Thursday 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 36 ]

Aku membuka mata seluas-luasnya sebaik dia memberhentikan kereta. Aku pandang keluar keliling tempat. Dekat mana ni?? Yelah, mana aku tahu? Sebaik masuk kereta je tadi, terus aku tidur. Mengantuk sangat! Maklumlah, lepas solat subuh je terus bersiap..adeh! tak menyempat-nyempat.

“Dah sampai ke?” aku tanya dia setelah persoalan di benak aku, aku tidak mampu jawab. Aku berpaling pada dia. Sebaris gigi hadapan dipamerkan. Senyum memang tak lekang!

“Welcome to Fraser Hill!” laung dia. Aku buntang mata. Sekali lagi aku pandang ke sekeliling. Aku dua hati untuk menjerit gembira. Yelah, ni first time aku datang sini! Macam tak percaya pulak. Isk. Cover sikit! Hehe..

“Ohh yeke? Aku buat cool. Itu memang bukan aku. Tapi, aku nak buat macam mana? Dalam hati sudah berbunga ‘Yes! Yes!’

“Of course!” jawab dia senada langsung keluar dari perut kereta. Dia terus ke belakang kereta sebaik membukanya dengan menarik kunci bonet dari dalam kereta. Aku juga sama. Sambil memandang ke sekeliling, aku angkat keluar beg pakaian aku. Nampak besar je beg aku ni. Macam bercuti seminggu pulak! Padahal, 3 hari je..hehe.

“Jom!” ajak dia mendahului langkah aku lalu terus masuk ke sebuah hotel. Shahriz Inn yang dipilih. Aku bawa beg aku, dia bawa beg dia. Dia ke kaunter terus mengambil kunci bilik. Tanpa tanya aku pun mana satu aku nak pilih bilik? Aku hanya pandang dia dari jauh dengan langkah aku tetap membuntuti dia. Pandai-pandai je dia buat keputusan ye? Sampai di pintu bilik hotel, dia mengimbas kad acess seraya mengerling ke wajah aku.

“Jangan risau, ada dua katil di dalam..” tutur dia tersenyum perli seperti memahami kehendak aku. Aku cebik bibir. Kalau satu katil pun bukannya awak pandai naik ke atas pun~ hahahah! Tapi tidaklah aku jawab macam tu pada dia...kalau dia tahu? Naya aku! huhu Bukannya aku berterima kasih, aku pandang dia sinis lagi. Jahat betul lah kau ni Ika.

Kami terus masuk ke bilik hotel sebaik tombol pintu dipusingkan. Dia terus saja hempaskan tubuh ke katil. Penat agaknya? Aku pula, beg belum diletak, aku terus membuka tabir hotel. Wahhh~ rasa sejuk menusuk sampai ke hati. Kabus pagi masih kelihatan diluar hotel..isk, nyamannya. Tidak sia-sia bangun subuh arab!

“Ika..” kepala aku terus dipusing ke belakang. Shah berbantalkan lengan menepuk-nepuk tilam dengan telapak tangan kanan dia yang aku fahami meminta aku agar aku ke sisi dia. Aku membantah dengan kerutan dahi dan kembali melihat ke luar hotel.

“Ika...” tiba-tiba suara dia seolah-olah berada sangat hampir dengan aku. Aku toleh saja, wajah dia hanya beberapa inci dari aku kerana dia merendahkan tubuh. Aku telan liur..dup! Dap! Dup! Dap! Sikit lagi aku .............

Aduh! nasib baik.

Haih! Dia ni...bergerak macam hantu. Langsung tiada bunyi! Aku mengeluh kecil lalu ke katil dan terus menghempaskan tubuh. Aku pejamkan mata seketika geram dengan tindakannya.

“Join sekaki boleh?” aku terus membuka mata dan menoleh disebelah aku. Dia tersengih berbaring disisi aku. Aku cebik bibir pandang dia atas bawah dan berpindah ke katil sebelah. Aku kira kali ini dia tidak lagi mengekori aku..padahal masih sama jugak. Aish~ penatlah aku kalau macam ni.

“Laa~” aku sepetkan mata pandang dia disebelah aku. Tersengih je dia. Kalaulah aku pandai jurus karate, dah aku karate dia jauh-jauh.

“Ika....” Automatik aku toleh dia. Dia pula sudah pandang tepat ke mata aku. Lain macam je. Risau aku dibuatnya. Haih! Jangan fikir yang bukan-bukanlah, aku kenal dia. Dia tak akan apa-apakan aku!

“Kenapa ye..” dia terhenti. Sudah~ agaknya soalan maut apa lagi yang dia nak tanya kali ini??

“Tapi...biarlah Shah simpan soalan ini buat sementara waktu..” ujar dia tertawa kecil. Fuh~ naik seram aku dibuatnya. Nasib baik! Kalau tak, aku sah jatuh mengelupur.

“Shah rehat kejap..tengah hari nanti tolong kejutkan..sebab Shah nak jumpa client dekat padang golf di bawah tu..” aku kerut dahi seraya melangkah mejenguk kembali ke padang golf. Aku menoleh pada dia sekejap. Wajah dia nampak lesu.. sebab kerja yang menimbun tu ke? Kadang-kadang aku kesian kan dia sebab dia nampak sangat berkerja keras. Atas sebab apa aku juga tidak tahu..adakah sebab soal aku? Sesuatu yang dia nak buktikan pada aku bahawa dia ‘boleh’ dalam usia dia ni? yeke? Cuma itu yang dapat aku fahami tentangnya. Tapi itu pun kalau betul...

“Oh...okay.” jawab aku dengan muka bingung seraya mengangguk-angguk. Demi tidak menganggu dia, aku segera angkat kaki keluar bilik mengambil angin. Aku terus keluar dari hotel lalu berjalan kaki di kawasan sekitar.

Parkir kereta semakin penuh dengan kenderaan-kenderaan yang mendatang. Hotel-hotel sarat dengan kunjungan warga tempatan mahupun asing. Para fotographer awal-awal lagi datang ke sini. Bersusun lensa mereka di tempat-tempat tertentu. Heh!

Aku labuhkan pungung disebuah kerusi menikmati keindahan alam. Rasa bahagia. Seolah-olah semua masalah hilang apabila berada disini. Barangkali, bagi orang yang suka dengan kemeriahan..tempat ini tidak sesuai untukmu okay! Hanya bagi orang yang jiwa-jiwa je yang suka ke tempat macam ni. Hahah! Macam aku?? Perasan kau!

Kicauan burung memberikan rasa tenang yang sangat sukar aku perolehi di rumah. Tengah serabut fikir soal rumah. Terlintas wajah Shah. Ish! Kacau betul lah muka dia ni.

“Cikgu Syafikah, jom jogging!” aku serta merta-celik mata dan terus tertumpu pada tubuh tinggi lampai di hadapan aku yang tengah panaskan badan. Erh?? Patut pun aku terbayangkan muka dia tadi. Rupa-rupanya dia ada di sini ha! Tapi...bukan dia kata nak rest ke tadi? Kebil-kebil mata aku. Aku terus berdiri. Masih bingung.

“Bukan awak nak rest ke tadi??” soal aku bernada hairan.

“Nak rest macam mana? Celik je bini entah kemana...” macam merajuk je. Aku cebik bibir pandang dia. macam-macam lah dia ni. tapi, comel jugak dia kalau merajuk! Ops? Kalau nak jogging, haruslah tukar baju dulu. Adeh..

Aku meminta diri dari dia untuk naik ke bilik sekejap. Sebaik baju yang lebih selesa disarung ke badan, aku terus turun ke bawah.

Aik? Dia dah kemana pulak ni? Aduhh~ kata nak jogging. Bersama-sama lah sangat! Takpelah, seorang pun seorang lah~

Aku terus berlari di jalan raya sekitar kawasan. Lari tepi je. Kalau di tengah-tengah jalan raya, esok kenduri tahlil lah jawabnya. Huhu..

Lima minit aku berlari, aku nampak Shah dari jauh berbual dengan dua orang wanita warga asing. Langkah aku terhenti seraya mencebik bibir. ceh! Siap main tangkap gambar lagi......huh! Aku putuskan untuk menunggu dia di tepi kolam sehingga sesi bergambar antara mereka selesai. Sementara penungguan itu, aku meninjau-ninjau kawasan yang terdekat.

“Eh? Fatin?” dari jauh aku mengamat-amati susuk tubuh seseorang yang mirip akan Fatin. Kalau itu dia, ada jugak kawan aku. Hehe..

Aku berlari-lari anak mendekati pemilik tubuh itu. Aik? Dah kemana pula ‘Fatin’ ni? Namun hampa. Sekejap je lesap. Hairan. Ah! mungkin aku silap orang kot? Aku abaikan perasaan pelik aku sebentar tadi kemudian kembali ke tempat aku menunggu Shah. Tidak lama itu Shah hampiri aku dengan senyuman paling lebar. Menyampah aku. Entah macam mana dia sedar yang aku ada dekat sini. Dua orang wanita warga asing itu juga sudah beredar.

“Dah tukar baju?” soal dia seperti biasa. Aku pula sudah memeluk tubuh dengan mata disepetkan.

“Dah, kalau ada mesin jahit tadi, dah lama siap buat baju baru kot!” aku memperli dia. Aku menyambung larian yang tadinya terbantut gara-gara dia.

“Hehehe!” dia tertawa tiba-tiba. Aku teruskan larian sementara dia pula agak ketinggalan di belakang aku. Aku tahulah, sebab anak mata aku ekori dia.

“Ika! Tunggulah.” tanpa aku hiraukan panggilan dia, aku teruskan larian. Malah makin laju.

“Tak kan cikgu dah jealous kot?” soal di bila lari sebaris dengan aku. Ketawa pula dia bila aku toleh dia. Aku sepet mata geram.

“Tak!”

“Habis tu?”

“Tiada apa-apa lah! Sibuk je~” dia ketawa kekeh pandang aku.

“Dia orang tadi tu..tanya dekat mana lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ni je.” ujar dia walaupun aku tidak bertanya langsung pasal dua orang warga asing itu tadi. Habis tu, yang bergambar sakan tu apa??

“Tak tanya punnn~”

“Sah jealous! Hahaha!” ketawa besar pula dia. Itu yang buat aku malas dengan dia ni. Dah aku kata aku tak cemburu, dia tetap dengan duga rasa dia.

“Perasan!” sambil berlari, aku pandang dia atas bawah. Dia masih dengan tingkah dia tadi. Ish! Pedulilah, malas aku layan dia. penat!

“Tadi sebelum mulakan jogging, ada buat warming up tak?” tiba-tiba dia menukar topik. Fikiran aku terhenti sekejap. Ya tak ya pula...aku lupa!

“Belum.” aku jawab sepatah.

“Eh? Nanti sakit kaki tu..” nada dia berubah risau.

“Tak sakit pun!” dia kerut dahi masih ragu dengan jawapan aku. Namun dia abaikan begitu saja. Sebab aku berkeras kot? hehe

Kami berehat di sebuah pondok melepaskan lelah. Aku sandarkan tubuh ke dinding pondok, manakala dia pula masih tetap berjalan. Cuma kali ini selangkah demi selangkah je. Agaknya begitu cara yang terbaik menenangkan otot? Aku sembarangan je. Hehe..

Sementara, tangan dikipas-kipas ke wajah menghilangkan bahang peluh yang masih setia keluar, mata aku terpandang sesuatu yang menarik.

“PROMOSI UNTUK WARGA YANG CINTAKAN DUNIA ‘ICE SKATING’..” mulut aku automatik membaca keratan risalah yang sudah diangkat dengan tangan.

“Pernah main ice skate?” soal dia berhenti sekejap memandang keratan itu kemudiannya pada aku.

“Pandai?” soal dia lagi.

“Ermm...pandai kot?” jawab aku dengan jawaban yang tidak pasti.

“Ohhh..” kali ini dia dilihat tanpa riak membalas sebelum meneruskan aktiviti yang sama selepas larian tadi. tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali bersuara.

“Ika, jom kayuh bot nak?” ajak dia sambil mulut dia dijuihkan ke arah tasik kayuhan bot yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Aku pandang jauh ke arah yang dia maksudkan. Risalah itu aku lipat kecil kemudian dimasukkan ke poket track shirt aku. Boleh lah. Nak jugak try..hahah!

“Tapi belum mandi. Belum tukar baju lagi..tak nak lah!” aku baru sedar. Aku dah berpeluh lebat dah ni. Tak kanlah aku kayu bot dengan peluh-peluh yang melekit? Isk..

“Itu yang bagus. Boleh mandi di tasik tu..hehe.” seraya dia tertawa mengangkat kening.

“Mandi tasik?! Memandai je!” aku jeling dia atas bawah. Dia ingat tasik tu kolam mandi ke? Dia terus ketawa besar. Entah apa yang lawaknya.

“Ala~ kejap je. Lagipun belum ada pelanggan lagi..kitalah pelanggan yang pertama. Jom!”

“Tak nak!”

“Try kejap je! Malu-malu kucing lagi!” dia terus menarik lengan tanpa mempedulikan bantahan aku tadi. Salah satu tugas yang berat bagi aku untuk membantah keputusan dia. Kalau aku kata tak nak, bagi dia..aku nak je. Aduh!

Selesai urusan di kaunter kayuhan bot, aku dan dia diberikan jaket keselamatan dan terus ke Tasik.

***

Selain pemandangan tasik, di darat juga turut kami nikmati. Tempat ni sangat sesuai bagi orang yang baru berkahwin. Tapi bukan newlywed  macam aku, hari-hari perang mulut je dengan dia. Tapi perasaan aku je kot? Sebab aku tengok, dia macam seronok je..ish apa-apa je lah!

“Jom kayuh ke sana.” Shah menunjukkan ibu jari tangannya ke arah yang agak jauh dari tempat kami mengayuh bot. Aku kecilkan mata, cuba untuk fokus pada tempat itu. Macam seram je!

“Eihh! seram. Tak nak lah! Cukuplah dekat sini.” bantah aku. Dah lah sini tiada orang. Kalau aku jatuh macam mana? Siapa yang nak selamatkan aku? Huhu..

“Kejap je..jom!” dia tertawa kemudian melajukan kayuhan ke tempat yag dia kehendaki tadi.

“Eh..eh..eh..tak payah lah...ka..” namun kata-kata aku terhenti kerana berasa pelik. Yaa! Bot kayuhan sedang dia gerakkan ke tempat itu. Aku sudah pusing kepala ke kiri dan ke kanan, kalut dengan situasi itu.

“Ika~ tolonglah. Berat sangat ni.” dia tersengih meminta tolong.

“Saya tak nak tolong~ heheh! Siapa suruh kan? Haaa~ rasakan.” aku senyum sinis memperli dia sambil kedua-dua tangan aku pula kemas dipeluk ke tubuh.

“Laaa~ tolong lah.” kerutan dahi dia buat aku puas hati yang dia payah nak kayuh bot seorang-seorang. Haa~ padan!

“Lalalalalalala~ hehe!” aku buat tidak tahu dengan rayuan mahkamah tinggi dia. Biar dia tahu, aku pun ada hak untuk bersuara! Hahah..

“Ohh tak nak tolong ye? Hehe~” senyuman dia bertukar nakal.

“So.........?” ego aku. Sengaja mencabar. Padahal, masa yang sama aku risau! Entah apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ni.

“So.......kalau Shah..” kayuhan bot dihentikan seketika lalu ayat itu dia bisik ke telinga aku. Aku terus membuntang mata seraya mengerling pada dia yang tertawa nakal.

“Apa diaaa?????” aku ketap bibir menahan geram.

“Lalalalalala. Nak ke sayang??” aku geram. Memang geram! Dia gelakkan aku!

“Meh sini Shah bagi..” dia tanpa teragak-agak terus memegang pipi aku. Oh tidakk!! Dia betul-betul nak buat. Giler!

“Tidakkkk!!!” aku terus menepis tangan dia dan kemudian entah kenapa automatik saja tangan aku menolak tubuh dia.

“Ehh! Eeeehhhhhh...Aaaaaaaahhhhhhhh!”

“Splashhh!!!!” Nah sudah! Monyet jatuh ke dalam air. Apa? Dia nak cium aku??? Padan. Hahahaha! Puas hati aku. Tapi rasa bahagia aku nampak dia jatuh ke dalam air tak lama kerana dia tak muncul-muncul selepas itu! Cuma jaket keselamatan saja yang timbul ke permukaan air. Aduh! Tak kan dia lemas??? Aku sudah cemas. Aku pandang sekeliling, Jaga pun entah kemana! Tanpa ragu aku terus terjun ke dalam air cuba untuk selamatkan dia! Aku cari dan cari hampir ke dasar tasik. Sekali lagi hampa! Aku timbul ke permukaan air dan terdiam..rasa nak menangis. Mana dia ni?

“Woahhh! hehe!” tiba-tiba suara Shah tertawa dari belakang aku. Aku jeling tajam pada dia. Jaket keselamatan sudah di tangannya. Mata aku merah menahan rasa marah, risau geram dan sebagainya. Berani dia mainkan aku??? Dia tak tahu ke aku dah risau sangat tadi?? Riak dia berubah tatkala memandang pada wajah aku yang hampir menangis.

“Alamak sorry..Ika risau ke? Sorry!” telapak tangannya sudah dirapatkan memohon kemaafan.

“Tak! Tapi tengok ni!” rasa yang bercampur tadi sengaja aku alihkan pada handphone aku yang basah.

Dia terkejut lalu turut mengeluarkan handphonenya. Handphone dia tu tak masuk air. Tidak menjadi masalah walau ‘berenang’ ke dalam air kopi sekalipun. Tapi aku? Isk..

“Sorry...” rasa bersalah mula terbit dari ucap bibir dia. Tanpa aku pedulikan dia, aku terus naik ke atas bot kayuh. Dia juga sama. Guard pihak pengurusan rekreasi itu datang tidak lama lepas itu. Pandangan dia pelik pada kami yang basah kuyup. Dia meminta maaf kerana dia tidak ada masa Shah jatuh tadi. Katanya dia ada urusan sekejap di luar. Kami terus ke hotel setelah masa kami tamat. Shah pula terus jumpa client dia usai mandi membersihkan diri.
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 35 ]

Aku ambil tempat di sudut terpencil untuk melabuhkan punggung. Bukan sebab tempat duduk dah penuh, tapi aku nak kan privacy. Ceh! Privacy konon. Padahal, kau sengaja nak menyembunyikan diri kan Ika? Haa~ tahu lah kau nak korek pasal Shah tu. Hehe~

Ehem! Memang aku tak puas hati. Siang malam, subuh arab dan petang kepala aku ni asyik mencari solusi ni je..bagaimana dia begitu muda boleh berkata-kata seperti orang dewasa? Kalau nak kata disebabkan kematian ibunya merubah drastik diri dia, agak mustahil tau. Sebab ibunya tu baru beberapa bulan meninggal. Fuh! Aku hembus berat dan spontan kepalaku dijatuhkan ke meja disertai dengan wajah kalah. Ini menimbulkan reaksi pelik pada seorang pelajar perempuan innocent di depan aku. Aku agak dia baru tingkatan satu. Dia angkat ibu jari kanan dan bertanya dengan isyarat. ‘Are you okay?’

“Hee…I am okay.” balas aku dengan isyarat kemudian mengalihkan pandangan ke tempat lain. Fuh malu~

Jangan-jangan sebab…

Aku ketap bibir berfikir dan menimbang logik pada apa yang ada dalam kotak minda aku kala ini. Mungkin juga sebab itu! Tapi…

Aha. Aku terhenti sekejap lalu mengeluarkan beberapa helaian kertas dari beg tangan. Aku duduk tegak. Tengah fokus tu. Haha~

Cepat je mata aku membaca beberapa maklumat tentang Shah di kertas itu. Ops! Jangan tanya aku dari mana aku dapat ini semua. Aku akui, aku memang jahat!! Aku curi maklumat peribadinya dari stor! Huhu~ minta maaf!

Baiklah, memang benar dia lahir tiga tahun muda dari aku. Jadi, andaian aku mengenainya tentang tahun lahir dia sebenarya salah. Yelah, tadi aku ingatkan dia sebenarnya lahir pada tahun sekian-sekian tapi didaftarkan lewat. Namun dari apa yang aku lihat dari bukti-bukti ini, fuh~ punah! Sekali lagi aku jatuhkan kepala ke atas meja. Di kala itu juga budak perempuan depan aku ni sekali lagi kerut dahi pelik dengan tindakan aku. Adoi~ adik, anak, student. Apa-apa jelah~

Sila jangan peduli sangat pasal aku ni haa. Buat kerja sendiri boleh tak? Huhu~ aku ni tengah serabut ni.

Erm…adakah sebab dia ada masuk kelas peralihan dulu? Aku kembali berfikir logik pada persoalan aku. Tak masuk akal Ika oi! Dah dokumen ni kata dia lahir pada tahun 1996! Apa lagi yang kau nak pertikaikan?? Berperang pada diri sendiri jadinya.

Haih! Dari fikir yang bukan-bukan, baik aku balik. Masak! Sekarang ni pun dah jam 4. Shah tak lama lagi nak balik. Huhu~

***

“Ika, jom keluar?” soal suara Shah mengajak dari arah tangga rumah. Aku yang berada di ruang tamu dengan laptop dan kerja sekolah mengangkat muka.

“Saya busy..” jawab aku dengan senyuman tidak ikhlas. Aku masih geram dengan tindakan dia mempermainkan aku tempoh hari! Aku kembali khusyuk meneruskan pencarian aku di web-web tertentu.

“BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MATANG DARI USIA SEBENAR?” wajah aku seperti dilempang laju apabila dengan nada kuat dia membaca apa yang aku taip di kotak google search engine. Aku cepat-cepat tutup laptop. Macam mana aku tak boleh perasan dia dah ada di belakang aku???

“Heee~” aku pantas berpaling ke belakang dengan sengihan.

“Apa tu?” soal dia pelik terus melabuhkan punggung ke sebelah aku.

“Takde pape..” balas aku berdolak dalih. Aku angkat laptop itu ke pangkuan aku.

“Let me see.” katanya lalu terus merampas laptop itu dari pelukan aku.

“Shah!” spontan aku menjerit membuntang mata kerana tindakannya.

“Awak! Baik awak bagi balik laptop tu. Saya tengah marah ni.” aku cuba merebutnya kembali namun dia laju melarikan diri pusing keliling meja kopi ruang tamu.

“Bingo! Big secret inside. Is not it? Haha!” bukannya nak simpati, dia gelakkan aku pula.

“Bagilah balik.” rayu aku sambil meraih laptop yang dia angkat tinggi. Terlompat-lompat jadinya. Bertuahnya dia ni! Arggh! Jom ketuk ramai-ramai boleh?

“Awak tahu tak, tak boleh tau merompak baca hak peribadi orang lain?” kata aku geram.

“Tak tahu.” jawab dia selamba dengan riak yang dibuat-buat.

“Fuh!” aku berhenti dan mengalah. Buat penat aku je.

“There you are..hehe!” kala ini, dia buka lipatan laptop itu dan membaca setiap satu laman sesawang yang aku buka tadi. Tiba-tiba dia terhenti. Riaknya berubah.

“Erggh~ Ulat dalam gigi? Laman web apa Ika buka ni?” soalnya disertai dengan riak geli. Dia hulurkan kembali komputer riba aku.

“Tulah~ lain kali, jangan kacau hak peribadi orang. Faham?! Kan dah kena?” balas aku pandang dia atas bawah setelah komputer riba itu bertukar tangan. Puas hati aku.

“Ermm. Okay!” jawabnya bernada faham yang dibuat-buat. Tu yang aku geram tu. Aku kembali ke sofa. Dia turut serta disebelah aku.

“WHAT YOU READ TODAY IS YOU IN THE FUTURE!” katanya tiba-tiba. serentak itu aku berpaling kearah dia.

“Maksudnya?” soal aku ingin tahu. Pelik pula aku, pasal apa dia cakap ni?

“I think that is the answer of  your question just now.”

“Ergh…” kantoi sudah. Dia dah tahu aku tengah korek pasal dia! Tolong!! Macam mana aku nak lepaskan diri?

“Ish! Apa awak cakap ni? Soalan apa pula? Apa-apa jelah awak ni..” bohong aku. Tak nak mengaku punya pasal. Selepas itu aku larikan diri ke luar rumah meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga dengan penafian secara tidak langsung dari aku.

“Seriously Syafikah?”

“Yee..eh, bukan awak keluar ke tadi?” jerit aku langgsung mengalihkan topik bual bicara. Tiada balasan dari dia. Tengok-tengok je dia dah ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangan tersenyum. Ceh, ada-ada jelah dia ni. Ceria semacam..

Sebaik keretanya hilang dari pandangan aku, aku masuk semula ke rumah dengan menghempaskan tubuh ke sofa. Fuh! Nasib baik. Tulah kau Ika..kenapa cuai sangat? Aku raup wajah, geram dengan kecuaian sendiri. Aku menoleh kepada komputer riba yang masih terbuka sejak dari tadi. Eh? Sticky note..? Kertas kecil melekat pada LCD skrin komputer riba aku. Pantas aku bangun kemudian mengambil kertas itu.

“Seriously Syafikah…teruskan pencarian Ika tentang Shah kerana itu yang akan menyebabkan Ika jatuh cinta pada Shah kelak ;) Hehe…” satu mesej ringkas yang tercatat diatas sticky note.

Erk!

Aku ambil tempat di sudut terpencil untuk melabuhkan punggung. Bukan sebab tempat duduk dah penuh, tapi aku nak kan privacy. Ceh! Privacy konon. Padahal, kau sengaja nak menyembunyikan diri kan Ika? Haa~ tahu lah kau nak korek pasal Shah tu. Hehe~

Ehem! Memang aku tak puas hati. Siang malam, subuh arab dan petang kepala aku ni asyik mencari solusi ni je..bagaimana dia begitu muda boleh berkata-kata seperti orang dewasa? Kalau nak kata disebabkan kematian ibunya merubah drastik diri dia, agak mustahil tau. Sebab ibunya tu baru beberapa bulan meninggal. Fuh! Aku hembus berat dan spontan kepalaku dijatuhkan ke meja disertai dengan wajah kalah. Ini menimbulkan reaksi pelik pada seorang pelajar perempuan innocent di depan aku. Aku agak dia baru tingkatan satu. Dia angkat ibu jari kanan dan bertanya dengan isyarat. ‘Are you okay?’

“Hee…I am okay.” balas aku dengan isyarat kemudian mengalihkan pandangan ke tempat lain. Fuh malu~

Jangan-jangan sebab…

Aku ketap bibir berfikir dan menimbang logik pada apa yang ada dalam kotak minda aku kala ini. Mungkin juga sebab itu! Tapi…

Aha. Aku terhenti sekejap lalu mengeluarkan beberapa helaian kertas dari beg tangan. Aku duduk tegak. Tengah fokus tu. Haha~

Cepat je mata aku membaca beberapa maklumat tentang Shah di kertas itu. Ops! Jangan tanya aku dari mana aku dapat ini semua. Aku akui, aku memang jahat!! Aku curi maklumat peribadinya dari stor! Huhu~ minta maaf!

Baiklah, memang benar dia lahir tiga tahun muda dari aku. Jadi, andaian aku mengenainya tentang tahun lahir dia sebenarya salah. Yelah, tadi aku ingatkan dia sebenarnya lahir pada tahun sekian-sekian tapi didaftarkan lewat. Namun dari apa yang aku lihat dari bukti-bukti ini, fuh~ punah! Sekali lagi aku jatuhkan kepala ke atas meja. Di kala itu juga budak perempuan depan aku ni sekali lagi kerut dahi pelik dengan tindakan aku. Adoi~ adik, anak, student. Apa-apa jelah~

Sila jangan peduli sangat pasal aku ni haa. Buat kerja sendiri boleh tak? Huhu~ aku ni tengah serabut ni.

Erm…adakah sebab dia ada masuk kelas peralihan dulu? Aku kembali berfikir logik pada persoalan aku. Tak masuk akal Ika oi! Dah dokumen ni kata dia lahir pada tahun 1996! Apa lagi yang kau nak pertikaikan?? Berperang pada diri sendiri jadinya.

Haih! Dari fikir yang bukan-bukan, baik aku balik. Masak! Sekarang ni pun dah jam 4. Shah tak lama lagi nak balik. Huhu~

***

“Ika, jom keluar?” soal suara Shah mengajak dari arah tangga rumah. Aku yang berada di ruang tamu dengan laptop dan kerja sekolah mengangkat muka.

“Saya busy..” jawab aku dengan senyuman tidak ikhlas. Aku masih geram dengan tindakan dia mempermainkan aku tempoh hari! Aku kembali khusyuk meneruskan pencarian aku di web-web tertentu.

“BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MATANG DARI USIA SEBENAR?” wajah aku seperti dilempang laju apabila dengan nada kuat dia membaca apa yang aku taip di kotak google search engine. Aku cepat-cepat tutup laptop. Macam mana aku tak boleh perasan dia dah ada di belakang aku???

“Heee~” aku pantas berpaling ke belakang dengan sengihan.

“Apa tu?” soal dia pelik terus melabuhkan punggung ke sebelah aku.

“Takde pape..” balas aku berdolak dalih. Aku angkat laptop itu ke pangkuan aku.

“Let me see.” katanya lalu terus merampas laptop itu dari pelukan aku.

“Shah!” spontan aku menjerit membuntang mata kerana tindakannya.

“Awak! Baik awak bagi balik laptop tu. Saya tengah marah ni.” aku cuba merebutnya kembali namun dia laju melarikan diri pusing keliling meja kopi ruang tamu.

“Bingo! Big secret inside. Is not it? Haha!” bukannya nak simpati, dia gelakkan aku pula.

“Bagilah balik.” rayu aku sambil meraih laptop yang dia angkat tinggi. Terlompat-lompat jadinya. Bertuahnya dia ni! Arggh! Jom ketuk ramai-ramai boleh?

“Awak tahu tak, tak boleh tau merompak baca hak peribadi orang lain?” kata aku geram.

“Tak tahu.” jawab dia selamba dengan riak yang dibuat-buat.

“Fuh!” aku berhenti dan mengalah. Buat penat aku je.

“There you are..hehe!” kala ini, dia buka lipatan laptop itu dan membaca setiap satu laman sesawang yang aku buka tadi. Tiba-tiba dia terhenti. Riaknya berubah.

“Erggh~ Ulat dalam gigi? Laman web apa Ika buka ni?” soalnya disertai dengan riak geli. Dia hulurkan kembali komputer riba aku.

“Tulah~ lain kali, jangan kacau hak peribadi orang. Faham?! Kan dah kena?” balas aku pandang dia atas bawah setelah komputer riba itu bertukar tangan. Puas hati aku.

“Ermm. Okay!” jawabnya bernada faham yang dibuat-buat. Tu yang aku geram tu. Aku kembali ke sofa. Dia turut serta disebelah aku.

“WHAT YOU READ IS YOU IN THE FUTURE!” katanya tiba-tiba. serentak itu aku berpaling kearah dia.

“Maksudnya?” soal aku ingin tahu. Pelik pula aku, pasal apa dia cakap ni?

“I think that is the answer of  your question just now.”

“Ergh…” kantoi sudah. Dia dah tahu aku tengah korek pasal dia! Tolong!! Macam mana aku nak lepaskan diri?

“Ish! Apa awak cakap ni? Soalan apa pula? Apa-apa jelah awak ni..” bohong aku. Tak nak mengaku punya pasal. Selepas itu aku larikan diri ke luar rumah meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga dengan penafian secara tidak langsung dari aku.

“Seriously Syafikah?”

“Yee..eh, bukan awak keluar ke tadi?” jerit aku langgsung mengalihkan topik bual bicara. Tiada balasan dari dia. Tengok-tengok je dia dah ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangan tersenyum. Ceh, ada-ada jelah dia ni. Ceria semacam..

Sebaik keretanya hilang dari pandangan aku, aku masuk semula ke rumah dengan menghempaskan tubuh ke sofa. Fuh! Nasib baik. Tulah kau Ika..kenapa cuai sangat? Aku raup wajah, geram dengan kecuaian sendiri. Aku menoleh kepada komputer riba yang masih terbuka sejak dari tadi. Eh? Sticky note..? Kertas kecil melekat pada LCD skrin komputer riba aku. Pantas aku bangun kemudian mengambil kertas itu.

“Seriously Syafikah…teruskan pencarian Ika tentang Shah kerana itu yang akan menyebabkan Ika jatuh cinta pada Shah kelak ;) Hehe…” satu mesej ringkas yang tercatat diatas sticky note.

Erk!
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 34 ]

“Tek!” bunyi jari dipetik dihadapan mata membuatkan aku terkejut serta-merta. Aku angkat wajah.

“Ohh...awak.” Cikgu Imran berdiri disisi sebelah kanan justeru melabuhkan punggung dihadapan aku.

“Apasal? Termenung jauh nampak?” tanya dia sedikit tersengih dengan tingkah aku.

“Takde...” nafi aku. Memang pun, sebab aku bukannya termenung. Ni ha, tengah menyibukkan diri mencuri dengar hal mengenai Shah. Fuh~

“Sebab tu?” soal Cikgu Imran sambil menjuih mulut ke arah beberapa teman sekolah Shah. Aku senyap tunduk wajah. Tidak mengiyakan dan tidak menafikan soalannya.

“Shah tu...” tanpa sengaja aku sebut nama Shah. Apabila sedar, aku berhenti.

“Hem?”

“Eh, takde pape. Hehe..”

“Mana awak pergi eh? Lama tak nampak?” aku alihkan perbualan.

“Kursus!” jawab dia ringkas. Senyuman dia mekar dibibir.

“Ohh ye ke...patutlah sejak akhir-akhir ni kerusi awak kosong je..”

Dia tertawa. Agaknya kata-kata aku itu membuatkan dia geli hati.

“So? Macam mana dengan ujian bulanan kimia pelajar baru-baru ni? Ada perubahan? Peningkatan?” soal aku kepada dia mengenai prestasi pelajar kimianya sebab tempoh hari, dia ada kongsi kerisauannya pada aku pasal perkembangan pelajar dia mengenai subjek kimia.

“Alhamdulillah, ada kemajuan setakat ni..” jawab dia.

“Kalau dikekalkan semangat dan ditingkatkan usaha, insyaAllah boleh maju lagi kedepan!” ujar dia menyambung kata-kata. Ada semangat pada kata-kata dia kali ini.

“Alhamdulillah...dan inshaAllah, sama-sama kita doakan..” aku turut sama meraih kegembiraannya. Bertuah anak murid memiliki seorang guru yang berdedikasi seperti Cikgu Imran. Penyayang dan amanah pada tugasnya. Mudah-mudahan bukan sahaja anak muridnya, bahkan keseluruhan pelajar disini tidak mensia-siakan ilmu yang disampaikan oleh guru kepada mereka.

“You?”

“Hurmmm...keputusan memang okay, cuma belum mencapai standard yang saya nak....tak macam bulan-bulan lalu..” balas aku sedikit kesal dengan keputusan ujian sejarah pelajar aku kali ni.

“Okay tak dengan markah 75 peratus sebagai markah paling tinggi sejarah?” soal aku meminta pendapat darinya.

“Sejarah..with 75 persen as highest marks. You should ask someone to find your answer. Not me! Hehe!” katanya mula berbahasa English. Almaklumlah, ajar subjek kimia.

“Ohh..gitu pulak?” aku kerut dahi bingung dengan jawapannya.  

***

Aku terhenti sekejap memberi penerangan kepada pelajar mengenai sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia kerana adanya mesej yang masuk ke dalam inbox message handphone aku. Baru sekarang dia balas ye? Dari tadi aku tunggu.

“Assalamualaikum Ika, datang ke office Shah lepas balik dari sekolah nanti ya?” apa? Dia langsung tak menjawab soalan aku!

“Jawab soalan saya tu dulu, baru melencong pada cerita seterusnya. Okay? -_-.” balas aku.

“Okay, okay..Ika datang office dulu. Baru Shah beritahu. Okay ;)?” Fuh! Geramnya aku. Dia memang sengaja memancing aku pergi ke tempat dia.

“Ok!” tanpa fikir panjang, aku terus membalas dengan kenyataan setuju kerana minda aku masih dengan subjek sejarah ni! Huhuh~

Mulut aku kembali bising dengan memberi penerangan pada pelajar aku. Pening jugak kepala aku pasal benda ni. Satu fakta yang hanya perlu difahami sahaja. Aku dah kata, jangan hafal! Hafal sikit je sebab benda ni kalau difahami lagi besar impak baik yang kita dapat. Tapi itupun pelajar aku tak nak dengar! Sabar je lah..

Dahlah aku rasa letih ya amat. Huhuhu..dapat pula pelajar-pelajar yang paling istimewa. Student bertuah!

“Baiklah, sekarang cikgu nak bagi keputusan ujian sejarah kamu baru-baru ni...” sebut je keputusan ujian. Semua pelajar masing-masing pakat berpeluh. Fuh! Nampak sangat dia orang ni tak ready dengan ujian tu. Adeh..

“Markah paling tinggi 75 peratus je..susah ke soalan yang cikgu bagi?”

“Susahlah cikgu...” jawab salah seorang dari mereka.

“Yeke...?” kala ini aku sudah mengeluh kecil, bingung dan risau. Susah sangat ke? Hem..lepas ni nak menjawab pada pengetua lagi..argh! Apa aku nak jawab pasal ni..huhu.

Tamat waktu kelas aku, aku segera ke bilik guru untuk mengemas meja dan beg galas aku. Almaklumlah, dah tamat sesi persekolahan.

“Cikgu Syafikah!” laungan satu suara dari belakang aku. Kepala aku terus dipusing. Aku tersenyum. Cikgu Imran dengan buku teks kimia ditangan. Agaknya dia juga baharu saja menamatkan kelas dia.

“Ohh..dah nak balik?” soalnya apabila menyedari aku sudah bersedia untuk keluar dari bilik guru itu.

“A’ah..ada hal sikit hari ini.” jawab aku.

“Oh yeke?” riaknya seperti ingin mengatakan sesuatu.

“Kenapa? Kita ada tugas lain ke hari ini?” soal aku justeru ke papan kenyataan bagi memastikan agenda kerja hari ini.

“Eh takdelah..”

“Oh, kalau macam tu saya balik dulu.”

“Okay!” balasnya. Selepas tu aku terus tinggalkannya. Apa yang dia nak tadi eh? Macam ada sesuatu. Aku pusingkan tubuh ke belakang, dia masih berdiri memerhatikan aku dari jauh.

***

“Awak, mana bangunannya ni? Saya dah lama pusing-pusing dekat kawasan sini tapi masih belum jumpa. Hujan ni..” aku bertanya di talian. Dalam suratkhabar, ‘bising’ pasal syarikat arwah ibu mertua yang makin naik sebelum ni. Tapi aku tak pernah tahu dimana letaknya bangunan itu. Tak pernah ambil pusing pun. Manalah aku tahu kut-kut anak tunggalnya tu jadi suami aku pulak! Aku tak bersalah tahu tak? Huhu.

“Park dekat mana-mana parking kosong, nanti Shah ambil Ika eh..” macam biasa, lembut saja suara itu di hujung talian.

Aku terus memarkirkan kereta ke kawasan yang berhampiran. Aku mengambil payung yang berada di tempat duduk penumpang dan terus dibuka setelah keluar dari kereta. Aku ke tempat yang berhampiran dan agak terbuka agar dia mudah mengesan keberadaan aku.

Isk! Sejuknya..dahlah lebat. Aku pandang pada langit. Hitam!

Tidak lama aku berdiri disitu, bibir aku mekar dia muncul dihadapan aku dengan sebuah payung.

“Jom..” ajak dia. aih? Lain macam je dia ni. Tadi bukan ke dia lembut bukan main? Sekarang ni lain pula. Penat agaknya? Aku menebak ketika melihat pada wajah dia. Hemm..

Aku mengekori dia dari belakang. Waah! Nampaknya syarikat milik mereka ni dah makin maju. Aku pandang keliling apabila masuk ke sebuah bangunan.

“SHARAIDAH GROUP.” Aku patut sudah tahu dari awal lagi dimana tapak bangunan syarikat mereka ni sebab nama syarikat ni besar gedabak terpampang didepan pintu masuk! Adehh..sebab kau pintar yang amatlah kau tak jumpa Ika!

Kami kemudian melalui satu ruang pejabat. Kelihatannya semua staff sedang sibuk dengan kerja mereka. Ada juga mata-mata yang melirik ke arah aku dan Shah. Pandangan yang cukup pelik pada aku. Agaknya  mereka fikir aku ni pekerja baru?

“Lunch time?” seorang staff perempuan menegur dia yang berselisih dengan kami.

“Thanks. But not today.” jawab Shah ringkas. Dia sedikit memaparkan senyuman pada staff dia. Aku terfikir sejenak, Shah begitu muda. Boleh ke dia galas tanggungjawab dia sebagai pembantu pak ngah. Hemm..barangkali dia masih dalam proses belajar. Nasib baik juga syarikat ini diterajui oleh pak ngah. Kalau tak, apa yang berlaku?

“Oh yes, just tell them not to disturb us for awhile.” ujar Shah kepada staff itu. Agaknya setiausaha dia. Aku tebak je. Wajah orang itu jengkel melihat aku disebelah Shah. Aku kerut dahi naik hairan namun aku abaikan begitu sahaja perasaan itu.

Kami masuk ke bilik pejabat yang tertutup rapat. Setelah dibuka, bulat mata aku. Bertimbunnya kerja! Kerja apa yang dia buat sampai begini banyaknya? Aku bermonolog setelah melihat pada meja kerja yang sarat dengan fail-fail kerja. `Dia menutup rapat kembali bilik pejabat dia. Aku kaku berdiri di satu sudut. Tanpa kata dia terus melabuhkan punggung ke sofa seraya sandarkan tubuh.

Eh? Mata dia dipejam rapat seolah-olah melepaskan lelah.

“Ergh...awak..awak okay?” soal aku segan. Tujuan utama aku ke pejabat itu dilupakan sekejap. Aku membuka langkah dan menghampiri dia.

“Emm..” jawapan dia ringkas. Mata masih rapat. Aku curiga. Dia sakit ke? aku terus melabuhkan punggung ke sisi dia. Jari aku automatik memegang dahi dia.

“Ya Allah, awak demam ni!” dia masih diam. Jari aku turun ke leher dia pula. Panas!

Aku bingkas dan bergegas ke bilik air membasahkan sapu tangan yang ada di poket baju kurung aku. Aku kembali semula ke sofa. Dia kini sudah terlentang diatas sofa dengan tangan kanan diletak di dahi. Aku lap-lapkan leher dia kemudian terus melekapkan sapu tangan yang basah itu ke dahi dia. Hemm..kesian pula aku tengok dia.

Aku labuhkan punggung di sofa atas kepala dia. Melihat dia tidak begitu selesa dengan keadaannya, perlahan-lahan aku angkat kepala dia dan diletakkan sempurna ke ribaan aku. Entah kenapa hati aku tergerak untuk berbuat demikian. Kepala aku dipaling kembali ke meja pejabat dia. Kalaulah aku reti nak buat kerja tu, nak jugak aku tolong.

Aku buang pandangan di luar bangunan..hujan masih lebat. Isk~ mengantuk pulak aku. Nasib baik jugak, aku sudah sempurnakaan solat zuhur aku sebelum datang ke sini. Kalau tak, bertepuk tangan syaitan dan iblis pada aku. Huhuhu..

Belum sempat aku lelapkan mata, Shah cuba bangun.

“Eh, awak nak ke mana ni?” soal aku menahan tubuh dia dari bangun. Dengan dahi yang berkerut menahan sakit, dia tetap bangun.

“Nak ke tandas..” jawab dia lemah. Langkah dia lemah menghampiri pintu tandas. Dia ok ke tak ni? Aku mulai risau dengan keadaan dia.

“Nak saya tolong?” soal aku yang sudah berdiri di belakang dia.

“Takpe....” jawab dia ringkas. Aku ketap bibir. Degil!

Aku bersandar pada dinding tandas menanti dia keluar. Agak lama. Risau aku dibuatnya. Yelah, kang pengsan..jenuh juga tau nak angkat dia! Kenapa lama sangat? Jangan-jangan dia pengsan tak? Pelbagai andaian di fikiran aku. Nak je aku terbalikan pintu tandas ni ha. Nak pastikan dia sama ada dia okay ke tak. Iskk..

15 minit selepas itu dia keluar.

“Awak okay ke tak ni? Kita ke klinik nak?” aku pusing ke kiri dan kanan dia meminta persetujuan.

“Tak perlu..Shah dah ok sikit..” jawapan sangat ringkas.

“Tapi pasal apa lama sangat dalam tandas tadi?” dahi aku berkerut.

“Tertidur!” erk?? Sempat lagi tidur? Buat aku risau je dia ni.

Dia labuhkan tubuh terus ke sofa. Serba salah aku dibuatnya. Seolah-olah apa yang aku buat, semuanya serba tak kena!

“Awak nak makan panadol? Saya ada stok dekat kereta..” ujar aku mendekati dia.

“Tak..”

“Habis tu?” aku makin bingung. Susah aku nak fahami dia ni.

“Tolong ambilkan air 100plus dekat peti sejuk tu..” arah lemah. Serta-merta mata aku mencari kelibat peti sejuk yang dimaksudkan.

Bulat mata aku bila pintu peti sejuk itu dibuka. Banyak sungguh stok minuman 100plus dia. Dia ni peminat minuman ni ke? Dahi aku berkerut seraya paling sekilas ke belakang melihat dia. Aku kembali kepada dia selepas mengambil sebotol minuman dan gelas di tangan.

“Awak nak minum sekarang?” aku bertanya. Tindakbalas dia hanya mengangguk. Selepas menuang air minuman itu, dia mencelik mata dan terus minum sebaik mengambil gelas itu dari tangan aku. Berselera sungguh! Seolah-olah dah seminggu tak minum. Sangat haus. Isk..

“Panadol tak baik untuk kesihatan..” kata dia tiba-tiba. tubuh aku terundur sedikit. Apa taknya, tiba-tiba cergas bercakap. Demam entah kemana?

“At least, minuman ni mengembalikan tenaga yang hilang..dia ada garam mineral!” ujar dia menyambung. Ish-ish-ish...dari minum ni, baik minum air kosong. Kalau nak rasa air elektrolit original, aku boleh buatkan! Apa dia ingat, aku tak pandai sains ke? Haha! Puji diri sendiri. Aku mula mengingat-ingat cara-cara membuat air elektrolit itu. Setengah sudu teh garam dan segelas air. Gitu ke? pandai sainslah sangat! Hehe..

“Duduklah dekat sebelah sini..” ajak dia sedikit tersenyum. Tangan dia ditepuk-tepuk pada tilam sofa. Aku yang memang sedia bingung turutkan saja.

“Tumpang kejap..” tutur dia seraya melabuhkan kepala dia di ribaan aku. Senyuman dia lebar. Mengada-ngada betul lah dia ni! Mata aku sudah sepet merenung dia. Dia mengangkat kening beberapa kali pada aku. Perli aku? Aku pegang dahi dia, masih panas jugak! Kalau tidak, aku dah lama humban dia ke lantai! Isk..

“Wangi..” ujar dia menambah nakal. Aduh geram sungguh aku dengan dia ni!

“Dah siiihaaattt???” aku besarkan mata bertanya. Bibir pula dicebikkan.

“Kalau dah sihat....” aku suruh dia bangun dengan isyarat tangan. Memandai!

“Aduhh~ sakit. Kepala ni berdenyut-denyut!” ujar dia tersengih sambil tangan elok memegang-megang dahi. Entah betul ke tak dia sakit kepala. Pening aku dengan perangai dia ni. Huh~ sabar jelah..

Tidak lama itu, dia tertidur kembali. Aku menatap pada redup wajah dia. Perlahan-lahan aku membelai rambut dia yang lurus. Makin lama aku tenung..ada rasa yang sukar aku pastikan apakah ia.....

Lamunan aku belum jauh, tiba-tiba pintu bilik pejabat Shah dia buka dari luar. Aku terus berpaling pada daun pintu.

Afif!? Aku sedikit tersentak. Ternyata dia juga sedikit terkejut dengan keberadaan aku di bilik itu. Eh? Kenapa pula Afif boleh kerja dekat sini? Bukan ke dia ambil jurusan yang sama dengan aku?? Shah pula terus mencelik mata sebaik menyedari ada seseorang yang masuk di bilik itu. Dia seraya bangun dan duduk di sofa.

Afif yang kelihatan bengang terus ke meja kerja Shah mencari sesuatu.

“Shah, dekat mana kertas cadangan untuk projek terbaru tu?” soal dia terburu-buru tanpa berpaling pada kami. Agak-agak lah sikit, Shah tu kan demam..

“Ohh..kejap.” jawab Shah pula lalu bingkas mendekati Afif. Setelah lama mencari, akhirnya buku setebal seinci itu ditemui dan kini sudah di tangan Afif. Dia kelihatannya membaca sekilas kertas cadangan itu. Aku sedar, dia sekali-sekala menoleh pada aku.

“Yang ni dia sudah tahu?” soal Afif sambil jari dia memegang pada sekeping kertas kecil pada Shah. Aku terus berpaling kepada mereka berdua. Benda apa yang dikata? Aku tertanya-tanya. Shah sekilas pandang aku dengan pandangan serba salah.

“Belum..” jawab dia ringkas. Sebenarnya apa yang aku tidak tahu? Pelbagai persoalan yang menerjah pada benak aku.

***

Haih~ nampaknya aku terpaksalah jadi driver dia malam ni. Memandangkan, dia sendiri pun belum berapa pulih dari demam. Aku beri cadangan bawa dia ke klinik, dia tak nak. Jadi apa yang aku boleh buat adalah....jadi driver tidak bertauliah dia malam ni! Kereta dia, dia tinggalkan dekat office.

“Ika singgah Seven Eleven ye..” dia tiba-tiba bersuara di sebelah aku. Nak kata ya, aku tak sebut. Kata tidak pun aku tak sebut. Cuma mengangguk je.

Aku ke parkir yang betul-betul berhadapan dengan kedai Seven Eleven. Dia turun dari kereta dan teruskan kaki ke kedai. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke perut kereta. Aku terus menggerakkan kereta setelah pasti urusan dia di situ habis.

“Kita berhenti di satu tempat lapang..” dia tersenyum. Aku tak pandang dia terus. Tapi menurut anak mata aku, dia sedang memerhati aku.

“Kenapa?” ingin tahu, sebab tu aku tanya dia.

“Makan!” jawab dia sambil kedua-dua belah tangan dia memegang dua cawan meggie. Aku bulat mata seraya berkerut. Aku ingatkan selama ini dia tak makan makanan segera. Kenapa aku fikir macam tu? Sebab peti ais penuh dengan makanan basah. Tiada namanya KFC, MCD dan sebagainya! Dia suka makan dekat rumah... tengoklah, masa sakit pun bukan reti telan panadol. Kalau aku, pening sikit dah telan 2 biji. Heheh...

Aku memberhentikan kereta di satu tempat lapang. Malam yang agak tenang. Bintang dan bulan berinteraksi sesama sendiri. Aku dan dia terus keluar dari perut kereta dan melabuhkan punggung di sebuah bangku panjang. Agaknya tempat biasa untuk orang singgah berehat kot sebab tu ada bangku ni dekat sini. Aku berfikir-fikir.

“Ika mesti suka meggie kari kan? Nah~” dia hulurkan terus meggie yang sudah dituang air panas masa di kedai Seven Eleven tadi. Macam mana dia tahu eh? Sedar kerana aku lama pandang raut wajah dia, aku cepat-cepat buang pandangan jauh sebelum dia sedar dengan tingkah aku.

“Ohh...” tanpa banyak kata, aku terus sambut dari tangan dia. Ditangan kiri dia mengenggam secawan meggie  berperisa ayam. Perlahan-lahan dia memasukkan sesudu meggie kemulut. Aku juga sama.

“Tapi..makanan pedas ni, jangan amalkan selalu. Nanti sukar nak dapat anak! Betul tak Puan Syafikah?” aku buntang mata seluas-luasnya. Hampir nak tersembur kembali ke cawan meggi makanan yang sudah hampir melepasi anak tekak aku. Apa hal pula dia sebut pasal anak time macam ni? Huhu..

Dia kelihatannya tertawa bahagia dengan kata-kata dia tadi. Aku pula sebaliknya. Bukan saja geram..nak je aku silat dia jauh-jauh.

“Ika ingat tak dulu, masa kita first time jumpa?” dia mula membuka mulut setelah beberapa minit kami menyepi antara satu sama lain.

“Erh?” aku terus berpaling pada dia.

“Ingat..!” jawab aku dengan nada menekan pada ayat itu. Dia terhenti menyuap meggie ke mulut kerana tertawa.

“Awak ni.....popular jugak ye?” tanya aku sekilas berpaling. Entah kenapa ayat itu keluar dari mulut aku. Tapi aku tak kisah. Bukan ada niat jahat pun aku tanya pasal tu.

“Orang dah minat...macam mana nak tolak kan???” jawab dia mengangkat kening.  Aku pandang dia atas bawah. Amboi, bangga nampak? Berbulu jugak telinga aku ni dengar.

“Jealous?” soal dia seperti sengaja provoke aku. Kali ini dia sudah meletak cawan meggie itu di tepi kerusi seraya menyandar tubuh pada bangku panjang itu.

“Tidak pun!” jawab aku spontan. Meggie itu segera aku habiskan. Aku berfikir sejenak..

“Shah...kita ni kawan kan?”

“Kawan?” dia kerut dahi pelik.

“Bukan suami isteri ke?” tanya dia tersenyum nakal.

“Haiya awak ni! Whateverlah...” dia ni, hari tu bukan dia sendiri yang suruh aku anggap dia kawan ke? Aku cebik bibir senyap-senyap membalas tingkahnya yang berubah-ubah mengikut kehendaknya.

“Boleh saya tanya sesuatu?” soal aku bepaling pada dia. Bibir sudah diketap menahan segan.

“Em? Tanyalah..” jawab dia lembut.

“Er......kenapa ye, awak kahwin dengan saya? Awak tak kenal saya, umur saya lebih tua dari awak...saya guru sekolah awak......awak tak terfikir ke?” aku soal dia terhenti-henti. Benda ni yang aku tanya dia di perang mesej tadi. Tapi dia tak jawab sepatah! Aku segan nak tanya, tapi jujur..aku nak sangat tahu!

“Kenapa pula tak kenal?” pantas dia menjawab.

“Bila masa pula awak kenal saya?” balas aku pelik dengan kenyataan dia.

“Malam tu!” rata mata aku dengan jawapan paling ringkas dia.

“Amboi~ tak kan pasal malam tu pun awak nak ambil sebagai satu sandaran untuk berkahwin dengan saya?” bebelan aku membuatkan dia tertawa lagi. Fuh!

“Adakah sebab awak ada sahut cabaran dari kawan-kawan awak yang awak nak kahwin dengan saya? Tahulah budak-budak sekarang, suka cabar-mencabar..” aku berseloroh. Dia pula tersentak serta-merta mata dia dibulat besar toleh aku. Apa pula ni? Aku ada tersalah cakap ke tadi?

“Hey, look at me...Ika nampak Shah masih budak-budak ke?” Alamak...serius je dia. Nampaknya perkataan budak itu yang dia highlight rupanya. Dia pusingkan tubuh aku menhadap dia. Alamak~ gugurlah jantung aku kali ini!

“Sorry, saya tersasul!” aku cepat-cepat minta maaf pada dia. Aku akui dia nampak matang dari usia sebenar dia tapi hakikatnya? Dia masih berusia 19 tahun! Aku sebenarnya malas nak bergaduh dengan dia sebab tu aku cepat-cepat minta maaf.

“Heh, tahu takut.” perli dia. aku membetulkan kembali kedudukan aku yang asal. Aku pandang dia atas bawah. Geram pulak aku.

“Kalau Shah dengar lagi ayat tu, nampaknya terpaksa jugalah kotakan janji waktu sebelum kahwin dulu!” riak aku sudah pasti berubah 180 darjah.

“Janji apa pula?” dahi aku dikerut. Pandangan aku pelik pada dia yang sudah tersenyum lebar. Nakal!

“Kena buktikan dulu kot, untuk mengetahui sama ada Shah layak digelar suami atau budak!” nada dia menekan pada ayat budak. Seolah-olah dia geram sangat dengan ayat itu. Sudah pastinya mata aku terbuntang luas dengan kata-kata dia. Perlahan-lahan aku telan liur. Pandangan aku jengkel dan menjarakkan sedikit kedudukan kami. Manalah tahu dia ni tiba-tiba jadi harimau. Naya aku!

“Tapi bukan sekarang. Jangan risau...”

“Sebab tu jangan cuba-cuba nak jolok sarang tebuan! Padah akibatnya nanti. Lebih-lebih lagi status Ika sekarang ni..H.A.L.AL!” cepat betul dia bergerak berdiri dihadapan aku. Tubuh dia direndahkan dan kedua-dua lengan dia pula disandarkan pada sandaran kerusi mengunci tubuh aku dari melakukan sebarang perggerakan.

“Macam mana?” tanya dia apabila wajah di dirapatkan kewajah aku. Cemas dan cuak. Dia betul-betul serius dengan kata-kata itu.

“Eih, pergi main jauh-jauhlah!” serta-merta aku tolak tubuh dikala rasa nafas dia betul-betul berlaga dengan nafasnya. Ya Allah, rasa nak terloncat jantung aku. Apa yang dia nak cuba buat tadi??

Dia terundur dua langkah sambil tertawa dengan ketakutan aku pada dia. Berani dia cuba buat macam tu. Dia ingat aku ni bahan uji kaji dia ke?

“Dahlah, jom balik!” hilang pula mood aku nak bercakap dengan dia. Seraya aku mengangkat punggung cuba mendahului dia ke kereta.

“Ika, janganlah macam tu...I’m so sorry, Shah gurau je..please!” laju dia merentap tangan aku agar aku membatalkan niat ke kereta. Aku cebik bibir pandang dia. Tahu pula dia minta maaf..

“Please, duduklah balik.” aku ditarik kemudian memimpin aku kembali ke kerusi itu. Eigghh! Kalau ikut hati aku..nak je aku tinggalkan dia.

“Berbalik pada soalan Ika tadi...” dia labuhkan punggung. Dia tersenyum lawa. Mata dia terus ditenung pada kerlipan bintang. Cepat betul dia berubah mood. Hairan aku.

“Sebab Shah ingin rasa tenteram.” jawab dia pendek. Tenteram? Pelik...

“Maksud awak?” soal aku pula inginkan gambaran yang lebih jelas.

“Surah Ar-Rum Ayat 21. And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought. Sebab itu Shah nikahi Ika. Kerana Shah ingin curahkan rasa kasih dan sayang ini kepada kepada pasangan yang halal. Kerana ingin kita sama-sama rasa bahagia dan tenteram dalam hubungan ini...” terang dia. Spontan mata aku terkebil-kebil. Mulut hampir ternganga. Melihat pada tingkah aku yang terdiam, dia kembali bersuara.

“Jika kalimat itu susah untuk difahami, ini alasan Shah yang lain..” sambung dia lagi.

“Ika tahu kan, ada satu masa...zaman remaja kita akan sedar bahawa satu hari nanti kita akan berumahtangga?” aku diam memasang telinga.

“Begitu juga Shah...Shah sedar, satu hari nanti Shah akan bergelar suami kepada seorang wanita. Jadi kesedaran itu membawa kepada satu pencarian. Mencari jodoh yang sesuai! Bermula dari saat itu..Shah buat solat istikharah, Solat tahajud, solat Hajat dan solat sunat-sunat lain..setiap hari! Memohon agar Allah meringankan jodoh. Agar Allah memberikan jodoh yang sebaik-baiknya. Menolak soal tua atau muda..tanpa mengenal erti gelaran atau status...Dan akhirnya, I know she is you..my wife. Itulah sebab Shah kahwin dengan Ika..” kali ini aku sudah terkalih pandang pada dia. Biar betul dia buat macam tu. Ke sengaja nak memancing aku melalui kata-kata dia tadi?

“Besides...when I met you for the first time....I falling in love with you. That’s why I keep asking you, masih relevan tak cinta pandang pertama? Wujud tak cinta pandang pertama zaman ini..?”

Kepala aku terhenti bekerja.....adakah betul? Dia merenung jauh ke dalam mata aku. Aku pula sudah kaku..mencari kata-kata yang sesuai sebagai pelindung kepada hati yang gemuruh agar dia tidak dapat baca apa yang bermain di benak aku.

“Macam mana? Cair tak???” mata dia dikenyitkan. Aku tersentak seraya membulat mata.

“Cis!!” aku mencebik seraya pandang dia atas bawah. Ingatkan betul!

“Eihh! Dahlah..jom balik!” aku terus mengangkat punggung. Geram sangat sebab aku tanya serius tadi, dia pulak mempermainkan aku.

“Ika tunggulah.....” ujar dia seraya tangannya memaut pinggang aku agar duduk kembali. Dan melepaskan tangan setelah aku labuhkan punggung ke bangku itu semula.

“Dah lewat ni..” kecil saja suara aku.

“Jika kata-kata Shah tadi itu benar.....from now on, will you fully accept me as your husband?” soal dia serius tapi tenang. Dia tatap mata aku semahunya. Aku terpamit dan aku tiba-tiba kosong..

“Er....”

“Alamak! Dah 11 malam dah ni...jom balik!” aku terus mengangkat punggung dan  membolos ke perut kereta. Dia masih termangu duduk di bangku itu merenung jauh. Dia nak jugak aku jawab ke? Fuh~aku menghela nafas berat. Tidak lama kemudian, aku nampak dia mengemas bekas makanan yang kami makan tadi dan dibawa terus masuk ke dalam kereta.

Melihatnya diam dan tidak berceloteh seperti selalu, aku turut diam melayang fikiran pada perstasi pelajar aku. Aish! Kenapa aku risau sangat ni?

Sampai dirumah, kami masih dengan keadaan yang sama.

Jawapan aku pada dia......

Aku belum bersedia untuk menerima dia...kerana aku masih tidak yakin....

Namun hakikatnya kalaupun aku tolak dia...walaupun aku tak boleh terima dia....dia tetap suami aku...dia sudah sah sebagai suami aku. Apa lagi yang aku boleh buat untuk menukar status aku kepada dia melainkan berdoa agar Allah bukakan hati aku? Tapi perkara ini..aku tak luah pada dia..

Erggh! Abaikanlah. Aku membalut seluruh tubuh aku dengan conforter. Zz ...

“Jangan lupa, minggu depan ikut Shah cuti-cuti Malaysia...” tiba-tiba dia bersuara. Aku terus pusingkan tubuh menghadap dia dari jauh. Matanya sudah tertutup rapat...biar betul dia nak bawa aku bercuti? Mengigau ke apa? Tiba-tiba je..kenapa tak beritahu aku awal-awal? Kalau aku ada program dekat sekolah macam mana? Isk..dia ni. Selalu buat aku kelam-kabut. Tanpa menjawab sepatah kata, aku kembali kepada posisi aku tadi dan lalu menutup mata..

Eh? Tapi dekat mana eh?? Antara dunia realiti dan mimpi, persoalan itu bermain di minda aku..

Aku berusaha untuk lelapkan mata tapi tidak berjaya..minda aku kembali mengingatkan pada kata-kata dia di bangku rehat itu tadi. Emm...aku belum pernah lagi jumpa dengan orang yang seperti dia. Betulkah masih wujud orang yang macam dia sekarang ini?...awal remaja dah buat istikharah untuk jodohnya? Bagi aku, dia sangat pelik! Tapi..jawapannya itu, membuatkan aku begitu terusik...aku suka dengan kalimah itu..aku suka dengan apa yang dituturkannya..
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 33 ]

Suasana riuh di rumah nenek jelas dengan kehadiran sanak saudara. Nenek sibuk dengan melayan saudara maranya. Maklumlah dah lama tak bersua. Saat inilah masanya peluang untuk bertanya khabar masing-masing. Sesi berkenalan juga ada. Akulah tu! Yelah, aku ni kan orang baru masuk keluarga ni. Mak ngah pula sibuk memasak. Aku? Cuci piring je. Aik? Dari awal hingga akhir cuci piring je tugas aku. Hehe..

Derai tawa golongan lelaki kadang-kadang memecah hening suasana. Aku agak pelik, apalah yang dicerita sampai tawa boleh sampai dekat dapur ni? Mereka pula berada di luar rumah. Sesekali aku mengintai kelibat Shah sebab dari tadi aku tak nampak-nampak dia. Tengah berbual dengan saudara mara dia kot? Dan tepat telaan aku, masa aku masuk ke ruang tamu..aku nampak dia bersama sepupu-sepupu perempuan dia bercerita. Hem? Eh? sepupu perempuan? Isk..aku tak jealous lah! Mustahil!

Aku duduk bersimpuh di satu sudut menghilangkan penat. Tawa manusia-manusia masih kedengaran. Aku buat tak tahu saja. Shah dengan sibuk melayan sepupu-sepupu dia tu. Takpelah, mungkin lama tak duduk bersembang kan? Ceh~ macam nak mengharapkan sesuatu je..

“Kau rasa, anak lelaki arwah ni sama macam dia orang jugak ke?” seorang makcik lebih separuh umur tiba-tiba bersuara dikumpulan mereka. Walaupun suara mereka kecil, aku masih dapat menangkap setiap kata-kata yang keluar.

“Sama macam mana pulak ni?” kawan sebelah dia bertanya maksud sebenar apa yang dikata tadi.

“Ishhh kau ni, kau tak tahu ke? Keluarga dorang ni memang berkemampuan tapiiii...............tu lah, dari keturunan yang tidak subur!”

Amboi makcik Bedah, Limah..berbulu aku dengar. Mengumpat je kerja kau orang yer? Tak pasal-pasal aku luaskan pendengaran telinga aku. Isk..

Kes-kes macam ni, kalaulah aku tak sabar..dah aku cili satu-satu mulut sesiapa yang suka sangat mengumpat pasal orang ni. Eihh...jangan salah faham, aku tak ganas okay? Cuma konon-konon je tu.

Aku pandang Shah, dia diam tundukkan kepala. Jangan-jangan dia dengar suara-suara sumbang tadi tak? Dia angkat muka..mata kami berlaga. Aku positive dia hiba. Mata dia nampak sedih..isk

Beberapa minit kemudian, dia angkat kaki. Entah kemana, aku pun tak tahu..

Aku paling pandangan pada kumpulan makcik-makcik celupar tu. Insaflah makcik oi, rumah kata pergi..kubur kata mari. Dah lebih separuh umur dah pun! Atau memang macam ni ke adat orang berkumpul ni? Mesti ada adegan mengumpat? Iskk..

Rasa berdesing pulak telinga ni. Lagi lama aku duduk sini lagi berasap telinga aku ni. Lepas satu cerita, cerita orang lain lagi dibuka. Haih~

Aku segera angkat kaki dari situ. Terlebih dahulu aku meminta izin dari mak ngah untuk berehat sebentar di bilik. Manalah tahu dia tercari-cari aku kan? Bak kata orang, assistance manager takde..

Tanpa mempedulikan manusia-manusia di sekeliling aku, aku terus pusingkan tombol pintu bilik. Pintu aku tutup rapat dengan kaki kanan. Dah memang penat yang amat kononya! Hehe

Aku pusingkan badan je, nak terkejut aku dibuatnya..bunyi takde, apa-apa pun takde. Dia tengok aku semacam je. Tengah berfikir agaknya...Aku pula yang naik malu..isk. aku lucutkan tudung dan terus ke birai katil tanpa sepatah aku kata. Dia pun sama jugak.

Aku labuhkan tubuh ke katil. Tapi rasa tak selesa pulak. Baju aku ni ha~ rasa nak terbuka je zip belakang. Bajet nak cepat tadi lah ni, aku lupa kuncikan zip dekat hujung baju. Aku bangun dan cuba untuk naikkan zip baju tapi tidak berjaya. Aku pandang Shah yang masih tunduk berpeluk tubuh. Rasa serba salah pulak aku. Nak minta tolong zipkan ke tak?

“Awak..er..” dia angkat muka pandang aku.

“Boleh tolong zipkan tak?” aku tunjuk zip yang ada dekat belakang aku. Naik segan aku dibuatnya.

Dia cuma mengangguk lalu menghampiri aku yang masih berdiri menunggu pertolongan dari dia. Aku dapat rasa jari dia mula memegang zip baju dan mula menaikkan zip, tiba-tiba berhenti. Aku hairan.

“Awak, dah ke?” aku cuba bertanya. Manalah tahu, zip tu rosak ke.. sebab zip baju aku yang ni memang payah sikit nak jalan. Selepas dia tidak bersuara, aku toleh dia di belakang aku. Pandangan dia masih tertumpu pada tubuh aku. Bibir dia diketap..dan ada kalanya menelan air liur. Aku terhenti kata. Kenapa dengan dia ni? Aku tiba-tiba cuak.

“Sorry!” ujar dia setelah kami bertentang mata seketika. Dia tutup zip cepat-cepat lalu beredar dari bilik. Aku bingung. Tingkah dia buat aku dihujani pelbagai persoalan.

Aku cepat-cepat menyarungkan tudung lalu keluar membuntuti dia.

“Er..awak jom keluar...nak?”

“Kemana?” soal dia tanpa riak.

“Sekitar sini. Lagipun saya nak beli barang sikit..”

“Barang apa?” langkah dia terhenti. Dia seraya berpaling menghadap aku.

“Adalah...” malu pula nak cakap. Tak kan aku nak cakap..’sanitary pads’ kot? isk!

“Baik! Jom..” ajak dia ceria. Dia terus merentap tangan aku dan heret aku sampai ke kereta dia. Setelah alarm kereta dibuka, aku dipimpin masuk ke perut kereta kemudian dia berlari masuk semula ke dalam rumah. Barangkali dia ingin memaklumkan nenek atau mak ngah kot? Aku menduga dan menanti dia.

Setelah beberapa minit, dia muncul kembali di muka pintu. Tukar pakaian? Buntang mata aku sekejap. Tak terkelip. Dia memang tampan! Huhuh...

“Cakap je lah yang Shah ni hensem! Pura-pura lagi..” ujar dia tertawa sebaik masuk ke perut kereta.

“Kan?” sebaris gigi depan yang putih terbit disebalik senyuman dia.

“Eh? Perasan!” bohong aku dengan cebikan bibir. Tanpa melayan karenah aku, dia terus menggerakan kereta lalu meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah nenek.

Suasana perjalanan yang agak sunyi. Kali ini dia lain. Senyap dan banyak mendiamkan diri. Tapi sebab ni lah aku bawa dia keluar sama. Aku cuba nak hilangkan tension dia..hemmm. Dalam senyap aku dapat satu idea bernas.

“Nah, gambar saya masa kecik-kecik dulu.” aku paparkan sekeping gambar di hadapan dia. Tangan dia terus mengambil gambar itu dan mengamati.

“Comel..” senyuman dia melebar. Memang tidak dinafikan, aku gembira dipuji. Hehe..

“Tapi..memanglah! Semua bayi kan comel-comel~” sambung dia lagi. Aku terus sepetkan mata pandang dia atas bawah. Sengaja nak kenakan aku lah tu! Aku terus rampas balik gambar aku. Dia sudah tertawa..isk!

“Ni Shah punya..”dia membuka dompet lalu mencabut dua keping gambar darinya. Dia hulur terus kepada aku. Gambar itu bertukar tangan.

“Heh! Bukan gambar baby punn~” aku memperli. Di tangan aku sekeping gambar dia dan sekeping gambar ayah dia.

“Memanglah, Shah bukan nak tunjuk gambar baby, Shah nak tunjuk gambar sekarang ini!” dia tertawa sinis. Ceh~ baik tak payah!

“Ada fight tak?” soal dia tiba-tiba. aku pelik, fight? Dia nak aku berlawan dengan dia ke? Aku berkerut dahi.

“Siapa yang lagi hensem? Shah ke atau arwah ayah?” duh? Kesitu pula?

“Rambut..anak mata..senyuman Shah. Lagi menawan kan? Toleh dia pada aku dengan senyuman bangga. Mata pula masih penuh khusyuk pada pemanduan. Dalam sinaran lampu jalan raya, aku angkat sedikit gambar untuk mengamati.

“Rasa-rasanyalah..arwah ayah kot?” usik aku. Aku ketawa mengekeh.

“Ishh~ biar betul Ika ni! Mana ada?” dia rebut gambar-gambar itu dari tangan aku. Dahi dia berkerut mengamati betul-betul pada gambar. Seraya riaknya bertukar dan terus berpaling pada aku. Aku tertawa lucu.

“Aishh..takpelah!” Dia muncungkan mulut sambil tangan sebelah kiri memasukan gambar itu kembali ke dompet dia. Merajuklah tu! Heheheh

Tiba di satu tempat yang agak sunyi. Dia memberhentikan kereta. Eh? Kenapa pula? Aku sudah sibuk pandang kiri, kanan dan belakang. Dia pula senyap. Wajah dia diraup perlahan. Dia masih tension ke? Aku berteka-teki di dalam hati.

“Ika...could you please give me a hug?”

“Erhh??!” aku sedikit tersentak. Dia mengenggam jemari aku. Pandangan dia suram. Sugul. Sedih..

Nak ke tak ni?? Aku sedikit mengangguk walau bingung-bingung.

Aku membuka tali pinggang keledar. Tanpa aku duga, dia terus menarik aku ke pelukan dia. Aku kaku membiarkan dia. Mudah-mudahan dengan cara ini dia boleh menenangkan hati.

“Why do i feel so much pain inside?” bisik dia kecil. Keluhan yang berat dari nafas dia. Aku cuba leraikan pelukan.  Risau! Tapi dia perkemaskan lagi pelukan.

“Please stay!” rayu dia. Dan aku nak buat macam mana lagi selain dari membiarkan dia? Huhu..

***                                                                                                                                                                                                                                          

“Tok! Tok! Tok!” tidak semena-mena cermin kereta disebelah pemandu diketuk. Aku dan dia terkejut. Dia melepaskan aku kemudian mengintai di cermin. Seraya dia turunkan cermin kereta.                                                                                                                                                                                           

Polis! Wajah yang tenang. Pegawai polis itu menunjukkan kad identiti sebagai polis.

“Awak berdua buat apa dekat sini?” soal dia.

“Tiada apa-apa.” Jawab Shah. Aku pula menggeleng kecil.

“Boleh tunjukkan kad pengenalan diri?” soal dia. Aku automatik keluarkan dompet dan mengambil kad pengenalan. Dia juga sama. Aku dan dia hulurkan terus kepada pegawai polis tersebut.

“Kamu berdua ni suami isteri ke?” soal dia sambil membelek-belek kad pengenalan kami.

“Ya!” laju Shah menjawab.

“Yeke?” Soal pegawai itu seperti meragui jawapan Shah. Aku dan Shah berpandangan antara satu sama lain.

“Hemm....lebih baik kamu berdua beredar dari kawasan sini. Kawasan ni kerap berlaku rompakan!” meremang bulu roma aku bila pegawai polis itu kata macam tu. Kami meninggalkan kawasan itu secepatnya.

“Dia patut tanya bukti kalau dia rasa tak percaya... should I pass him our marriage certificate?”Tanyanya menoleh dengan nada kurang puas hati sebaik memarkirkan kereta ke garaj.

“Hehe! Tak perlu..” Jawab aku spontan. Rasa geli hati pula...walau jasad dah jauh, rupanya minda dia belum lari dari tempat tadi.

“Shah serius tanya ni...” Nampak dia bertukar serius tanpa sebab, aku membuka tali pinggang keledar lalu mengubah posisi dengan menghadapnya lebih dekat. Aku arahkan kepalanya pandang tepat kearah aku dengan memegang wajahnya.

“Dan awak patut tahu yang saya pun serius jugak...kita tak perlu patah balik semata-mata nak tunjukkan bukti yang kita dah kahwin...walau seguni bukti awak letak dihadapan manusia, kalau dia putuskan untuk tidak percaya...? So mulai saat ini, jangan lupa letakkan harapan dan keyakinan kepada Allah. Dengan manusia kita akan kecewa, tapi dengan Allah...? InsyaAllah...tidak pernah mengecewakan kita...” Amboi? Pandai pula aku dalam bab begini...? Tersentap sendiri, aku cepat-cepat tarik dan lepaskan tangan dari wajah dia. Kami senyap seketika.

“Erm....masuk rumah jom!” Ajak aku terpinga-pinga. Cepat-cepat aku keluar dari kereta itu di ikuti dia. Isk! Kenapa dia tak cakap apa-apa pun tadi? At least, bagilah respond...tak lah aku termalu sendiri! Terkejut aku cakap macam tu ke? Huhu...

“Ika thank you....” Tuturnya tiba-tiba mendahului aku. Melihatnya kembali ceria, aku automatik tersenyum walau baru sahaja tadi timbul rasa segan dan malu. Terima kasih untuk malam ni ya Allah...

........

Wahai makcik cantik, kenapa makcik-makcik tak nak balik lagi? Aku ingatkan lepas balik dari keluar sekejap dengan Shah tadi, dah balik geng-geng ni..huhu kalau tak mengumpat takpe lah jugak. Ni tak, satu-satu dibuka aib. Tu ha, group tu masih gigih berkumpul. Kali ini dekat belakang rumah pulak. Maklumlah, tu kan port paling cantik untuk mengumpat. Aduh! Si Shah pun senyum je lah dengan mereka tu. Mungkin tahan hati je..padahal tadi, ermm...awak ni terlalu baik dengan diorang Shah..

“Shah, awak nak pergi mana?” soal aku kepada dia apabila dia tanpa sedar melintas di hadapan aku. Maklumlah, aku baru keluar dari dapur mencuci tangan. dia yang terus berpaling naik kening hairan dengan soalan aku namun tetap senyum selepas itu.

“Nak ke ruang tamu. Layan tetamu...jom lah ikut sama.” ajak dia. saat ini sebaris gigi hadapan ceria terabit dari bibir.

“Eh?” aku sebenarnya dalam masa yang sama terfikir akan benda yang lain. Aku nak beri pengajaran pada saudara-saudara Shah yang tak sedar diri tu. Kesian tau..kita dah bagi makan, jemput diorang. Datang-datang nak wujudkan suasana tak baik. Bukan contoh yang baik namanya tu.

“Kejap lagi lah..ikut saya nak?” kala ini dahi dia sudah dikerut. Dia datang ke arah aku dengan lebih dekat, cuba fokus pada aku.

“Ika nak pergi mana?” soal dia tersenyum-senyum.

“Jom!” aku terus tarik lengan dia. Kami terus ke belakang rumah menerusi pintu dapur. Mak Ngah yang sibuk dengan kerja-kerja di dapur terpinga-pinga melihat kami. Jelas riak hairan dari wajah dia. Aku dan dia memberhentikan langkah betul-betul di belakang group makcik-makcik itu. Walaupun tapak berhenti kami itu dilindungi oleh dinding stor, aku yakin..kalau bersuara, jelas didengari oleh mereka. Riak wajah dia pandang aku pelik dengan tindakan aku berhenti di situ. Dahi dia dikerut-kerut menunggu apa yang sebenarnya berlaku. Yelah, dia mana tahu makcik-makcik tu ada dekat belakang kami. hehe..

“Shah...” aku mula bersuara. Tubuh, aku sandarkan pada dinding. Dia juga sama.

“Saya tahu awak sedih dengan kata-kata orang luar. Awak nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku, tapi saya tahu..apa rasa hati awak.” Ya Allah...nak je aku benamkan muka di lubang cacing bila bercakap soal hati dan perasaan ni. Huhu! Aku dah berpeluh-peluh. Dia?? kaget dengan kata-kata aku! Oi Shah..aku nak yang makcik-makcik sebelah dinding ni je dengar apa aku kata..jangan perasaan pulak!

“It’s okay...” balas dia seraya mencapai jemari aku lalu dikucupnya melepas rasa. Erhhggg~ Riak dia nampak terharu.

“Saya harap awak sabar...bukan mudah nak puaskan hati semua orang.” ujar aku lagi.

“Thanks sayang!” selesai berkata-kata, dia cuba untuk memeluk aku. Nasib baik aku pantas dapat membaca perilaku dia. Tidak berputus asa, dia memaut pinggang aku. Aduh Shah, aku belum habis cakap lagii!! Meronta-ronta jadinya. Bulat mata aku. Apa tak, ini kan tempat awam! Lagipun, bukan ini yang aku nakkkkk!

“Shah! Lepaslah!” bisik aku kecil dan tegas.

“Apasal pulak? Pelukan terima kasih je. Hehe... ”

“Awak tahu tak, makcik-makcik tu dekat sebelah dinding ni ha~ saya nak mereka dengar apa awak rasa je..supaya bila datang ke rumah orang, tak payah kumpul dosa kering!” kata aku sambil memijak kakinya. Geram dengan tindakan dia. Dia ni tak habis-habis!

“Aduh, Ika~” jeritan kecil dari dia. Aku serta-merta terlepas dan terus berjalan laju ke arah pintu dapur tanpa menoleh pada dia. Aku yakin, dia turut serta mengekori aku.

“Amboi-amboi~ sedapnya berdating di belakang sana...bilik je tak cukup ke?” kata suara itu mengusik. Kepala aku terus dipaling.

“Eh, mak ngah....hehe.” dalam segan dan masa yang sama aku kaget. Erk! Afif pun ada sama? Huh! Pedulilah. Tidak lama, Shah masuk ke dapur dengan senyuman kambing. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tahan malu mungkin? Aku pandang dia atas bawah.

“Eh, mak ngah..Ika ke ruang tamu kejap. Agaknya masih ada tetamu yang belum pulang...” kata aku beralasan menahan malu.

“Yelah tu...” balas mak ngah. Usikan dia masih berbaki. Aku terus ke ruang tamu meninggalkan Shah, mak ngah dan Afif temani nenek yang sibuk memberi buah tangan pada saudara mara yang hadir.

Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Nenek ada beri cadangan, tidur je di rumah dia. Tapi Shah berkeras nak balik sebab katanya dia ada kerja yang nak disiapkan. Mahu tidak mahu, nenek biarkan kami balik.

Perjalanan balik yang aman. Memang lah aman, sebab aku dah tertidur-tidur. Jangan-jangan air liur pun dah bersepah kiri kanan. Heheh..bijak-bijak. Sebaliknya Shah diam fokus pada pemanduan dia..sementara  lagu cinta jangan kau pergi oleh Sheila majid dipasang perlahan. Mata aku terpejam rapat, tapi fikiran aku ni, tak nak pejam. Kepala aku ligat memikirkan peristiwa petang tadi.

OIIITTTT! Kenapa aku benarkan dia peluk aku petang tadi??????? Eh tak! Tak! Sebab aku kesiankan dia je. Sebab aku nak dia tenangkan hati dia je. Itu je, tiada lain tiada bukan tau? Jangan salah faham!

Aku toleh dia sekali lagi disebelah pemandu, hemm macam dah okay je??
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 32 ]

“Woaahhh!!”

“Argghhhhhhhhhh!” Belum sempat aku masuk ke ruang tamu, aku disergah oleh Shah di depan pintu rumah.

“Aduhh!! Apa awak ni??” mata aku rata pandang dia. Dia pula tertawa besar

“Jom ke rumah nenek!” ajak dia membuka mulut setelah puas mentertawakan aku.

“Awak, kenapa pula tiba-tiba kesana?” mata aku tanpa berkelip bertanya.

“Nenek buat kenduri!” jawab dia ringkas lalu masuk ke ruang tamu. Aku kerut dahi berfikir sejenak. Alamak...pergi ke rumah nenek? Huhu...habislah.

“Tak boleh!..” spontan mulut aku membantah. Dia terus berpaling dan memusingkan badan. Dahinya bertemu, ada rasa hairan disitu.

“Aik? kenapa pula tak boleh?” dia sekarang ni merapatkan diri pada aku. Kelu sekejap.

Err....apa aku nak jawab ni? Dia angkat kening tanda bertanya pada soalan tadi.

“Sebab...sebab..saya belum ready lagi!” isk..kenapa lah aku cakap macam tu. Kepala aku sudah ketuk dengan jari.

“Laaa...habis tu get ready lah Ika..” dia menggeleng lalu meneruskan kembali langkah.

“Awak, saya takutlah..” tika ini dia terhenti langkah lalu menghampiri aku kembali.

“Emm...nenek tak marah ke?” jawab aku gugup.

“Hey, pasal apa pula nenek marah? Nenek tu..tegas je. Sebab tu nampak garang. Hehe..”

“Hehe..dengan nenek pun nak takut. Jangan risaulah, nenek tak makan orang pun..” sambung dia tanpa memberikan aku ruang untuk menghabiskan kata. Kemudian dia teruskan langkah ke hadapan.

“Oh..eh awak, kenduri apa ye??” aku berlari anak membuntuti dia. Seperti biasa, kalau dia berjalan..dia akan masukkan kedua belah tangan ke kocek seluar. Control macho lah tu!

“Kenduri doa selamat..” jawab Shah bersahaja.

“Get ready ya..cepat sikit!” kata seraya dia kenyitkan mata.

“Oh ya!” dia berhentikan langkah kemudian memusingkan badan menghampiri aku.

“Pakai elok-elok sikit, kalau tak....haa pandai-pandailah sambung!” dia tersenyum jahat. Rasa nak luruh jantung aku dibuatnya. Kenapa dia jahat sangat hari ini? Balas dendam? Atau buang tabiat kah? Mengerutu. Jangan-jangan dia ada rancangan jahat tak? Aku pandang dia atas bawah lalu meneruskan langkah. Aku terus masuk ke bilik sebaik menaiki anak tangga.

Setelah menyarungkan baju, aku keluar untuk meminta pendapat dari Shah. Manalah tahu kan, kut-kut dia tak setuju dengan apa yang aku pakai? Tak pasal-pasal aku penat tukar nanti kan...

Aku ke bilik sebelah, tiada pun ni?

Mana dia ni? Kaki aku kini menuruni tangga..

Aku panjangkan leher mengintai ke dapur. Ohh dekat sini rupanya...Shah sedang menutup peti ais. Ditangannya pula menggengam segelas air.

“Shah, okay tak baju ni?” aku peragakan baju yang aku pakai dihadapan dia. Dia terus palingkan kepala dan serta merta terbatuk kuat. Dah kenapa pula ni? Aku ambil gelas yang ada digenggaman dan cepat-cepat menepuk belakang dia. Bukan apa, tercekik kang anak orang ni..siapa yang jawab? Aku jugak!

“Awak okay tak?? Tu lah..minum air pelan sikit.” aku sudah menggeleng. Aku lepaskan tepukan sebaik batuk dia reda.

“Sayang jugak Ika pada Shah eh?” katanya tersenyum mengenyit mata. Aku naikkan anak mata ke atas. Geram! Apa pasal dia ni suka sangat usik aku??

“So, okay tak baju ni?” tanpa menjawab, aku ulang lagi soalan tadi.

Dia menggaru dagu seketika dengan pandangan berat.

“Hemmm..terlalu lawalah baju ni.”.dia pusingkan ke kiri dan kanan tubuh aku.

“Tukar!”

“Tukar? Dah elok sangat dah ni.” aku berkeras.

“Em..em!..baju tu nampak sikit bentuk badan. Seksi!” dia menggeleng perlahan. Err...seksi ke? Aku nampak elok je. Hemm....agaknyalah. Aku jawab sendiri dalam monolog. Nak tak nak, aku tukar juga...nak buat macam mana lagi?? Sampai 3 kali barulah dia setuju dengan apa yang aku pakai.

Perjalanan ke rumah nenek mengambil masa 1 jam. Hem..jauh juga ye? Sesekali aku menoleh dia yang ada di sebelah pemandu. Aku hairan lah dia ni, kelmarin bukan main dingin...hari ini ceria semacam? Curiga dibuatnya.

Dalam perjalanan sunyi itu, fikiran aku mula melayang-layang..

....kadang-kadang aku rasa dia ni sangat baik untuk aku. Dan kadang-kadang aku rasa dia ni suka sangat usik aku. Aku tak kenal siapa dan sikapnya yang sebenar.. Dia ni...misteri sangat...

....kadang-kadang aku rasa aku rindu dia..tapi sebagai apa? Kawan? Kekasih atau....suami? Aku rapatkan mata tanpa sedar. Kau dah keliru Ika oii! Hati-hati! Purgghh~ apa aku fikir ni??
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 31]

Jari aku berhenti menulis di buku rekod pelajar. Nasib baik, rahsia aku masih tersimpan rapi dari pengetahuan orang. Bebanan perasaan aku setiap kali ke sekolah sebelum ni sudah padam. Alhamdulillah, peratus kelulusan subjek sejarah untuk percubaan kali ini naik 100%! Semoga berterusan hendaknya.

Aku ada bertembung dengan Cikgu Suzanna tadi. Katanya Haslina sudah berpindah sekolah. Bagi aku, itu pilihan yang tepat memandangkan sebelum ni dia nampak sugul saja. Agaknya masih kecewa pasal Shah kut? Hairan…sesuatu bermain difikiran aku mengenai Shah. Tapi ah! Tak penting kut...aku abaikan begitu sahaja fikiran itu.

Masalah…baik fikir pasal ni. Yelah, apa lagi kalau bukan si Shah tu haa~  Pening aku dibuatnya.

Nasib baik kak Fiza dah balik ke rumahnya. Huhuhu…kalau tak, makin kantoilah aku oleh dia.

***

Agak lewat aku pulang ke rumah hari ini. Kalau bukan mesyuarat sampai ke petang, aku taklah lewat begini. Selepas itu aku singgah sekejap ke perpustakaan negeri untuk meminjam buku. Selepas menunaikan solat maghrib, barulah aku balik ke rumah. Dah dekat nak Isyak baru aku sampai. Eh? Shah belum balik? Dari jauh aku lihat rumah masih belum dipasangkan lampu. Aku parkir kemas kereta ke garaj. Sah, dia masih belum balik sebab kalau dia dah balik, sepatutnya kotak parkir disebelah aku ni sudah berisi dengan kereta dia. Aku melangkah malas ke pintu rumah. Rasa penat dari tadi menggila apabila terbayang katil dan bantal di mata. Tapi aku tidak boleh terus tidur sebab aku belum isi perut dari tengah hari. Kau ni betul-betul cuailah Ika. Kalau gastrik datang lagi macam mana? Pintu dibuka. Bungkusan makan aku letak ke meja ruang tamu. Niat hati usai mandi nanti aku bawa ke dapur untuk dihidangkan sementara menunggu Shah balik. Aku ke suis lampu berkira-kira untuk memasang lampu. Namun tidak semena-mena satu tangan menekup mulut aku dari belakang. Terkejut, aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Tidak berjaya melepaskan diri, aku diheret jauh ke sebuah mini stor.

“Syhhhhh~ Ika, Shah ni!” tekupan mulut dilepaskan.

“Aduh~ apa awak buat ni?” berang aku seraya menjarakkan sedikit tubuh dari dia.

“Kereta mana?”

“Dekat luar..syhhh~ pelan-pelan sikit.” Tutur dia sambil jari telunjuknya diletakkan ke mulut.

“Pasal apa? Kenapa?” soal aku. Marah masih berbaki. Dahlah stor ni sempit, sesak nafas! Aku dan Shah hanya disebalik pintu stor yang ditutup rapat oleh dia tadi.

“Ada sesuatu dekat atas tu! Syhhh~ diam-diam.” jawab dia dengan wajah mengamati dan serius. Dan memang sah, ada sesuatu yang aku dengari. Seperti seseorang sedang membongkar kotak-kotak dan kertas-kertas.

“Sesuatu? Maksud awak?” tanya aku mula rendahkan suara. Aku pusingkan tombol dan membuka pintu stor, cuba untuk melihat keadaan di atas. Namun, belum separuh tubuh aku keluar, dia menarik aku kembali ke dalam stor.

“Ika, boleh tak jangan gelojoh sangat? Dangerous okay!” tegas dia sambil tangannya memegang erat pada tubuh aku. Berkerut dahinya dengan tindakan aku.

“Habis tu? Kalau tak cek? Macam mana nak tahu ada orang ke tak dekat atas? Handphone ada?” soal aku berubah malas.

“Takde, out of battery…” jawab dia ragu sambil tangannya mengeluarkan handphone dari kocek seluar. Aku sudah tepuk dahi.

“Ala..handphone saya ada dekat luar..macam mana ni?” aku sudah mulai risau. Menyesal tadi letakkan handbag dekat meja ruang tamu. Yelah, manalah aku tahu ada kejadian seperti ini berlaku?

“Terpaksalah tidur sini malam ni..” balas dia memberi cadangan sambil menaikkan keningnya sekali.

“Isk..takkanlah, dahlah gelap. Sempit pulak tu..nak baring dekat mana lagi…fuh~” aku keluh berat.

“Nak tak nak, Ika terpaksa tidur dengan Shah malam ni..” terang dia berbuah nakal di bibir. Dalam gelap aku samar-sama melihat keningnya beberapa kali dinaikkan inginkan persetujuan. Mata aku sudah rata.

“Bertuahnya awak ye? Memang betul ada sesuatu dekat atas tu atau awak sengaja nak ambil kesempatan??” soal aku geram. Tangan pula sudah dipeluk ke tubuh.

“Eh? Eh? Betul lah. Ika sendiri yang dengar tadi kan? Main tuduh-tuduh pula..” dia membalas cuba meyakinkan aku. Bibir bawah diketap, mata aku sudah dipejam geram. Musykil.

“Betul?” aku lirikkan mata meminta kepastian.

“A’ah..” dia angguk kepala seperti nak dan tak nak je. Rasa betul-betul musykil!

“Something is fishy here…” ujar aku seraya pusingkan tombol pintu dan terus keluar dari bilik stor itu.

“Ikaaa! Eiihhhh!” laungan tidak puas hati dari dia. Aku teruskan langkah perlahan-lahan ke atas ingin memastikan apa sebenarnya yang berlaku. Lampu sengaja aku tidak pasangkan. Manalah tahu, betul-betul perompak ke penyamun ke? Sebaik sampai diatas, apa yang berlaku?

“Awakkk??” jerit aku bengang dan geram. Dalam gelap, pintu koridor atas terbuka luas. Angin yang sedikit masuk menampar-nampar beg plastik dan kertas-kertas. Itu yang menyebabkannya berbunyi kuat! Ketika ini Shah sudah menapak dan menghampiri aku dengan sengihan.

“Eh? Ohh…angin pulak? Hehe…” kata dia dengan riak yang jelas kepura-puraan.

“Apa awak kata??” saat ini aku sudah berpeluk tubuh geram dan menghampiri dia sedikit demi sedikit. Melihat dengan tingkah aku yang tidak berpuas hati, dia automatik tertawa.

“Hehe..sorry. Shah gurau je tadi…okay?”

“Apa awak cakap??” aku dah takut separuh nyawa tadi, rupa-rupanya dia saja nak kenakan aku??

“I said I’m sorry.” balas dia. Tapi gelak tawa dia masih kuat. Itu yang buat aku geram tu!

“Sorry awak kata? Awak memang nak kena hari ini Shah…” aku tersenyum sinis. Tahulah aku, apa aku nak buat dengan orang yang namanya Shah Imadi ni. dia ni kalau pekena dengan jurus cubit, puas hati sangat kot? Haha!

“Cabutt!! Hahaha!” belum sempat aku cubit dia, dia terlebih dahulu berlari ke arah bilik. Terang benar mata dia dalam gelap-gelap macam ni. Aku turut membolos ke bilik.

“Okay-okay, I surrender. Means I lost, you won! Okay? Win-win situation!” kata dia membuat isyarat stop.

“Tak..” aku tidak mengalah

“I warn you!”

“Ceh~ warn konon!” selesai berbicara aku terus maju ke hadapan dia berkira-kira untuk mencubitnya dilengan. Tapi entah macam mana kaki aku boleh tersadung akan sesuatu. Padahal tadi takde pun? Dan..

“Bupppppp!!”

“Aduhh~” apa yang berat sangat ni? Aku membuka mata perlahan-lahan.

“Awak!!” buntang mata aku apabila mendapati aku sudah jatuh terlentang di atas lantai dan dia turut sama jatuh. Jatuh pula ke atas aku!

“Hehehe! I warned you earlier sweetheart.” kata dia dalam samar-samar tersenyum nakal sambil mengunci aku dibawahnya.

“Awak, lepaskan saya boleh?” pinta aku sambil ketap gigi geram dengan tindakan dia. Tubuh aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri dari dia. Tapi tenaga dia kuat mengunci aku. Malah, untuk menyenangkan kerjanya..tangan dia beralih ke kedua-dua belah tangan aku lalu digenggam kuat.

“Mungkin Ika lupa kot yang kita ni dah kahwin.” Glup! Aku telan liur banyak kali.

“Eih! Lepas boleh?” walaupun terkejut, aku masih cuba untuk cool down.

 “No..i just warned you right?” senyuman nakal dia melebar. Huh! Macam mana caranya untuk aku lepaskan diri dari dia? aha! Aku ada satu idea.

“Shah, jom makan nak? Lapar ni.” kata aku membuat helah.

“Haih, banyaknya alasan. Kali ini, Shah tak mungkin tertipu lagi.” Aku pejam mata geram.

“Okay, okay..saya minta maaf banyak-banyak pasal tu. Awak menang, saya kalah. Okay?” aku senyum ketap bibir. Terpaksa, sebab dia langsung tak nak berkompromi!

“No!” erk!

“Awak, tolonglah.” Aku merayu.

“Okay, stop protest and listen to me..alright?!” tegas dia buat aku kaku serta-merta. Nak nangis pun ada. Huhu…

“I miss you Syafikah..I miss you so bad.” tutur dia lembut tersenyum. Mata kami bertemu, aku ditatapnya dalam-dalam. Seolah-olah ada mesej yang sukar dilafaz dengan kata-kata. Kelu lidah. Kaku tanpa bicara..kerana bait ayat itu terlalu ‘merdu’ ditelinga aku.

“Kukukakaka…” satu suara asing kedengaran diluar menyebabkan kepala kami berdua dihala ke luar bilik. Satu susuk tubuh genit seperti memerhatikan kami.

“Kukukakaka!” sekali lagi tubuh genit itu bersuara. Aku dan Shah sudah berpandangan antara satu sama lain. Kemudian..

“Monyettt!!!!” kami sama-sama bersuara. Aku dan Shah automatik berdiri dan mengejar dan menghalau monyet itu.

“Aduh, kenapalah buka sliding door koridor tu awak? Tengok apa dah jadi?” kata aku dalam penat. Dia yang masih dalam usaha mengejar dan menghalau monyet itu terhenti.

“Sabarlah cikgu..manalah Shah tahu ada monyet dekat sini?” balas dia kepenatan. Tawa dalam tercungap-cungap. Ceh! Cikgu dia kata?? Tadi bukan main ber-syafikah bagai. Aku cuma mampu mencebik bibir dengan tingkah dia yang cepat berubah. Macam bola!

Sudah dia tahu belakang rumah ni hutan kecil. Berani sangat membuka luas sliding door tu. Fuh!

Dalam beberapa minit kami berjaya menghalau monyet itu. Nasib baik seekor je masuk rumah. Kalau sampai 4 ekor? Naya tu. Jangan-jangan kami yang diserangnya..heemm..

Opss! Jadi, dia dah kembali kepada Shah yang asal ye? Entah angin dari mana lah serang dia hari tu..Isk, nasib baiklah aku tak kantoi kan? Dan yang paling penting sekali, aku tak perlu bersusah payah pujuk dia! Muahahha~
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers