Saturday, 16 May 2015

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 4 [ End ]

Posted by Syau Qah at 18:43 7 comments

Part 4
“Akak..jom lah pergi sama….ada juga kawan saya nanti..”

“Ala…akak ni bukannya apa. Kak dah tua untuk aktviti tu. Haaa~ yang muda macam kamu ni yang wajib pergi. Lagipun akak dah dua tiga kali pergi. Ika belum pernah join kan? Seronok tau!” huhu…boringnya kalau takde kawan. Ada..memang banyak tapi tak sekepala sama macam Kak Anisa. Tapi takpe, jungle trekking ni mesti aku harung sampai ke akhir garisan! Aiseh…konon je. Hehe! Sebenarnya pelajar-pelajar yang kena lalui ujian kecergasan dan kerjasama ini. Aku? Aku hanya pengiring je…tapi tu lah. Pengiring pun kena jalan jugak kan? Betul tak? Haa pandai pun~

“Agak-agak berapa jam perjalanan untuk sampai ke sini balik kak?” aku menyoal Kak Anisa dengan kerutan dahi. Rasa ingin tahu yang kuat buat aku jadi begitu. Yelah, dalam otak sudah bersedia dengan kalkulator masa bila akan sampai ke sini semula.

Kejap je tu…paling laju sejam setengah sampailah….paling lambat sekalipun dua jam lebih…gitulah lebih kurang.” Jawab Kak Anisa terhenti-henti kerana berfikir. Langkah kakinya kemudian dipandu menghampiri aku yang sedang duduk di kerusi.

Alamak…sejam setengah? Dua jam lebih? Larat ke aku berjalan dengan jauh perjalanan sebegitu? Larat??

Ada kau buat training sebelum ni Ika? Takde!

Ada kau pernah lalui halangan sebegini Ika? Takde!

Ada makan makanan tambahan, vitamin ke…spirulina ke…smart koko ke.. Takde!
Semua takde??? Biar betul aku ni. Huhu…

            “Ika!” panggilan dari Kak Anisa mematikan lamunan aku.

            “Em?” kepala aku ditoleh.

            “Pinjam powerbank sementara Ika jaga budak-budak tu trek eh.  Dari semalam lagi akak nak pinjam…tapi Ika takde dekat kem.” Aiseh. Bulu roma aku confirm naik. Fuh~

            “Ohhh yeke….takpe, akak ambil je dalam poket beg Ika.” Huhu nasib baik Kak Anisa tak tanya lebih.

Sejak jam 9 pagi lagi para peserta sudah berkumpul di kawasan lapang untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Jungle trekking ni dibuat bukit yang bersebelahan dengan tapak khemah je. Jangan risaulah….kecik je bukitnya. Tidak akan sesat punya. Melainkan kau memang segaja nak  menghilangkan diri! Aiseh~ macamlah aku pernah pergi? Sambil kepala dibuang ke lokasi permulaan. Nak ambil feel tu~ haha.

            Satu lagi fakta yang perlu diketahui, hanya pelajar yang tahan lasak dan yang mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa je yang terlibat. Bermakna, bukan semua yang pergi. Dah kalau semua pergi, siapa yang nak kemas tapak khemah ye tak? Nak masak untuk para peserta yang sampai awal ke titik akhir lagi? Kan? Kan? Kan? Jadi daripada 40 peserta kem, hanya 20 orang yang layak dan terpilih! Para guru pula ada dibahagikan sama rata dimana separuh untuk jaga pelajar masa jungle trekking, separuh lagi dibawah bukit menjaga pelajar-pelajar yang tidak terlibat. Pheww~

            1, 2, 3, 4, 5! Aku kira satu-satu pergerakan badan untuk meregangkan otot-otot terlibat. At least aku taklah seksa sangat nak berjalan nanti. Hehe…

            “Wah! Cikgu join sama jungle trekking tu cikgu?” seseorang menegur aku dari belakang.

            “Hehe! Dah tentulah.” Aku jawab ceria sambil pusingkan badan.

            “Ops!” tersentak sekejap kerana suara tadi milik Shah. Apa lagi dia nak ni? Tak cukup lagi dia kenakan aku semalam? Aku jeling dia penuh musykil.

            “Biar betul cikgu ni? Boleh ke? Dapat ke?” bagai pukulan-pukulan samseng soalan-soalan itu ditanya. Pandang rendah betul. Riak aku membuatkannya tertawa bahagia.

            “Aiseh. Seronok betul ye? Kita tengok jelah nanti. Kut-kut stamina saya lebih baik dari awak nanti. Hehe!” aku sengaja ketawa.

            “Yelah tu cikgu oi…tapi, kalau rasa susah nanti jangan lupa minta tolong Shah tau?” ujarnya.

“Tch! Rasa susah apa pula?” aku jeling senyap dia sekejap. Lawak pula rasanya.

“Shah!” Komunikasi kami putus serta-merta kerana dia dipanggil oleh guru disiplin ke arah beberapa kumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti itu. Kakinya cepat berlari menghampiri mereka.

***
            Kami dipisahkan kepada dua kumpulan. Group pertama, terdiri daripada pengawas dari tingkatan 1 hingga 3. Group kedua, terdiri daripada pengawas-pengawas tingkatan 4 hingga 6. Aku lah tu antara yang jaga group 4, 5 dan 6 ni. Alasannya kerana senang dijaga. Dah besar panjang kononnya. Senang jaga ye? Macam aku patut curiga dengan kenyataan ni.

            Group pertama sudah 15 belas minit dilepaskan dari pintu masuk utama. Amboi~ dilepaskan ye? Sekarang ni kami pula.

            “Cikgu. Boleh bawa sekejap tak beg Hani ni? Penat lah cikgu…” keluh Farhani sambil buat muka penat. Langkah aku terhenti. Pelajar-pelajar yang lain teruskan perjalanan. Si Shah, menjeling je tadi lepas tu jalan tak toleh-toleh. Oh? Mana kononnya kalau time aku susah, dia nak tolong aku? Cih!

            “Aih? Baru sikit ni pun dah penat?” menggaru kepala dibuatnya.

            “Amboi~ beraninya suruh cikgu Syafikah bawa beg tu?” Cikgu Roslan menyampuk dari belakang. Farhani sekadar tersengih. Mengerut dahi Cikgu Roslan dengan perangai Farhani.

            “Ala…takpe kan cikgu…? Cikgu kan baik?” adoyai~ ada-ada je budak ni nak pujuk aku. mentang-mentanglah aku antara cikgu popular! Popular??  Adeh~ aku ambil kira statistic dari hari guru tempoh hari je. Kononnya  pertandingan siapa guru popular dikalangan pelajar. Nama aku yang naik! Tapi aku taklah perasan sangat aku ni popular ye…! Aku cuma beritahu je…! huhu.. tapi…apasal aku pula yang menang ye hari tu? Adakah betul aku memang benar popular atau, kebetulan je? Tapi satu yang aku pasti sangat. Aku selalu masuk kelas sebagai guru ganti di mana-mana tingkatan. Mungkin sebab tu aku, pelajar-pelajar kenal. Hehe~

            “Sukalah tu….” Balas aku senyum menggeleng-geleng kepala dengan gelagat Farhani yang sedikit manja.

            “Tentulah suka cikgu…”

            “Hemmm…inilah sebabnya budak-budak suka Cikgu Syafikah tu.” Sampuk Cikgu Roslan.

            “Pandai benar ambil hati pelajar-pelajar.” Sambungnya lagi. Menjongket keningnya seolah-olah benar dan tepat aku adalah orangnya yang begitu. Heh! Pandai ambil hati budak-budak konon. Padahal, aku dan Farish anak, Kak Fiza tu tak baik-baik pun sampai sekarang. Salah fakta tu cikgu~

            Aku senyum kambing dengan pujian Cikgu Roslan. Yelah, aku tahu kebenarannya takat mana, jadi segan pula aku mengiya atau mengakui kata-katanya. Huhu…

            Tiga puluh minit perjalanan sangat lama bagi aku. Mulanya yakin dapat terus berjuang sehingga ke garisan penamat. Teeet! Macam pertandingan larian pula dah. Sehingga terpaksa akur dengan kekuatan dan ketahanan tubuh sendiri dari meneruskan perjalanan, aku kena berhenti! Nasib baik juga si Farhani dah ambil begnya tadi.

            Aku mendongak ke atas langit. Mata dihadiahkan dengan pemandangan awan biru yang berselang seli dengan dahan-dahan pokok yang dirimbuni daun-daun hijau. Jarang sekali daun-daun itu dilihat menguning. Semuanya segar-segar hijau belaka. Suasana itu menimbulkan rasa tenang dan damai menusuk ke kalbu. Terapi minda yang jarang-jarang berlaku!

“Cikgu Roslan, awak teruskan perjalanan bersama pelajar-pelajar eh? Saya kena berhenti sekejap…kejap je. Jangan risau, saya akan menyusul cepat.” Ujar aku sudah melabuhkan punggung ke atas baru sebesar satu pelukan. Langkahnya dihentikan seketika. Diwajahnya tergambar riak yang kurang bersetuju dengan kehendak aku.

Takpe, jangan risau. Saya okay je. lagipun tempat ni riuh juga dengan pengunjung-pengunjung setempat. Tidak mungkin sesat!” jelas aku meyakinkan keadaan aku pada Cikgu Roslan.

“Hemm…yelah, kejar cepat nanti ye Cikgu Syafikah.” Putusnya akur dengan kehendak aku. Fuh~ nasib baik dia bersetuju. Kalau tak, kesian pula dengan anak-anak murid tu. Kelaparan pula nanti menunggu aku yang sangat cergas ni. Cih! Buat malu aku je. Apa hal aku boleh kalah dengan cikgu-cikgu veteran? Sedang aku pula masih muda belia? Amboi~ pengakuan tu buat orang nak hantukkan kepala ke dinding. Haha!

Langkah kaki Cikgu Roslan bersama pelajar-pelajar aku iringi dengan anak mata hingga hilang dari pandangan. Kemudian mata aku dijatuhkan pula ke jam tangan.

“Tepat jam 10 pagi…” perlahan-lahan ayat itu keluar dari mulut aku.

“Kalau bergerak dari sekarang, sejam kemudian sampailah…baiklah, kena gerak sekarang ni juga! Lagipun rasa lenguh kaki ni dah rasa okay sekarang…” aku berdiri cepat dari tempat tadi seterusnya membuka kaki maju ke depan. Hanya beberapa langkah dari tempat tadi, kaki aku serta-merta terhenti apabila mata aku tertancap sosok tubuh seseorang, sedang menyandarkan tubuh machonya ke sebatang pokok. Sungguh, itu stailnya. Badan bersandar sementara tangan kanan dimasukkan ke poket seluar. Mata, jika dipakaikan cermin mata hitam, kau tidak akan tahu pun dia sebenarnya hanya belasan tahun! Tapi er…kenapa dia ada disini pula? Bukan ke tadi dah jalan jauh kedepan?? Cepat tubuh aku dipusing kembali. Hesy! Potong mood lah dia ni. Kerana perkara semalam, aku malas nak bercakap dengan dia buat masa ni! Phew~ Memang dia sengaja nak tunggu aku tu! Sambil mengomel, kaki aku sesenyap yang boleh bergerak kedepan sedikit demi sedikit.

“Cikgu! Laluannya disini.” adoii! Kerana rasa geram, aku garu kepala yang tidak gatal. Cepat betul dia sedar aku ada di sini ye?

“Ohh..yee? Heee~” tersengih aku pusingkan badan kembali.

“Cikgu nak pergi mana?” soalnya sambil menghampiri tapak aku berdiri.

Takde!” mulut aku laju menjawab.

“Macam nak lari je…” yee! Memang aku nak lari punn~

“Ada pula nak lari..?” bohong aku.

“Yeke? Takpelah, jom ikut Shah…” ada rasa curiga di riak wajahnya namun diabaikan cepat dengan mempelawa aku mengikutinya.

“Eh takpe-takpe. Saya boleh jalan sendiri. Awak jalan dulu, saya menyusul kemudian.” Tolak aku sedikit gagap. Tingkah aku membuatkannya tertawa lucu sementara wajahnya dikerut rasa tidak percaya dengan kedegilan aku. Siap menggeleng-geleng pula tu!

“Haih! Ika-Ika….ikut je tak boleh?” ujarnya tersenyum geram terus mencapai jemari aku.

“Shah!” bulat mata aku dengan tindakkan nekadnya.

“Close your mouth!”

“Er…” saat itu juga mulut aku rasa terkunci. Sebab dial ah tu. Tegas tak bertempat.
Tangan aku dilepaskannya. Camping bag yang tersandar di pokok tempat dia menunggu tadi di raih lalu disarungkan ke bahu. Pelik? Dari mana datangnya beg sebesar alam tu ye? Tadi masa dia jalan, tiada pun. Haih! Shah..Shah. aku perhati dia penuh musykil.

            Pelbagai pandangan dan andaian dilontarkan kepada kami berdua saat aku dan dia jalan beriringan. Ada yang mengerut dahi, menggeleng kepala, dan ada pula yang hampir nak terkeluar biji mata! Aku tahulah apa maksudnya tu. Buat salah?? Apa dia orang ingatkan aku dan si Shah ni pasangan kekasih ke apa? Dahlah si Shah ni sikit-sikit nak pegang tangan aku. Si Shah ni tersenyum-senyum je dijeling. Sedang aku pula rasa nak tutup muka je.

            “Ika…Shah tengok, Ika ni macam lain je. Dingin semacam…kenapa? Sebab semalam?” dia matikan langkah. Mata kami berlaga buat seketika. Tidak mengendahkan soalannya, aku berjalan memintas dia beberapa langkah kedepan.

            “Ika kecewa sebab semalam?” tanyanya lagi cepat mengejar langkah aku.

            “Kecewa sebab apa?” rasa pelik aku pada soalan itu. Aku tolehnya sekali.

            “Argh~  Like you, I am also disappointed. I should done it properly…” Done it properly?? Walau tidak cukup faham, aku patut rasa risau dengan kata-kata dia ni. Aku berhenti mengenggam dada yang sudah mulai berdetak kencang.

            “I’m so sorry..” ucapnya sungguh-sungguh sudah dihadapan aku. Memang aku dah agak dah dari tadi. Dia ingat aku segila itu nak berkecewa bagai pasal semalam? Lebih-lebih lagi pasal so called ‘kiss’ rasa ‘yakin’ dia tu???  Ohhh~~ otak aku rasa nak terkeluar dari kepala!! Huhu!

            “Baik awak diam Shah….” Aku berhenti kerana geram. Mata sudah dipejam erat.

            “Why?” tanyanya sudah bertukar sinis.

            “Awak ingat saya suka dengan apa yang awak buat semalam?? Sigh! Please??” aku ketap gigi menjeling tajam ke arahnya.

            “Fuh~! Tak suka? Shah ingatkan Ika suka memandangkan benda tu adalah yang paling romantik yang pernah Shah buat untuk ika selama ni..” keluhnya. Thumbbb! Rasa nak luruh telinga aku di buatnya. Paling romantik? Bahahahhaha! Mengilai tawa dalam hati aku.Aku tak sangka si Shah ni sangat lawak pula.

            “Cih~ benda simple begitu pun ditakrifkan sebagai perkara romantik…? Alahai Shah…kesiannya..” terkumat-kamit mulut aku memperkecilkan segala tindakannya. Sengaja aku berkata-kata kecil. Yelah kalau dia dengar nanti, apa aku rasa bila dia buat perkara yang lebih dahsyat lagi dengan hanya kali ini untuk membuktikan dia betul-betul romantik kononya????? Oren ke biji limau? Oh please! Jangan cari nahas ye!

            “Tapi takpe, barangkali cara ni lagi romantik kut?” ujar nya tiba-tiba mencapai lengan aku dan terus mengheret aku agar mengekorinya. Beberapa langkah dari tempat tadi, kami berhenti di satu tapak yang berada di tepi sungai. Aku dilepaskannya kemudian dia meletakkan camping begnya ke bawah, di tepi kakinya. Mata aku meliar ke setiap sudut. Cantik pula tempat ni…rasa segar..aku ke persisir anak sungai. Menyentuh aliran air sungai, jiwa tiba-tiba diusik rasa terharu. Tidak diketahui sebab apa. Tidak mahu melayan lebih perasaan itu, kepala aku diangkat ke atas melihat keindahan pemandangan hutan. Hutan kecil je sebenarnya. Tapi hutan kecil pun sudah cukup untuk aku rasa setenang ini. Dia aku sedari dari tadi asyik tersenyum memeluk tubuhnya melihat kelakuan aku.

            “Cikgu! Cantik tak tempat ni?” soalnya sudah disebelah aku.

            “Hemm…boleh tahan.” Jawab aku ceria tersenyum.

            “So, bolehlah kita bermalam di sini satu malam kan?” spontanya serius bertanya. Terkejut! Kepala aku cepat dipaling ke arah dia.

            “Awak jangan nak mengada-ngada pula..” balas aku musykil. Bibir bawah sudah diketap. Jangan-jangan betul?? Perasaan aku penuh rasa curiga.

            “Betul lah cikgu..meh sini handphone cikgu tu..” dia hulurkan tangan agar diberikan barang yang dipinta. Dalam bingung, aku serahkan je sebab dalam fikiran aku asyik serabut mengenai apa yang dikatanya tadi. handphone itu bertukar ke tangannya. Aku mengintai apa yang dia buat tapi dia berusaha elak aku. Fuh~ apa yang ditaip sangat tu? Dia tangkap gambar beg miliknya tadi.

            “Alright. Ika, ready! Shah nak ambil gambar.” Aku automatik buat gaya simbol ‘peace’ di depannya. Cis! Tahu betul aku suka bergambar. Hehe!

            “Okay send!” ujarnya sebaik gambar aku dimuatkan ke dalamnya. Macam aplikasi Whatsapp je aku tengok.

            “Awak buat apa tadi?” tanya aku mengambil semula handphone aku. Tidak menunggunya menjawab, aku cek ke aplikasi Whatsapp yang di bukanya tadi kemudian mula membacanya cepat.

            “Apa awak dah buat Shah????” aku tengok dia sambil ternganga kecil. Geram, terkejut dan marah! Apa tak? Dia tulis aku nak ber-camping di sini dan send pada Cikgu Roslan??? Dengan gambar aku dan beg sebesar alam dia tu???

            “Shah dah cakap kita akan bermalam di sini. Dokumentasi dah Shah urus 3 hari lepas, dah bayar tapak dan dah hantar permission pada Cikgu Roslan sebagai guru yang bertanggungjawab dalam hal ehwal peserta kem. Hal kereta, Shah dah settle awal-awal dan dah suruh orang alihkan pakai kunci pendua. Dan satu lagi…dia orang tak akan tahu yang sebenarnya Shah ada di sini….” Jawabnya senyum macho didepan aku. Masih terkelip-kelip mata aku dengan apa yang berlaku sekarang. Dia ingat pihak sekolah tak kena blame ke kalau ada apa-apa jadi dekat peserta kem nanti?

            “Jangan risaulah. Sekolah tak mungkin kena blame sebab kem kepimpinan tu pun dah habis. Ini persendirian punya cikgu…” macam tahu-tahu je soalan tu dihumban ke dalam kepala aku ni haa~
            “Ok!” balasan cepat dari Cikgu Roslan.

            “See? Dah tahu Ika nak ber-camping di sini, dia orang dah tak tunggu kita lagi. Hemm…dia orang dah balik dah pun sekarang rasanya…” tuturnya dengan kepala mengerling cepat kepada handphone aku kemudian kea rah jam tangan. Aku ikut melihat jam tangan. Aik? Dah 2 jam lebih berlalu? Ini pasal si Shah lah yang buat aku lambat macam ni. Sampai aku tak sedar masa berlalu begitu pantas.

            “Fuh~” aku diam tidak tahu nak cakap apa lagi. Aku tak tahu lah apa pula para guru terutamanya Kak Anisa bila dapat tahu aku tiba-tiba bermalam di sini. Nasib baik esok masih cuti. Huh!

***
            Agak ramai jugak yang ambil kesempatan untuk bercamping di sini ye? Aku ingatkan kami je. Ambil kesempatan untuk menenangkan fikiran masa waktu cuti umum kut? Kepala aku dipaling ke arah Shah yang sibuk menyediakan makan malam untuk kami. Makanan segera je…manalah pihak pengurusan taman ni nak benarkan kami masak macam-macam? Buatnya hutan ni terbakar macam mana? Kami jugak yang susah kan? kan?

            “Shah….” Aku tarik perhatiannya sebaik meletakkan mangkuk bekas makanan aku tadi ke plastik sampah sebaik menjamu selera.

            “Em?” macam biasa, dia berhenti bila nak fokus pada satu topik bualan.

            “Awak tak tergerak hati nak teruskan STPM awak tu…? Jujur tau, sayang sagat awak nak tinggalkan begitu je. Hanya beberapa bulan je awak nak habiskan…” tutur aku. Sebenarnya saya yang rasa sayang sangat sebab pada aku, dia berpotensi untuk cemerlang. Beruntung betul jika cemerlang dalam STPM. Hei! Sijil STPM jadi mahal kalau cemerlang. Tak kan tak tahu kut…

            “Sambung study ye…tapi nak sambung STPM, Shah kena fikir 10 kali….” Jawapannya membuatkan aku mengerut dahi. Pelik pula rasanya..

            “Kenapa pula begitu?”

            “Yelah, Shah tak nak Ika pandang Shah macam budak sekolah lagi…Tak nak lagi jadi macam tu balik…” dia sudah jeling aku seperti tidak puas hati tentang sesuatu.

            “Panggil Ika cikgu bagai lagi…..hemmm…tak perlu lagi rasanya….” tuturnya lagi menyembunyikan riak sebenar dengan menbuang pandangan ke tempat lain. Mendung wajahnya ketika ini. Kerana hilang ucap kata, aku terus mendiamkan diri sambil memerhati senyap wajahnya. Er…patut tak aku cakap tentang sesuatu sekarang ni? Ubah cerita ke…terkelip-kelip mata aku memandangnya.

 Erk!? Tersentak! Aku segera melontarkan pandangan ke tempat lain apabila kepalanya ditoleh ke arah aku.

“Furthermore, I won’t make you break the rules between us.” Tambahnya tersenyum mengemas-ngemas sekitar tempat duduk kami.

“Cih~ boleh pula cakap macam tu…saya ni orang yang professional awak tahu tak?” aku tengok dia atas dan bawah. Dia ingat aku begitu ke?

“Profesional? Kalau professional sangat, Ika tak akan masuk ke tent Shah kelmarin. Haha!” tersembur tawanya membelakangi aku. Erkkk!!?? Adoiyai~ kena lagi. Dia terus keluar tent meninggalkan aku yang masih geram terpinga-pinga.

“Itu…itu lain!” tergagap-gagap keluar tent.

“Hemmm…lain tapi masih tetap melanggar rules yang ditetapkan. Ehem! Bukan Shah yang tetapkan pun..Ika tu yang tetapkan. Hehe!” bercekak pinggang aku dengan penjelasan-penjelasan sakti dia tu.

“Yelah tu…” aku cebik bibir kemudian tertawa disebelahnya selepas itu. Yelah, baru aku perasan, aku pula yang beriya-iya nak masuk tent dia kelmarin. Huhu! Tapi sebab dia jugak!

“Haigh! Bahagia pula rasanya…” tuturnya  tidak aku sedari dia sudah dibelakang lalu melingkari tangannya ke pinggang aku. Terkejut dan terdiam, aku hanya mampu membiarkannya. Kepalanya dijatuhkan perlahan ke bahu aku sambil matanya aku sedar merenung ke arah kerlipan bintang yang berusaha menyinari suram malam.

“Jangan takut untuk melayari bahtera ini bersama-sama Shah Ika…” bisiknya kecil ke telinga aku. Aku diam memasang telinga kerana tutur lemah lembutnya membelai naluri aku sebagai wanita.

“Trust me…believe in me…” 

“You know what I mean…?” seperti disihir, aku angguk kepala perlahan-lahan. Hanya ini yang aku mampu lakukan untuknya. Tidak lebih dan tidak kurang….
.....namun satu saat aku pasti meraih kebahagiaan yang dia rasai sama ada dengannya atau tanpanya…

P/s: sorry sebab lama tak update eh :) ...minta maaf dengan bahasa yang kurang baik dari penulisan saya. Kurang sesuai...jika terdapat apa-apa kesalahan, tolong tegur saya. InsyaAllah, sy cuba perbaiki skill penulisan seterusnya.
 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea