Wednesday 3 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 4 ]

Aku bergerak perlahan selangkah demi selangkah ke pejabat sekolah. Suasana di sekolah itu agak riuh-rendah dengan suara-suara manusia. Mungkin disebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran masih belum bermula. Disebalik rasa yakin aku dan semangat aku, terselit jugak rasa gementar! Yelah, hari pertama aku bergelar sebagai seorang guru.

Sebaik melaporkan diri, aku ke bilik guru dipandu oleh seorang guru wanita untuk ke meja aku.

“Cikgu Syafikah..ini tempatnya..” ujar dia senyum seraya melangkah pergi. Lupa pula nak berkenalan dengan dia. Tapi tadi aku sempat jugak menoleh pada tag namanya..Azlin. Cikgu Azlin. Takpe, masih ada waktu lagi nak suai kenal. Aku terus labuhkan punggung ke kerusi. Beg sandang aku, aku letak di tepi meja. Melihat pada meja aku, dah dia orang bersihkan pulak. Thanks sangatlah siapa yang bersusah payah setkan meja aku ni! Awak memang baik! Huhu~ terharu! Rasa nak berterabur air mata ni..

Sebaik melabuhkan punggung, datang beberapa guru perempuan ke meja aku dan memperkenalkan diri. Mereka baik dan mesra. Walau kekok, aku berusaha untuk menyesuaikan diri.

Beberapa minit kemudian, bilik guru mulai lengang..almaklumlah, sesi pengajaran dan pembelajaran sudah berjalan. Aku diam tidak berbuat apa-apa. Nak berborak dengan guru yang lapang, segan pulak aku! Lagipun mereka nampak sibuk.

“Cikgu baru kan?” satu suara menyapa aku dari arah belakang. Tubuh aku terus dipusing ke arah suara itu.

“A'ah..” jawab aku spontan. Sopan sungguhlah aku jawab sapaan dia. Macam bukan aku pula sebab aku ni kan cikgu rock. Eh bukan rock, aku cuma biasa-biasa saja. Hehe…

Aku jeling name tagnya. Imran..Cikgu Imran..

“Dari mana?” tanya dia menampakkan sebaris gigi hadapan.

“Saya dari Kuala Kangsar..” kata aku menjawab pertanyaan dia.

“Saya darii...” belum pun Cikgu Imran menghabiskan kata-kata, seorang guru berbangsa cina datang ke arah kami.

“I’m sorry to interrupt, You yang baru lapor diri tadi kan?” tanya dia. Kala ini dia sudah berada betul-betul dihadapan meja aku.

Aku mengangguk.

“Saya Chew Sin..” peramah sungguh, dia menghulurkan tangan berjabat dengan aku. Aku automatik menyambut huluran tangannya

“Dah dapat jadual tak?”

“Belum lagi..” jawab aku.

“Free tak sekarang ni?” soal dia.

“Ya..” jawab aku sekali lagi mengangguk.

“Actually, I ada class MUET sekarang ni, tapi I tiba-tiba ada hal..urgent dari rumah! Boleh you tolong ganti class I hari ini? Hari ini je…” pintanya.

“Tolong jaga je..students dah I beri tugasan. So, you masuk kelas je lah…I dah maklumkan kepada pengetua pasal hal ni..Tuan dah setuju, tinggal you saja.

“Please?” pintanya sedikit merayu. Aku terkulat-kulat.

Cikgu Imran yang dari tadi diam cuma berpeluk tubuh di kerusinya memandang ke arah kami sambil tersenyum-senyum.

“Baiklah, dekat mana?” tanya aku. Nampaknya ini tugasan aku yang pertama. Hiks!

“Dekat hujung bangunan sana..upper six. 6 Bistari tau..sebab ada 2 upper six sekolah ni..” sambil jarinya menunjukkan arah. Aku berpaling pada kelas yang dimaksudkan. Aku pandang dia semula dan angguk faham.

“I have to leave now, by the way thank you! Nanti I belanja you makan soto alright?” kata dia tersenyum-senyum lalu beredar meninggalkan kami berdua. Macam tau-tau je aku minat makan soto. Hehe…

Aku ekori langkah cikgu Chew Sin dengan anak mata. Sehingga dia hilang dari pandangan aku, aku berpaling kembali kepada kelas itu.

“Sorry, saya ke kelas dulu eh….” tutur aku kepada Cikgu Imran. Dia cuma senyum membalas lalu meneruskan kerjanya menanda buku pelajar. Aku melangkah keluar dari bilik guru. Sekali lagi mata aku ditumpu pada kelas paling hujung. Langkah kaki aku percepatkan agar lekas sampai. Sebaik sampai, langkah kaki kanan dipandu terlebih dahulu. Nak ambil berkat lah tu! Hehe..

Eh? Apasal semua diam je ni? Aku pandang pada setiap mereka. Bingung sekejap. Ke aku yang salah masuk? Biar betul...aku keluar melihat kembali pada pintu bilik. Nama kelas tiada pulak..isk! Aku masuk semula ke kelas.

“Assalamualaikum….ini kelas 6 Bistari kan?” soal aku kepada mereka. Ada yang sekadar mengangguk, ada yang menjawab terus.

“Ohhh..ingatkan cikgu yang salah masuk tadi..” kata aku lagi. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain lalu tiba-tiba.

“Assalamualaikum cikgu….” mereka memberi salam serentak. Terpinga-pinga aku dibuatnya…huhuhu. Kenapa lah pengalaman pertama masuk kelas aku ni macam kelam-kabut je? huhu…

“Baik, waalaikumsalam dan selamat pagi semua…” jawab aku pada mereka dan menyuruh mereka duduk.

“Saya cikgu Syafikah..ini kelas pertama cikgu.. daann, guru ganti untuk hari ini…mungkin kamu semua sudah sedia maklum bahawa Teacher Chew Sin ada hal. So, salam perkenalan dari cikgu..” kata aku ceria. Tapi agak malu sedikit dengan suasana baru ni. Motif beritahu ini kelas pertama..apa kes? Aku tersasul! Huhu gemuruh punya pasal!

Hemm...semua pelajar pakat diam. Kerana rasa teruja, aku ke sana ke mari cek mereka satu-satu. Tak larat nak cek satu-satu, aku perhati setiap mereka dari kejauhan. Seramai 30 orang pelajar kesemuanya. Dalam pada meneliti setiap satu mereka, tiba-tiba mata aku seakan-akan ditarik paksa memerhati pada seorang pelajar. Pelajar yang hanya diam membisu..wajahnya banyak  ditunduk ke bawah.

Erkk! Macam kenal....

 Tak mungkin!

Adik dia kot? Aku tidak putus bermonolog sementara dalam masa yang sama cuba untuk mententeramkan hati.

Aku mengamati..meneropong dengan mata kasar! Hiks!

Tak kan pula dia…..aku mengerutkan dahi lalu membuang pandangan ke tempat lain..takut pelajar lain perasan pulak! Tak pasal-pasal aku kena cop cikgu gatal! Eihhh~ Tak nak!

Ishhh bukan kot! Aku sedapkan hati..

Tapi, jauh di sudut hati aku..kalau dia, macam mana ye? Kecewa ke? Isk..fikir macam tu, lagak macam kau dah suka lelaki semalam tu Ika oi! Erk! Jangan! Tak mungkin. Tak mungkin! Fokus! Fokus! Jangan lari fokus tu, kan aku datang nak jadi pendidik! Okay…fuh~ relaks…

“So, apa topik perbualan kita dalam sejam lebih ni?” tanya aku memulakan bicara apabila tidak ada satu pun pelajar membuka mulut. Jam tangan dikerling sekilas. Aku labuhkan punggung di  kerusi yang berada di sisi kanan aku.

“Oh ye, tugasan yang Teacher Chew Sin dah siap?”

“Kerja berkumpulan cikgu…petang ni kami discuss dekat library…” kata salah seorang dari mereka. Aku angkat kening sekejap untuk memberi laluan kepada otak aku untuk berfikir. Selepas itu mengangguk-angguk faham.

“Kalau macam tu..kita buat aktiviti lain. Boleh?”

“Boleh!” jawab mereka serentak, satu tempoh.

“Kita nak buat apa ye….boleh beri idea?” soal aku. Tapi mereka semua berpakat tak nak bagi aku idea pulak..isk…

“Takpelah..kita buat sesi suai kenal jelah hari ini…tidak pun tanyalah apa-apa je pada cikgu…” ujar aku lagi memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap. Aku mengukir senyuman pada setiap mereka yang memandang.

“Cikgu, umur berapa ye?” selamba badak seorang pelajar tanya soalan itu pada aku. Ketap bibir dibuatnya....nak jawab ke tak ni? Kalau aku berbohong sunat.... tak boleh..itu menipu namanya. Kalau aku jawab jujur?

“Err..cikgu sudah 23 tahun.” jawab aku senyum..apalah dia orang ni! Aku buka soalan bukan pada benda-benda macam ni.

“Ohhh.. kami ingatkan sweet 18 tadi. sebab tu dua hati nak beri salam…hehe!” balas salah seorang dari mereka lalu tertawa. Riuh-rendah sekejap. Aku pula yang tersipu-sipu malu pada mereka. Nakal-nakal budak sekarang wei! Patutlah ada guru yang sampai telan pil penenang! Huh~ aku hela nafas kecil.

“Aihh kau orang ni, mainkan cikgu je….” kata salah seorang dari mereka. “Hormatlah sikit! Cikgu tuh!” geram seorang pelajar yang tagnya aku lihat jelas tertera nama Norasyikin.

“Daus, kenapa kau tiba-tiba jadi baik hari ini?” tanya salah seorang pelajar lelaki.

“Ehem! kalau cikgu baru, mestilah jadi budak baik, first meet katakan…hahaha!” balas yang dipanggil Daus tadi sambil membetul-betulkan neck tie nya. Aduhai!

Mereka ketawa lagi. Aku dah ketap bibir bawah. Menggeleng kepala aku dengan gelagat budak-budak ni! Boleh pula mereka ni main-mainkan aku?? Huhu…

“Cikgu dah kahwin?” erk! Aku kelu lidah di situ. Sebut pasal kahwin ni, entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik dibayangi perkataan KAHWIN ni. adeh~

“Belum..” balas aku mengigit bibir.

“Aduhhh...umur baru 23 lah, pastilah belum kahwin!” kata salah seorang dari mereka lagi. Gelak sakan lagi dia orang bila soal kahwin dibangkitkan. Ish! Ini kelas pertama aku. Tak kan kelas pertama aku dah pening-pening macam ni? Oh tidak! Jangan rosakkan kelas pertama aku!

“Yang kamu tanya soal kahwin ni, dah ada terfikir nak kahwin? Tanya aku selamba pada mereka. Kalau budak-budak ni boleh ‘goreng’ aku, aku lagilah boleh goreng dia orang! Heheh~ jahat!

“Ada ada ada ada....”.riuh rendah sekejap. Masing-masing ketawa. Mengusik kawan sebelah la..menyiku kawan lah..dan macam-macam lagi! Sesekali pandangan aku ditumpu pelajar lelaki yang ada di tepi cermin itu..senyap sahaja. Senyum pun tak..ketawa pun tak. Serius betul! Cuma dia sesekali membetulkan cermin matanya dan bercakap dengan rakan sebelahnya.

“Diri sendiri pun mak bapa sara, ada hati nak sara anak dara orang!” ujar aku sengaja bergurau. Untuk tidak ambil kisah langsung pasal tadi, aku menambah perisa ajinomoto. Hehe..

Ketawa besar pelajar-pelajar yang ada dalam situ.

“Dah-dah…! Kita adakan sesi soal jawab pulak. Nak?” tanya aku.

“Nakkkkk~” jawab mereka serentak. Amboi! Semangat. Aku tersenyum puas. Misi pertama aku berjaya juga!

“Baiklah, cikgu nak kamu jawab soalan cikgu mengenai sejarah tingkatan 5! Ala..ulang kaji sikit. Boleh kan?” soal aku kepada mereka.

“Sebelum tu, siapa yang skor A+ dalam subjek Sejarah SPM dulu? Cikgu nak soal dia dulu.” aku pandang setiap mereka. Mereka semua diam. Bercakap sesama sendiri. Bisik-membisik ke telinga.

“Tak kan takde siapa yang dapat?” aku sudah angkat kening. Ala, tak kan budak-budak sekarang dah tak minat sejarah kot? Aku dulu, subjek sejarah ni ‘makanan’ aku! Aku mulai risau.

“Ada!” jerit seorang dari mereka. Aku terus berpaling kepada suara itu. Pelajar itu memberi isyarat menunjuk kepada teman yang ada disebelahnya dengan ibu jari tangan. Erk? Pelajar itu ke? Mata aku sudah dipindah pada pelajar yang dimaksudkan. Sempat aku tangkap gelagat dia yang menyiku teman sebelahnya. Mata kami berlaga seketika.

Glup! Dup dap dup dap! Aku telan air liur. Dah kenapa pula dengan jantung aku ni???? Aku rasa macam nak tumbang pun ada. Apa tak, kalah dengan jantung yang kuat menendang-nendang!

“Awak….?” soal aku dengan nada menurun. Cuma anggukan kepala dari dia.

“Err…” aku mati kata. Soalan sejarah yang berlegar di kepala aku tadi hilang entah kemana. Isk!

“Cikgu soal lah dia. Dia confirm dapat jawab punya! Orang pintar~” jerit beberapa orang dari mereka. Pelajar itu tersengih.

“Ohhh….” Aku memang nak soal. Tapi aku ni, menggerutu! Hilang semuanya! Pleaselahhh~

“Takpelah, lain kali je lah ye! Kita tukar topik lain.” aku terus buang pandangan. Apa hal dengan aku ni??? Bingung dengan diri sendiri, aku bingkas sengaja menghampiri tingkap. Melihat-lihat keadaan sekeliling demi menenangkan diri.

“Cikgu, boleh ke saya kahwin lepas ni??” kepala aku terus berpaling pada suara pelajar yang bertanya. Ternganga aku di buatnya. Aku menggeleng geli hati. Pelik lah budak-budak sekarang ni. Kecik-kecik dah terfikir nak kahwin. Aku sendiri pun tak pernah terfikir soal kahwin. Inikan pula masa berstatus pelajar!

“Kahwin tak boleh, nikah je yang boleh!” kata aku sengaja mengusik. Entah kenapa kepala aku sama-sama naik. Mereka semua tertawa kembali.

“Nikah boleh, tapi capailah cita-cita dulu..cari ilmu! insyaAllah, ada ilmu..cerah masa depan.  Jangan sibuk cari bini pulak!” aku menambah. Aku cakap yang betul, dia orang tertawa pula. Ingat aku main-main ke?

“Tapi seandainyalah ada dikalangan awak semua nak nikah selepas ini, kononnye jelah. Jangan buat betul-betul pula! Cikgu bercakap untuk suatu hari nanti! Cikgu nak pesan..kahwin bukan atas dasar untuk berseronok-seronok tau. Lepas sahaja pengantin lelaki melafazkan akad nikah, segala tanggungjawab yang dipikul mak bapa pengantin perempuan sebelum ini automatik di bahu suami. Kalau suami gagal menakhodai rumahtangga, agak-agak apa yang suami terima di akhirat nanti?” jelas aku membuatkan semua mata yang tertumpu pada aku diam tanpa bicara. Tak pasal-pasal aku jadi ustazah tidak bertauliah hari ini! Hikss..tapi aku sampaikan apa yang aku tahu. Abah pun selalu cakap benda yang sama..huhuh

“Dosa isteri yang membuka aurat selepas berkahwin siapa yang tanggung?” tanya aku menambah sambil mengukir senyum..tak naklah tension-tensionkan pelajar.

“Suami..!” kata mereka..

“Kalau suami dah tegur, tapi isteri tak nak dengar kata? Siapa yang tanggung dosa dia cikgu?” tanya salah seorang dari mereka lagi. Eigh? Tak kan itu pun kau orang tak tahu kot? Ke sengaja nak tanya aku?

“Diri sendirilah yang tanggung!” jawab aku cepat. Bersemangat pula budak-budak ni kalau bab kahwin.

“Eh, dahlah..kita tukar topik lain lagi sekali.” usul aku setelah perkara yang berbangkit itu aku rasa tidak sesuai untuk mereka. Mereka patut menuntut ilmu pada usia begini!

Tanpa sedar satu jam sudah berlalu..akhirnya aku keluar dari kelas. Aku meninggalkan kelas upper six 6 Bistari itu sekilas memandang pelajar lelaki tadi. Sampai kini, aku masih tertanya-tanya..siapa dia? Kenapa wajah dia sangat familiar pada mata aku? Adakah dia lelaki itu?
Share:

1 comment:

  1. bestnya x sbar nk tggu ika dn shah kahwin msti lgi best

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers