Monday 22 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 12 ]

Selepas aku terima pinangan dari Shah tempoh hari, Afif tidak pula muncul petang tu. Agaknya Kak Fiza sudah beritahu akan hal penerimaan pinangan Shah dari aku? Takpun, itu hanya alasan Kak Fiza agar aku tolak pinangan Shah masa tu? Jadi dia sengaja membuat cerita? Tapi tak mungkin kakak tipu aku..

Kak Fiza pula dah banyak kali meminta explaination dari aku kenapa aku terima pinangan Shah. Aku? Buat tak tahu je..sebab, kalau aku jelaskan pada dia pun, dia bukannya nak ambil pusing sangat. Last-last, aku jugak yang salah..erk!

***                                                                     

“Mama, Fiza hairan sangatlah. Kenapa mama dan abah mudah sangat terima pinangan budak Shah tu? Afif hari tu, tak pula mama dan abah beria sangat nak buat menantu. Sekurang-kurangnya, Afif tu sudah matang mama..kerja pun dah. Kenapa ye mama? Nak sangat tahu apa sebabnya.” jelas dan terang sangat bait, ayat lengkap pertanyaan kak Fiza kepada mama ketika memasak untuk hidangan makan malam di dapur. Aku yang sudah berkira-kira untuk masuk ke rumah terhenti serta-merta diluar. Aku terus duduk curi dengar dari luar  tingkap.

“Panjang ceritanya.” mama menjawab.

“Yelah, apa dia mama?” masa ni aku curi mata melihat Kak Fiza sedang duduk kupas bawang. Mama pula duduk berhadapan dengan kak fiza.

“Hemm hari tu, Shah tu ada datang rumah...katanya dia nak kenal dengan abah dan mama.” automatik aku terkejut dengan  kata-kata mama saat ini. Jadi, Shah dah datang sebelum ni? Misteri sungguh budak ni! Aku cuba lagi dekatkan telinga di tingkap dapur agar dapat mendengar dengan jelas.

“Katanya dia suka pada Syafikah..begitu juga Ika. Dia takut, kalau tidak menikah cepat-cepat..takut pula benda tidak baik berlaku.” ujar mama lagi. Sekali lagi aku tersentak. Boleh dia cakap aku suka dekat dia?? Aku sudah tepuk dahi.

“Mula-mula tu abah tidak mahu terima, yelah..muda lagi. Satu sekolah dengan Syafikah pulak tu....” ergh…tepuk dahi lagi.

“Apa??!!” celah kak Fiza. Agaknya terkejut beruk pasal Shah satu sekolah dengan aku .

“A'ah, satu sekolah!..dengar dulu cerita mama ni. Jangan pula Fiza sibuk-sibuk tanya abah macam-macam lepas ni. Tahulah mulut Fiza tu..kawal sikitlah. Nanti si Ika tu terasa. Jaga sikit hati orang lain.” panjang omelan mama pada kak Fiza.

“Yelah-yelah! Sambung..” kata Kak Fiza pula.

“Hemm, yang mama tahu..abah ada bawa Shah tu naik atas jadi imam sembahyang! Kata abah, dia lulus seratus peratus dengan ujian lainnya! Abah pun tak sangka kata abah. Kalau aku sebagai lelaki, senang je kut kalau soal solat. Aiseh! Riak tu. Tapi, betul ke apa aku dengar ni??

“Ujian apa yang sampai mengubah persepi abah terhadap Shah mama?” tanya kak Fiza sedikit pelik dari riaknya.

“Entah, mama pun tak tahu. Tahulah abah tu. Fiza ingat masa Ijat datang merisik dulu tidak kena beri ujian dari abah ke?” soal mama kepada kak Fiza pulak.

“Isk, mama ni..ke situ pulak! Fiza ingatlah mama...dua kali juga abang Ijat tu datang, sebab gagal totally masa pertama kalinya.” Tambah kak Fiza lagi.

“Haa..ingat pun! Jadi, tak payahlah pandang rendah sangat pada Shah tu. Panggil dia budaklah, Si budak lah! Dengar tak ni?” tegas mama lagi. Tatkala ini, bibir aku menguntum senyum. Entah, kenapa aku tersenyum...

“Jadi hari tu, Afif pun ada lalui ujian yang sama ke mama? Kak Fiza bertanya lagi.

“Mestilah...” jawab mama ringkas.

“Persoalannya mama, adakah Afif gagal?” kecil saja suara kak Fiza, namun frekuensi telinga aku masih dapat menangkap baris kata kak Fiza.

“Wallahualam.. abah tiada pula beritahu mama..abah cuma beritahu mama perihal ketidak setujuan dia mengenai Afif..tahulah abah kau orang tu, bukannya pandai buka mulut!” balas mama lagi.

“Bukan macam Fiza!” usik mama. Aku yakin, kak Fiza pasti mencebik bibir sekarang ni! Heheh..

“Tapi mama, bukan jadi masalah ke kalau Shah dan Ika tu menikah nanti? Yelah, setahu Fiza, salah satu kesalahan guru dengan pelajar menikah? Nak sara keluarga pula, pakai apa? Kerja pun belum! Jurus kak Fiza lagi.

“Salah dari segi apa? Hukum syarak? Melanggar syariat islam? Tidak kan? Soal kerja,  cuma Shah dan abah yang bincang hari tu. Abah kata, tidak perlu risau pasal tu..Shah sudah ada jalannya sendiri!” jelas mama.

“Tidaklah Fiza kata hukumnya haram kalau si Shah menikahi Ika, bukan melanggar hukum syarak pun......tapi iyelah....” hanya itu yang terbit dari mulut kak Fiza. Tidak pula dia menyambung kata-kata sebenar.

Sedang aku duduk cangkung mencuri mendengar, abang Ijat jalan memintas aku menuju  ke arah keretanya.

“Aik! Ika buat apa dekat sini?” soal Abang Ijat kepada aku.

Ohhh! Pitam aku kalau macam ni! Buatnya aku terkebil-kebil dan tersengih-sengih.

“Syhhhhhhhhh!” isyarat kepada Abang Ijat dengan jari telunjuk ke bibirku. Senyap sikit!

Abang Ijat cuma senyum menggeleng melihat gelagat aku yang bak pencuri. Huhuhu...

Aku cepat-cepat angkat kaki dari tempat tu sebelum Kak Fiza dan mama sedar akan kehadiran aku. Kalau tak, confirm jadi bahan kak Fiza!

Aku memasuki ruang tamu, kemudiannya menyusul ke arah dapur.

“Haa, dari mana? Dari tadi tidak datang menolong?” cebik Kak Fiza bertanya  sebaik aku duduk di kerusi dapur. Aku hanya mampu tersengih memandang Kak Fiza dan mama.

“Hehe Ika ke belakang rumah tadi..” jawab aku jujur. Kak Fiza sudah pandang aku atas bawah.

“Ingatkan bergayut dengan boyfriend tadi! Tahulah akak, tak lama lagi nak kahwin kan?” perli kak Fiza berserta tawa sinisnya.

Wowowo! Nak je aku cili mulutnya sekarang tu! Aku menjeling tajam ke arahnya.

“Sudah-sudahlah Fiza.. jangan naikkan kemarahan orang pulak. Bergurau tu boleh tapi jangan menyakitkan hati!” mama sudah menjegilkan mata ke arah Kak Fiza. Serentak itu kak Fiza terhenti serta-merta. Aku tersenyum puas hati! Haha!

* * *

Usai makan malam mama dan abah bawa aku duduk berbincang di ruang tamu.

“Esok, sebelum Ika balik, wakil dari Shah akan datang..nak sarungkan cincin. Jadi, lepas ni..Ika sahlah jadi tunangan orang. Jaga diri baik-baik..!” kata abah. Aku tarik nafas dalam-dalam..Aku mengangguk faham. Tak sangka, sekejap sangat. Aku dah nak tunang dah! Huhu..

“Kejap je tu, kita buat yang asas saja. Tidak payahlah susahkan mana-mana pihak”. tambah mama pula.

Abah macam tulah. Memang buat yang wajib dan asasnya saja. Setahu aku, duit hantaran pun abah tak tetapkan apa-apa nilai. Kata mama, cukuplah dengan mas kahwin dengan pegangan agama pihak lelaki kuat. Itu yang penting katanya! Namun, pihak dari lelaki..kalau suka nak tambah, buatlah ikut kemampuan. Itu yang aku dengari dari mulut abah.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers