awal dan dah suruh orang alihkan pakai kunci pendua. Dan satu lagi...dia orang tak akan tahu yang sebenarnya Shah ada di sini....” Jawabnya senyum macho didepan aku. Masih terkelip-kelip mata aku dengan apa yang berlaku sekarang. Dia ingat pihak sekolah tak kena blame ke kalau ada apa-apa jadi dekat peserta kem nanti?

“Jangan risaulah. Sekolah tak mungkin kena blame sebab kem kepimpinan tu pun dah habis. Ini persendirian punya cikgu...” macam tahu-tahu je soalan tu dihumban ke dalam kepala aku ni haa~

“Ok!” balasan cepat dari Cikgu Roslan.

“See? Dah tahu Ika nak ber-camping di sini, dia orang dah tak tunggu kita lagi. Hemm...dia orang dah balik dah pun sekarang rasanya...” tuturnya dengan kepala mengerling cepat kepada handphone aku kemudian kea rah jam tangan. Aku ikut melihat jam tangan. Aik? Dah 2 jam lebih berlalu? Ini pasal si Shah lah yang buat aku lambat macam ni. Sampai aku tak sedar masa berlalu begitu pantas.

“Fuh~” aku diam tidak tahu nak cakap apa lagi. Aku tak tahu lah apa pula para guru terutamanya Kak Anisa bila dapat tahu aku tiba-tiba bermalam di sini. Nasib baik esok masih cuti. Huh!

***
Agak ramai jugak yang ambil kesempatan untuk bercamping di sini ye? Aku ingatkan kami je. Ambil kesempatan untuk menenangkan fikiran masa waktu cuti umum kut? Kepala aku dipaling ke arah Shah yang sibuk menyediakan makan malam untuk kami. Makanan segera je...manalah pihak pengurusan taman ni nak benarkan kami masak macam-macam? Buatnya hutan ni terbakar macam mana? Kami jugak yang susah kan? kan?

“Shah....” Aku tarik perhatiannya sebaik meletakkan mangkuk bekas makanan aku tadi ke plastik sampah sebaik menjamu selera.

“Em?” macam biasa, dia berhenti bila nak fokus pada satu topik bualan.

“Awak tak tergerak hati nak teruskan STPM awak tu...? Jujur tau, sayang sagat awak nak tinggalkan begitu je. Hanya beberapa bulan je awak nak habiskan...” tutur aku. Sebenarnya saya yang rasa sayang sangat sebab pada aku, dia berpotensi untuk cemerlang. Beruntung betul jika cemerlang dalam STPM. Hei! Sijil STPM jadi mahal kalau cemerlang. Tak kan tak tahu kut...

“Sambung study ye...tapi nak sambung STPM, Shah kena fikir 10 kali....” Jawapannya membuatkan aku mengerut dahi. Pelik pula rasanya..

“Kenapa pula begitu?”

“Yelah, Shah tak nak Ika pandang Shah macam budak sekolah lagi...Tak nak lagi jadi macam tu balik...” dia sudah jeling aku seperti tidak puas hati tentang sesuatu.

“Panggil Ika cikgu bagai lagi.....hemmm...tak perlu lagi rasanya....” tuturnya lagi menyembunyikan riak sebenar dengan menbuang pandangan ke tempat lain. Mendung wajahnya ketika ini. Kerana hilang ucap kata, aku terus mendiamkan diri sambil memerhati senyap wajahnya. Er...patut tak aku cakap tentang sesuatu sekarang ni? Ubah cerita ke...terkelip-kelip mata aku memandangnya.

 Erk!? Tersentak! Aku segera melontarkan pandangan ke tempat lain apabila kepalanya ditoleh ke arah aku.

“Furthermore, I won’t make you break the rules between us.” Tambahnya tersenyum mengemas-ngemas sekitar tempat duduk kami.

“Cih~ boleh pula cakap macam tu...saya ni orang yang professional awak tahu tak?” aku tengok dia atas dan bawah. Dia ingat aku begitu ke?

“Profesional? Kalau professional sangat, Ika tak akan masuk ke tent Shah kelmarin. Haha!” tersembur tawanya membelakangi aku. Erkkk!!?? Adoiyai~ kena lagi. Dia terus keluar tent meninggalkan aku yang masih geram terpinga-pinga.

“Itu...itu lain!” tergagap-gagap keluar tent.

“Hemmm...lain tapi masih tetap melanggar rules yang ditetapkan. Ehem! Bukan Shah yang tetapkan pun..Ika tu yang tetapkan. Hehe!” bercekak pinggang aku dengan penjelasan-penjelasan sakti dia tu.

“Yelah tu...” aku cebik bibir kemudian tertawa disebelahnya selepas itu. Yelah, baru aku perasan, aku pula yang beriya-iya nak masuk tent dia kelmarin. Huhu! Tapi sebab dia jugak!

“Haigh! Bahagia pula rasanya...” tuturnya  tidak aku sedari dia sudah dibelakang lalu melingkari tangannya ke pinggang aku. Terkejut dan terdiam, aku hanya mampu membiarkannya. Kepalanya dijatuhkan perlahan ke bahu aku sambil matanya aku sedar merenung ke arah kerlipan bintang yang berusaha menyinari suram malam.

“Jangan takut untuk melayari bahtera ini bersama-sama Shah Ika...” bisiknya kecil ke telinga aku. Aku diam memasang telinga kerana tutur lemah lembutnya membelai naluri aku sebagai wanita.

“Trust me...believe in me...”

“You know what I mean...?” seperti disihir, aku angguk kepala perlahan-lahan. Hanya ini yang aku mampu lakukan untuknya. Tidak lebih dan tidak kurang....

.....namun satu saat aku pasti meraih kebahagiaan yang dia rasai sama ada dengannya atau tanpanya...

P/s: sorry sebab lama tak update eh :) ...minta maaf dengan bahasa yang kurang baik dari penulisan saya. Kurang sesuai...jika terdapat apa-apa kesalahan, tolong tegur saya. InsyaAllah, sy cuba perbaiki skill penulisan seterusnya.

End of part 4...
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers