Wednesday 18 March 2015

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 1

P/s: Ada masa sikit, saja-saja je buat satu kisah di antara Shah dan Syafikah. Takde cerita ni dalam novel yang nak dibukukan pun. huhu..saje nak hiburkan hati :)

Part 1

“Tak perlulah pergi kut…bukannya Ika tu guru pengawas sekolah di sekolah kan?” jawab dia apabila aku memberitahu dia last minute pasal pemergian aku ke Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah.

“Tapi saya guru pengawas pusat sumber awak…” ergghh! Geramnya aku..huhu. boleh dia tolak permohonan ‘cuti’ aku?

“Aih? Guru pusat sumber pun terlibat sama?” berkerut dahi dia tanya aku. Aku dengan yakin angguk kepala.

“Dah nama pun program kepimpinan badan-badan pengawas sekolah….” Fuh! Mengomel kecil jadinya.

“Yelah..yelah..” selesai berkata-kata, dia terus tinggalkan aku. Merajuk ke?

***

“Sampai sana nanti jangan nakal pula Cikgu Syafikah oi~.” Kata dia menyandarkan tubuh menjeling ke arah aku sambil mencebik bibir.

“Ingat, cikgu tu dah kahwin.” Sambung dia perli dengan kedua tangan dipeluk ke tubuh. Ceh! Jangan nakal konon. Apa dia ingat aku ni masih budak bawah umur ke? Aku jeling dia dan pandang dia atas bawah kemudian menyambung kembali kerja tadi.

“Okey dah siap!” kata aku tersenyum bangga. Tapak tangan di tepuk-tepuk antara satu sama lain seolah-olah menghilangkan habuk ditangan. Gaya yang memang nak perhabis nak provoke dia. Hehe! Tu buktinya, nak ternganga mulut dia. hehe..

Aku angkat barang dibantu oleh dia. Kalau aku satu orang je angkat, naik lenguh juga anggota badan aku. Tahu-tahu je lah, barang-barang tu untuk 4 hari. Memang sah banyak! Selesai memakai stokin, aku ke arahnya lalu menghulur tangan dan mencium jemarinya.

“Tu je?” soalnya merentap kembali tangan apabila aku melepaskan jemarinya. Erh?

“Awak nak saya buat apa lagi?” jawab aku. aku cuba untuk melepaskan jemari namun tidak berjaya. Pelik dia ni. mengada-ngada betul.

“Empat hari tu … tak kan tak bagi sesuatu..” Tutur dia lagi. Fuh! Aku mengeluh berat. Tapi timbul idea ‘gila’ aku bagi menghabiskan cepat keadaan itu. Tanpa fikir panjang, aku menarik tubuhnya ke arah aku dan merapatkan wajah ke wajahnya sehingga ke beberapa inci.

“Awak nak ini?” tanya aku tersenyum. Apabila sedar dia terkelip-kelip dan tertelan liurnya sekejap dengan tindakan nakal aku, aku lepaskan dia. Namun sebelum aku bertindak, dia terlebih dahulu bertindak melingkari pinggang aku.

“Try overdo ... and …. I will definitely DO ‘that’.” Kata dia ketap gigi geram sambil senyum sinis.

“Ehem!” aku longgarkan tekak sementara mata pula terkelip-kelip dan tangan melepaskan bajunya. Niat nak usik dia je. Tapi apasal aku selalu terlebih kuah dari sudu eh? Haigh! Hampir aku ketuk kepala dengan tangan.

“Ehem! Awak nak apa tadi?” soal aku berpura-pura terus lupa akan hal tadi.

“Hemm…” kala ini tangannya mula dilepaskan.

“Nak pesan je..jangan lupa call, whatsapp, SMS…kalau ada apa-apa cepat-cepat beritahu. Internet ada kan? Top up pun sudah Shah tambah..” aku cebik bibir dengan pesanan itu.

“Aha..satu lagi, jangan terlalu gembira, ingat sikit Shah dekat sini. Faham?” amboi~ arahan serupa kita nak bercuti pula? Kerana aku tidak menjawab, dia naikkan kening bertanya dalam bahasa badan.

“Yeee….” Aku angguk lemah. Apa tak, dahlah aku dah lambat..huhu

“Baiklah…saya pergi dulu.” Kata aku terus keluar. Argghh! Apa kau buat ni Ika?? Aku buka langkah sambil memegang pipi kerana geram dengan tindakan aku tadi. Takpe-takpe, aku keluar dalam empat hari. Dalam empat hari yang sibuk ni tak kan aku tak hilang ingatan pada benda tadi kan? Haaa~ tak perlu puji kerana aku akui, aku memang pintar! Hahaha!

“Eh? Eh?” aku lupa nak pesan pada dia. Aku masuk semula ke rumah dan mendapati dia sudah duduk ke sofa dengan tubuh disandarkan malas. Wajahnya pula dinaikkan ke atas dengan ditutupi tuala tangan.

“Shah…” cepat tangan dia membuka tuala tangan itu. Ceria wajah itu apabila namanya di panggil.

“Nampaknya tinggal awak seorang jelah dirumah ni kan? Tolong sapu sampah, kemas rumah, vacuum mana-mana yang perlu…mop lantai.. beli barang jika perlu…tapi, masih ada kut makanan dalam peti sejuk tu..” kata aku sengaja mengenyit mata. Saja je tu nak buat dia jealous. Hehe…bahagianya. Bukan apa, aku ni sebenarnya dalam mood bercuti. Ala-ala bercuti ke phuket Thailand gitu. Padahal nak ke Champing je. hehe..apa-apa jelah, janji boleh lepaskan diri sekejap dari kesibukkan tugas harian.

“Argghh Ika. Ingat pesan Shah tu..” balas dia geram. Kemudian dihentak-hentak kakinya bak anak kecil. Selepas itu dia tutup kembali wajah dengan tuala tangan tadi. Tersenyum aku dengan keadaan itu. Tanpa toleh ke belakang lagi aku pakai cermin mata gelap, terus ke kereta dan meluncur pergi tinggalkan perkarangan rumah.

HARI masih awal ketika aku sampai ke lokasi perkhemahan. Udara sejuk dan segar aku sedut dalam-dalam. Ambil feel yang lebih lagi, aku pejam mata depangkan kedua-dua belah tangan. Ahhhh~ alangkah indah dan bahagianya~ Aku buka cermin mata gelap dan mencelik mata. TOINGGGGGG!!! Kenapa aku macam familiar dengan kereta yang ada di depan aku ni???? Aku kuis-kuis dagu mengingat-ingat. Aish! Dimana aku pernah nampak ye?? Apa??!!! Nak melopong mulut aku apabila teringat akan sesuatu.

“Hai Cikgu Syafikah!” memang sah dia! Aku ketap gigi geram justeru berpaling ke belakang.
“Awak buat apa disini?” tanya aku senyum dalam paksa. Aku peluk tubuh tanda inginkan penjelasan.

“Shah tahu Ika exited Shah ada di sini kan? Shah tahu lah…” balasnya mengenyit mata. Teruja dia kata? Muka aku ni nampak teruja ke??

“Aih? Shah lebih awal sampai nampaknya. Berbaloi jugak lalu jalan pintas tu tadi.” Tuturnya lagi sambil dikerling sekejap jam di tangan.

“Sudah! Cukup okay…” aku sudah genggam tangan merapati ke telinga kerana geram sampai ke tahap maksima. Dia hanya tersenyum lucu dengan keadaan aku!

“Awaaaaakkkk…..”

“Yeeee sayang?” baiklah, telinga aku sudah meletup. Dia masih lagi dalam mood bergurau?? Huhu….

“Kenapa awak datang sini?” nak nangis tanya soalan ni. Huhu…

“Shah dijemputlah..” terkelip-kelip mata aku dengar perkataan DIJEMPUT tu.

“Si..siapa yang jemput?” soal aku seperti tidak percaya.

“Haih! Cikgulah…siapa lagi? Kan Shah bekas ketua pengawas? Jadi untuk terakhir kalinya cikgu jemputlah…hehe!”

“Haaa?” aku telan liur. Kepala aku seperti sedang berada di apungan awan-awanan sekarang ni. Siapakah gerangannya jemput si Shah ni???

“Tapi awak boleh tolak kan?” aku ketap bibir lalu pandang dia atas dan bawah.

“Aish~ mana boleh tolak jemputan guru..hehe. Derhaka namanya..kan cikgu?” lebar sungguh senyumannya seraya merapatkan jarak.

“Fuh!” aku tunduk tanda kalah.

“Kalau orang tahu macam mana?” soal aku dalam nada lemah. Penat!

“Ya Allah ya tuhanku…kalau Ika tak buat perangai pelik macam ni, orang tak tahu lah sayang~ dahlah. Shah nak ke kem.” Kata dia membuka bonet belakang kereta dengan kunci yang ada ditangan. Apa dia kata tadi? aku buat perangai pelik? Bertuah punya Shah. Aku cebik bibir dalam diam dengan mata aku taat memerhati gerak-geri dia.

“Okey! Dah siap~” katanya sambil menggalas beg yang penuh. Dia buat tidak tahu je aku didepan dia yang masih tidak berpuas hati dengan keberadaan dia di sini.

“Nampaknya perkhemahan ni lebih menarik kali ini. Haha!” bergelak sakan sambil mengorak langkah menuju ke kem yang agak tidak jauh dari tempat kami parkirkan kereta. Fuh! Sabar...

“Oh ya.” Dia berhenti langkah dan berpaling kembali ke arah aku. Tu yang buat aku pelik tu.

“Have a nice day Cikgu Syafikah! Nampak real tak lakonan Shah pagi tadi?” perli dia sambil memakai cermin mata nerd dia tu.Lakonan?? Nak terjatuh rahang gigi aku ni. Bukan main suka lagi dia perli aku ye? Macam nak belas dendam pada aku pun ada. Tolong!!

End of part 1..
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers