Saturday 20 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 10 ]

Alhamdulillah semua urusan aku selesai. Aku ke parkir kereta yang tidak jauh dari supermarket yang aku pergi. Kemudian aku bergerak balik ke rumah. Berkerut dahi aku sebaik masuk ke perkarangan rumah.  Siapalah agaknya yang datang ni? Aku tertanya dalam hati. Oleh kerana perkarangan rumah abah agak luas, kereta aku tidak mengalami masalah untuk mengambil tempat parkir. Aku turun dari kereta..perlahan-lahan kaki aku melangkah menghampiri pintu rumah.. Ish-ish-ish, bukan main hebat lagi  kereta tetamu abah ni? Ada sebuah kereta BMW dan sebuah Toyota lama terparkir dihadapan rumah sekarang ini. Taklah hebat dipandangan orang, tapi bagi aku je. Mata aku terpaku pada kereta BMW itu. Warna hitam. Aik! Macam aku kenal!?

Errmm…aku berfikir-fikir. Erk? Serta merta aku tersentak. Riak wajah aku berubah. Itu kan kereta dia? Jadi memang benarlah dia betul-betul maksudkan perkara itu? Sekarang aku dah tak hairan dah. Mesti dia cari alamat aku dari dokumen tu! Aku ketap bibir tatkala sampai ke pintu rumah. Debaran jantung kian terasa..Okay, sila tarik nafas dalam-dalam...fuhh~

“Assalamualaikum..” aku memberi salam sebaik menapak ke pintu rumah. Mata aku tertancap pada susuk tubuh yang sedang duduk bertentangan dengan abah. Tidak terkelip mata aku pandang dia. Tapi sempat jugalah aku senyum kambing dekat dia...seperti biasa dia berpakaian kemas, kacak bergaya dengan stail dia yang tersendiri. Selepas itu mata aku melilau pula pada beberapa orang yang mengiringinya. Aku menoleh pada barang-barang hantaran mereka. Aku bermimpi ke sekarang ni?

“Waalaikumsalam..” kata mereka semua menjawab salam aku.

“Ika duduk lah sini dulu..” pinta abah memberi ruang aku untuk duduk di sofa berdekatan dengan mama.

Fuh! Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, tubuh aku terasa panas ketika ini. Manik-manik peluh mula timbul sedikit demi sedikit diwajahku. Aku cuma menurut kata abah. Nampaknya mereka sudah lama sampai sebab minuman kopi-o kelihatannya sudah kosong. Mata aku liar memerhati pada tetamu-tetamu yang hadir. Rasanya itu pakcik dia..aku berdialog dalam hati ketika memandang seorang pakcik yang berbaju batik disebelah dia. Yang makcik sebelah kiri dia tu pulak, macam familiar..aku cuba mengingati di mana aku pernah jumpa makcik ni. Tetamu yang lain tu pula, aku tak kenal langsung. Saudara mara agaknya?

Kakak Fiza baru sampai dengan minuman baru berperisa oren sejuk kali ini. Kakak mengecilkan matanya tatkala melihat aku. Entah, aku tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh kakak. Aku abaikan sekejap hal mengenai kakak sebab sekarang ini, aku tengah berhadapan dengan Shah!

“Jemput minum.” pelawa kakak kepada Shah dan tetamu-tetamu yang lain.

“Abah nak tanya ni, rombongan ni datang untuk meminang Ika. Ika terima tak?” On the spot abah tanya aku selepas pusingkan badannya agar selesa bercakap dengan aku. Lembut dan sedikit kecil suara abah bertanya.

Biar betul abah tanya aku pasal ni?? aku bulat mata memandang abah. Dilirik senyap pada Shah pula.

Seram sejuk aku dengar perkataan 'meminang' tu. Sedar dengan jelingan tajam aku, Shah tersenyum manis di situ. Tiada kesan langsung bagi dia! Aku mencebik memandang dia atas bawah. Senyuman dia bertukar nakal! Isk, aku geram tahu tak?!

“Err..abah, Ika...” Suara aku terhenti-henti. Aku nak jawab apa ni? Kelu aku dibuatnya. Shah pula setia menanti jawapan dari aku. Aku mengerling ke pemilik tubuh sebelah Shah. Makcik yang duduk bersimpuh itu tersenyum. Baru aku teringat...dialah yang berikan aku kunci rumah tempoh hari! Aku membalas senyuman perempuan lebih separuh umur itu.

“Patutlah tolak pinangan Afif!” ayat tiba-tiba terpacul dari mulut celupar kak Fiza saat dia sudah duduk seiringan dengan mama. Aku besarkan mata menjeling tajam ke arahnya. Apa hal dengan dia ni?! Mama pula aku sempat tangkap perlakuannya yang menyiku kakak. Abang Ijat menggeleng-gelengkan kepala dia tatkala mendengar keceluparan kakak. Apa taknya, kak Fiza sudah keterlaluan! Boleh dia cakap benda tu didepan mereka ini semua?

Muka Shah serta-merta berubah riak. Dia kerut dahi memandang aku tanpa berkelip seperti meminta kepastian apa yang didengarnya saat ini. Aku pula cepat-cepat alihkan mata. Saja buat tak tahu!

“Pakcik, saya minta maaf kerana mencelah…bukan berjanji.. InsyaAllah kalau Allah izinkan, Saya tidak akan sia-siakan Syafikah. Saya juga akan jaga hati ini untuk dia sebab Syafikah sudah menjadi salah satu harta saya sekarang!” celah Shah.

Apa?? Aku membuntangkan mata memandang Shah dek tercengang dengan kata-katanya. Kak Fiza ternganga, mama pula terkedu. Abah dengan pandangan tidak berkelipnya kepada Shah. Agaknya tidak terlintas di fikiran masing-masing bahawa Shah boleh senekad berterus-terang. Dari pihak Shah pula, mereka cuma tersenyum seperti sudah sedia maklum akan perangai Shah.

Abah toleh aku kembali dan tersenyum.

“Ika? Keputusan di tangan Ika sekarang.” ujar abah. Tanya abah seolah-olah bersetuju dengan pinangan Shah kepada aku. Apa agaknya yang telah meyakinkan abah sehinggakan boleh menerima Shah begitu mudah? Kerana setahu aku, abah bukan orang yang mudah menerima orang lain dalam keluarga ini..terutama dari orang yang dia langsung tak kenali.

Aku berkerut dahi seketika lalu memandang mereka setiap satu. Isk…aku buntu!

“Abah, pakcik..izinkan Ika bercakap sekejap dengan Shah?” pinta aku berhati-hati bercakap kepada abah dan pakcik yang mewakili mereka semua yang berada di situ.

“Haa, eloklah tu..berbincang lah dulu..” sampuk pakcik Shah.

Aku angkat kaki, begitu juga dengan Shah. Aku laju meluru keluar dari rumah ke taman mini mama. Shah mengekoriku dari belakang..sampai di satu sudut yang aku rasa selamat untuk bercakap, aku matikan langkah kaki.

“Awak, apa semua ni?” aku terkebil-kebil menanti jawapan.

“I told you before right?” jawabnya selamba sambil mengukir senyuman lawa. Dia ni tak sudah-sudah dengan ayat english dia. Isk! Apa aku nak buat dengan budak ni sekarang? Sepak, terajang? Anak orang ni! Halau dia? Oh, itu bukan aku! Aduh, bingung! Okay, itu hak dia datang meminang aku. Tugas aku sekarang, just reject je! Aku berperang dalam hati.

Senyuman Shah tidak lekang dari bibirnya. Aku pula yang terlebih serius. Yelah, ini soal hidup dan mati aku!

“Saya tolak pinangan ni!..” putus aku tiba-tiba tanpa ambil pusing lagi akan soal lain.

“Saya...” belum pun aku habiskan kata-kata, telefon yang aku genggam dari tadi berlagu.

Siapa lagi yang telefon aku saat-saat genting ni!? Tidak habis-habis aku mengeluh. Aku menatap pada skrin telefon. Afif lagi! Sibuk sangat nak telefon orang. Aku mendengus.

“Kejap ye..” aku meminta izin untuk menjawab panggilan telefon.

Shah hanya mengangguk. Kelat saja riak wajahnya melihat aku.

Aku membuka langkah sedikit menjarakkan diri aku antara Shah. Shah berpeluk tubuh dari jauh. Menanti.

“Assalamualaikum, apa lagi yang kau nak ni? Saya ada hal  penting sekarang, tolong beri saya ruang. Tolong fahami aku!”  Panjang lebar aku omel Afif sebaik aku menyentuh kotak hijau pada skrin sentuh telefon.

“Fikah, just to inform you. Next week, saya ke sana hantar rombongan meminang!” Afif dengan nada tegas.

“Are you crazy!? We are over! Clear over! Tak faham lagi ke?” Boleh pulak main paksa aku terima pinangan dia. Berkerut-kerut dahi aku. Sakit kepala aku pasal perangai Afif ni. Sesekali aku memandang sekilas ke arah Shah. Dia setia menanti di situ.

“I will make sure kau terima pinangan aku!” aku garu kepala. Agaknya dia ni langsung tidak faham bahasa melayu aku?

“Kau tidak faham Afif! Dahlah, aku ada hal yang lebih besar dari ni sekarang. Saya minta maaf! Assalamualaikum!” aku matikan terus talian telefon. Kepala mulai pening. Mata rasa berpinar-pinar, rasa segala-galanya seperti mahu pecah. Agaknya disebabkan terlalu banyak berfikir dua tiga hari ni kut. Ingatkan bolehlah rest musim cuti sekolah ni! Keluh aku.

Aku kembali ke arah Shah yang sedang menikmati keindahan taman mini mama. Dia nampak terhibur dengan hasil tangan mama. Tersenyum-senyum.

“Sorry, sampai mana kita tadi?” aku bertanya sebaik aku betul-betul dihadapan Shah. Kepala dia dipaling menghala ke arah aku.

Shah menaikkan keningnya seakan-akan bertanya aku kembali. Dia tak faham ke buat-buat tidak faham?

“Erghh, begini je lah awak..Shah..saya tolak  pinangan ni!” putus aku.

“Lagipun kita hanya buang masa saja berbincang! Okay? Saya minta maaf sangat!” sambung aku lagi dengan sedikit menggaru kepala yang berserabut. Afif ni pun satu, tengah berbincang dengan Shah pasal hal penting ni pun potong line betul. Eh? Berbincang?? Berbincanglah sangat~

Shah sudah terkulat-kulat dengan keputusan aku. Dia mengetap bibir sambil tangannya memeluk tubuh. Sedang berfikir agaknya. Sedang aku pula sudah mula membuka langkah untuk segera berganjak dari situ.

“Ika, don't move!” dia tiba-tiba meluru ke hadapan menghalang aku dari beredar. Pelik!

Aku ke kiri, dia turut ke kiri menghalang aku. Aku ke kanan, sekali lagi dia turut ke kanan.  Apa lagi ni?!

“Apa awak buat ni!? Saya nak lalu lah!” bentak aku meninggikan sedikit nada. Shah tersenyum. Aih! Aku tengah geram ni!

“Better you don't move dear. We got a lot of discussion today! Please!” Shah cuba memujuk aku untuk tidak berganjak. Aku mencemik.

“Dah lama agaknya Shah peluk kalau dah jadi wife! Degil sangat!” dia senyum nakal.

Mata aku terbuntang luas akan kata-kata dia.

“Eiighh!” Aku rapatkan gigi atas dan bawah sambil menjegilkan mata memandangnya. Dalam geram, aku mendapat satu idea.

“Hug me if you dare!” aku tersenyum sinis. Aku berani berkata begitu sebab aku tahu Shah tidak akan bertindak sejauh itu. Tapi nampak tak senonoh pulak aku cakap macam tu. Macam mana aku boleh lari alignment dan balancing aku hari ini??

Aku nampak Shah telan air liur juga berkali-kali. Risau pula aku. Rasa menyesal menerpa selepas cakap macam tu tadi! Huhu

Dia memandang tanpa berkelip ke arah aku. Oih takutnya aku! Aku ketap bibir bawah sekuat hati.

“No! Shah tak akan buat macam tu, tapi dah nikah nanti..you can't even imagine apa yang Shah bakal buat! So, you'd better watch out, you'd better not cry!” dia tertawa dengan pengakuannya.

Erk! Aku berubah riak. Jantung aku seakan-akan berhenti berdegup seketika.. Tapi tidak lama, aku pun turut tertawa seraya berkata.

“Hehehe yelah tu, jangan perasan lah! Kita tidak akan kahwin! Never, ever!” kata aku sinis..tersenyum puas aku!

“Are you sure?” Shah senyum. Agak-agak apa plan dia kali ni? Senyuman dia tu yang buat aku pelik. Risau pun ada! Tapi aku yakin, dia tak dapat paksa aku kahwin dengan dia. Entah kenapa aku yakin akan dia tentang itu.

“Yelah..” jawab aku mendatar. Seraya tangan aku membetulkan tudung yang sudah sedikit kusut.

“Eih, dahlah..dah lama kita disini. Agaknya mereka sudah tertunggu-tunggu di dalam sana..”

“You live in denial Syafikah.” tiba-tiba dia bersuara kecil tapi serius.

“Shah percaya, Ika pun mempunyai perasaan yang sama seperti Shah! I feel it..deep inside my heart.”

Glup! Aku telan liur. Mata kami berlaga antara satu sama lain saat ini. Okay, idea-idea sila datang. Aku tak nak dia terus meneruskan kata-kata dia! Pitam pulak aku nanti.

“Break the barrier you've been created between us syafikah!” Nafas aku seolah-olah terhenti. Sengaja aku sengih sekejap, cuba untuk melepaskan rasa gementar.

“Hehe kalut? Gurau jelah! Don't be mad princess!” Katanya seraya mula membuka langkah menuju ke arah pintu.

Fuh! aku lepas nafas lega. Eih! Geram aku, boleh dia main-mainkan aku? Aku menggeleng. Tapi hati aku…entah…seperti ada yang tak kena..seperti ada sesuatu...
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers